Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa pihak Suruhanjaya ini telah menjalankan
siasatan berhubung isu kemasukan pekerja
asing tanpa mengikut prosedur yang betul, sepertimana dakwaan yang dilaporkan
di media.
Untuk makluman pihak SPRM telah
menjalankan pemerhatian dan Pemantauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sejak enam (6)
bulan lalu.
Pemerhatian dan pemantauan ini dibuat
berdasarkan maklumat yang disalurkan sendiri oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Alias Hj Ahmad.
Maklumat tersebut disalurkan
berikutan pihaknya banyak menerima aduan mengenai kemasukan pekerja
asing tanpa melalui prosedur yang sepatutnya daripada orang awam.
Sehubungan itu, Ketua Pengarah
Jabatan Imigresen telah memohon bantuan dan kerjasama SPRM bagi menyiasat perkara ini.
Siasatan telah pun selesai dan sedang
dikemaskinikan. Ketua Pengarah Imigresen telahdimaklumkan status siasatan
tersebut pada hari ini.
Sehubungan itu, SPRM ingin mengucapkan terima kasih dan menghargai
kerjasama yang diberikan oleh Ketua
Pengarah Imgiresen terhadap isu serius ini.
Dalam satu operasi yang di jalankan
kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai enam (6) individu telah ditahan. Dua
daripadanya merupakan agen pekerja asing warga Indonesia manakala empat lagi
adalah pegawai imigresen. Kesemua mereka
bagi membantu siasatan.
SPRM memandang serius kes kemasukan
pekerja asing yang tidak mengikut prosedur dan saluran yang betul kerana ia
memberi kesan yang besar kepada isu keselamatan negara.
Sumber : SPRM
No comments:
Post a Comment