KUALA
LUMPUR, 12 Dis - Seramai 41,179 ibu tunggal dari seluruh negara telah
menerima bantuan kewangan melibatkan peruntukan RM121 juta sepanjang
2012.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata dalam tempoh sama, sejumlah RM41.2 juta juga diberikan kepada 20,099 buah keluarga ibu tunggal miskin di bawah skim Bantuan Am bagi membantu meringankan beban mereka.
"Kementerian melalui agensi-agensi seperti Jabatan Kebajikan Malaysia dan Jabatan Pembangunan Wanita komited dalam memastikan kebajikan ibu tunggal terpelihara dari sosioekonomi dan kesejahteraan emosi.
"Pendekatan ini penting supaya anak kepada ibu tunggal mendapat pembelaan yang sewajarnya bagi membolehkan masa hadapan mereka terjamin," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Khairudin E.S Abd Samad di Dewan Negara di sini hari ini.
Khairudin meminta kerajaan menyatakan strategi untuk memajukan golongan ibu tunggal dan memastikan anak-anak mereka menjadi rakyat yang berjaya dan berguna kepada negara.
Beliau juga menjelaskan, insentif dalam bentuk Geran Pelancaran turut disediakan untuk penerima bantuan termasuk ibu tunggal yang ingin menjalankan perniagaan bagi menjana pendapatan dan memperbaiki tahap sosioekonomi mereka.
Katanya, pada 2011, sebanyak RM240,010 telah disalurkan kepada 100 orang ibu tunggal manakala sejumlah RM779,936 disalurkan kepada 312 orang ibu tunggal sebagai modal permulaan untuk menjalankan perniagaan tahun lepas.

No comments:
Post a Comment