Saya
adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam
penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun
1995.
Saya
rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang
bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya-raya
dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah
suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku.
Hanya
orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala
cerita ‘corrupt’ dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita
rekaan atau konspirasi.
Di
sini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah
BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik,
berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya
dalam kes Hassan Abul (Pegawai BNM) dan kemudian buat buku pula yan
menunjukkan bagaimana baiknya dia. Tapi dalam diam dan ramai orang
BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah
mendapat arahan Anwar.
Kalau
Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya
bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk
Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.
Siasatan
kes ini bermula daripada satu maklumat (yang ditandakan sebagai
Lampiran A). Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta
Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar
yang bergaji lebih kurang RM2400/=.
Kalau
sekarang beliau hanyalah Gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam.
Ekoran daripada itu, satu repot polis telah dibuat bagi membolehkan
BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai
Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.
Ekoran
itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris
sepertimana Lampiran C berkembar.
Ia
menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain
memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli.
Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saham Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan
1/4D Bukit Mas, Taman Melawati, seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR
siasat ke?
Atas
arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2), pegawai penyiasat diarahkan
supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan Harta yang sepatutnya di
keluarkan di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 kepada
Azmin Ali.
Tuan-tuan
semua tahu, kalau dalam keadaan biasa, bukan setakat Notis, tetapi
Azmin sudah tentu akan ditahan untuk siasatan BPR. Knowing how BPR’s
style of work.
Besar
atau tidak pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan
awam ketika itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya
berjumpa sendiri Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalau bukan Anwar
Ibrahim) dan meminta Azmin mengemukakan pengisytiharan secara
sukarela.
Ps:
Mana SPRM? Adakah mereka akan membuka semula kes yang disebut oleh
Bekas Pegawai BPR ni? Atau adakah mereka akan terus mendiamkan
diri!!! Butiran lanjut bakal menyusul!!!
Seterusnya : Semut Hitam
No comments:
Post a Comment