Mynewshub
– Untuk membina sebuah projek konsesi lebuhraya yang melibatkan
kutipan tol, kuasa membenarkan sesuatu projek dibina terletak kepada
Menteri Kewangan.
Menurut
Seksyen 7(1) Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian)
1984 menyatakan Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan dalam hal
yang sesuai boleh membenarkan sesuatu pihak menguruskan projek
lebuhraya mengikut tempoh tertentu konsesi.
Ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dari tahun 1991 hingga 1998 beliaulah menteri yang paling banyak meluluskan pembinaan konsesi lebuhraya yang masih lagi mengutip tol pada hari ini.
Lebuhraya
yang diluluskan ketika tempoh Anwar sebagai Menteri Kewangan ialah
Lebuhraya SKVE (1998), Lebuhraya Baru Pantai (1997), Lebuhraya Baru
Shahpadu (1996), Lebuhraya Grand Saga (1996), Lebuhraya Besraya
(1996), Lebuhraya LDP (1996) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (1994).
Baki
lebuhraya ialah Lebuhraya Link Kedua (1994), Lebuhraya Seremban-Port
Dickson (1994), Lebuhraya KESAS (1994), Lebuhraya Elite (1994),
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (1994) dan Lebuhraya Metramac (1991).
Untuk makluman, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak belum pernah lagi memanjangkan tempoh konsesi mana-mana lebuhraya di Malaysia sejak menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009.
Apa
yang dilakukan Perdana Menteri ialah melepaskan kepentingan
kerajaan dalam PLUS kepada UEM Berhad dan KWSP
yang menyaksikan kadar tol PLUS tidak dinaikkan selama 5
tahun (2010-2015) dan bila dinaikkan pun
pada tahun 2016, kadar kenaikkan itu nanti
(5% bagi setiap 3 tahun) adalah jauh lebih rendah
berbanding kadar mengikut perjanjian konsesi yang
lama (10% bagi setiap 3 tahun).
No comments:
Post a Comment