Isu kalimah Allah terus kuat bergema setelah
mahkamah rayuan membuat keputusan. Pihak Kristian dan bukan Islam ultra kiasu
yang tidak kena-mengena dengan kalimah amat tidak berpuas hati. Tidak kurang
pula segelintir kalangan orang Melayu yang mahu menunjuk pandai.
Pada Melayu ini, Allah adalah kepunyaan semua
manusia, tidak kira Islam atau tidak. Saya tidak hairan kerana saya sudah kenal
Melayu Melayu ini. Cuma saya terkilan kadang kala tindakan kita lebih Kristian
dari orang Kristian, sehingga bukan Islam mengambil kesempatan untuk terus
menekan kerajaan hasil keputusan mahkamah itu.
Ya, saya tidak pertikaikan hujah akademik, semua
manusia berhak menggunakan kalimah Allah. Memang Allah itu adalah untuk semua
manusia dan segala makhluk yang ada di bumi dan di langit. Pendek kata, Allah
adalah segala-galanya, kerana Allah Maha Pencipta, Maha Besar, Maha Mengetahui
dan semua Maha yang ada, yang ingin digunakan, melebihi 99 nama Allah.
Namun, isu kalimah Allah tidak harus dilihat
dalam konteks hak asasi manusia semata-mata seperti diperjuangkan oleh pihak
berkepentingan. Jangan bandingkan Malaysia dengan negara lain seperti yang
dilakukan oleh ultra kiasu. Saya bimbang nanti atas nama hak asasi manusia,
surau jadi tokong dan tidak mustahil masjid jadi gereja. Sudahpun berlaku.
Isu kalimah Allah perlu dilihat secara holistik.
Antara hak, strategik licik musuh Islam dan perlindungan perlembagaan terhadap
Islam.
Dalam soal hak, siapa lebih berhak? Sudah tentu
Islam lebih berhak. Selama ini, pihak bukan Islam tidak pernah sama sekali
menggunakannya kecuali secara peribadi.
Pergilah ke negara barat, tempat bersarangnya
Kristian, tontoni filem-filem barat, sepatah perkataan Allah pun tidak pernah
muncul. Yang ada hanya God dan Lord. Apa
yang Kristian Semenanjung begitu gatal mahu menggunakan kalimah suci ini.
Lagipun, boleh dikatakan semua, lidah mereka tidak dapat menyebut Allah dengan
betul.
Panggil semua bukan Islam yang begitu obsess
dengan kalimah Allah, suruh sebut Allah dengan betul. Saya yakin yang keluar
adalah allaaa. Jadi, Allah mana yang dimaksudkan jika sebutpun tak betul.
Sebab itu, saya amat hairan, kenapa Kristian di
Semenanjung ini, yang rata-rata baru masuk Kristian, termasuk perempuan yang
berada dalam parti ultra kiasu, begitu obsess menggunakan kalimah Allah
ini.
Mereka mendakwa, gereja-gereja di Semenanjung
turut menggunakan bahasa Melayu dalam interaksi dan khutbah. Janganlah menipu!
Saya kenal sangat dengan puak-puak ini, mereka memandang rendah kepada bahasa
Melayu, kecuali mereka dari Sabah dan Sarawak.
Apapun, saya ingin mengingatkan orang Islam yang
pro kepada mereka ini. Lihat isu ini dari segi perancangan strategik untuk
mengKristian orang Melayu secara halus. Maklumlah semakin ramai Melayu liberal
hari ini.
Kesempatan ini akan digunakan untuk mengelirukan
mereka dan seterus mengkristiankan mereka seperti yang dilakukan di Indonesia.
Sebab itu, kita lihat mereka begitu agresif. Hairannya, kita pula menjadi
semakin penakut. Sedangkan Islam dilindungi dalam perlembagaan.
Sama juga sembelihan yang dipertikaikan oleh
seseorang yang bernama ‘saravanan’. Rujuk
http://www.youtube.com/watch?v=5un8hgiIFe0. Lihat betapa kurang ajar mereka.
Boleh dikatakan tidak ada bukan Islam yang tampil mengatakan tindakan
‘saravanan’ itu salah?
Kenapa dalam isu ini, mereka bercakap sekolah
kebangsaan untuk semua. Sebelum itu, mereka begitu kuat mempertahankan sekolah
vernakular. Lebih berani lagi, beliau berkata bolehkah jika bukan Islam
menyembelih babi di sekolah?
Nasib baik bukan saya Guru Besar sekolah itu,
jika tidak, jawapannya adalah, kalau tidak suka berada di SK, boleh belah!
Balik terus, jangan balik lagi!
Bukan Islam selalu berfikir secara strategik.
Bukan seperti kita, lurus bendul. Di sinilah ‘kelemahan’ Melayu kerana terlalu bertoleransi dan
menjaga hati orang. Persoalannya, adakah ultra kiasu ini menghargai?
Kalaulah dikatakan sembelihan lembu mengerikan,
menjadikan kanak-kanak trauma, kenapa tidak pertikaikan orang yang menyeksa
diri sendiri dengan cucuk sana cucuk sini di badan sehinga berdarah-darah.
Adakah kanak tidak trauma?
Bayangkan kita jika buat polisi, tidak boleh
berarak ketika perayaan cucuk badan. Buat dalam dewan atau padang sahaja
seperti sembelihan korban. Apa reaksi mereka?
Sebenarnya, kalimah Allah, sembelihan korban dan
apa jua isu yang dibangkitkan ultra kiasu, sebenarnya bukan isu. Mereka nak
tunjuk kuat, sengaja rancang sesuatu untuk menyakitkan hati kita. Mereka mahu
mencabar umat Islam ketika berada dalam keadaan kritikal berpecah dan bergaduh
tidak pernah habis.
Justeru, sudah sampai masanya kita bertegas dan
jangan sesekali tunduk. Kali ini saya bersetuju dengan ketegasan Dato’ Nazri
Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, kepada pihak pentadbir SJKC Chin Woo
dalam isu penggunaan tanah kementerian oleh sekolah tersebut. Kata Nazri, You
fight with me, I fight you, I kill you. I take back the land, don't mess around
with me. It's government land, it's my
land. There no law in the world to say that you (can) enclose the land, steal
my land for 30 years and say is yours. You go to court. Tahniah Dato’, inilah
sikap seorang negarawan. Kita juga sepatutnya bersikap sebegini dalam isu
kalimah Allah.
Credit : RIDHUAN TEE
No comments:
Post a Comment