Penyelesaian
kes diantara Amir Bazli dengan Ahmad Zahid Hamidi mengundang ketidak
puasan hati Karpal Singh. Amir Bazli adalah anak guam Karpal Singh
yang sebelum ini telah memfailkan saman dengan mendakwa beliau telah
ditumbuk dan dicederakan oleh Ahmad Zahid.Beliau juga mendakwa
kononnya telah dikurung dirumah Ahmad Zahid.
Kesemua
dakwaan ini sebenarnya adalah fitnah apabila Ahmad Zahid telah
membuat saman balas apabila ia didapati satu fitnah yang besar
terhadap dirinya. Pada 18 Julai yang lalu Amir Bazli dan Ahmad Zahid
telah bertemu dengan pengantara yang merupakan Hakim Mahkamah Seksyen
Shah Alam Rohani Ismail. Persetujuan telah dicapai dan kedua belah
pihak bersetuju menyelesaikan kes berkenaan diluar mahkamah.
Karpal
yang mewakili Amir Bazli dan Ahmad Zahid di wakili oleh Sashi Menon
tidak diberikan sebarang maklumat mengenai persetujuan kedua belah
pihak. Memandangkan kes ini melibatkan seorang menteri kanan,Kita
beranggapan Karpal melihat ia adalah peluang untuk membuat duit dan
mempunyai kepentingan politik..Sebab itulah beliau telah menulis
surat kepada Mahkamah Tinhhi agar membuka semula kes tanpa
pengetahuan Amir Bazli.
Amir
Bazli telah menghilangkan diri selepas 18 Julai..menyebabkan Karpal
meroyan kerana peluang keemasan mengenakan Zahid tidak kesampaian.
Sebenarnya Pisau berasakan ada yang tidak kena..Sebagai peguam bela
sudah tentu Karpal hanya akan mengikut arahan anak guamnya bukan
mendahului sebarang tindakan bagaikan lebih sudu dari kuah.
Penyelesaian
kes ini sudah pasti menyebabkan peluang keemasan untuk mengheret
Zahid ke Mahkamah gagal..peluang untuk merosakan imej dan kredibiliti
pemimpin ini juga terbantut apabila kebenaran tertegak dan kebatilan
tidak akan sama sekali berjaya..
Baca Pisau seterusnya
No comments:
Post a Comment