Dzulkarnain
Taib, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) mendakwa pihaknya
mengetahui siapa dalang di sebalik penerbitan sebuah buku yang
bertujuan untuk propaganda ‘penghapusan’ bangsa Melayu secara
sistematik yang berjudul “Contesting Malayness : Malay Identity
Across Boundaries” diterbitkan National University of
Singapore pada tahun 2004.
“Kita tahu
(siapa dalang) di belakang buku itu adalah tokoh pemimpin veteran
Singapura.
“Buku itu
mengatakan bahawa bangsa Melayu ini tidak wujud. Bahawa bangsa Melayu
ini diwujudkan hanya di atas dasar politik, untuk kepentingan
politik.
“Kalau cuba
dicari asal-usul Melayu, sampai kiamat pun kita tidak akan jumpa dan
buku ini diharamkan di Malaysia tetapi telah dijual berjuta-juta
naskah di luar negara,” katanya ketika ditemui AIDC di Putrajaya, 9
Julai.
Menurutnya
kerajaan Singapura yang diperintah oleh PAP mempunyai agenda tertentu
yang sistematik terhadap masyarakat Melayu
“Kalau kita
pergi ke muzium Singapura, pertama kali kita melangkah, (ditulis),
‘Melayu bodoh..Melayu rasuah..Melayu lanun…Melayu perompak’,
itulah imej yang diberi Singapura kepada setiap pengunjung muzium
itu, meracuni pemikiran rakyat dia sendiri (dan) pelancong.
“Dan sebab
itulah Melayu ini dibenci di luar negara kerana bangsa kita ini
terutamanya Singapura ni, mereka amat mencemburui bangsa Melayu ini,”
katanya lagi.
Wawancara lengkap
bersama Dzulkarnain bakal menyusul selepas selesai penyiaran
wawancara bersama Shen Yee Aun disiarkan di laman ini.
Sementara itu,
penulis dan penyelidik sejarah, Zaharah Sulaiman dilaporkan Utusan
hari ini menafikan bangsa Melayu adalah golongan pendatang seperti
yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Menurutnya, bangsa
Melayu adalah kaum asal di rantau Nusantara ini, menerusi pemetaan
genetik dan artifak arkeologi mendapati masyarakat Orang Asli Semang
dan Senoi yang mendiami Benua Sunda (Asia Tenggara) merupakan nenek
moyang kepada populasi Melayu Proto dan kaum Melayu hari ini.
“Pengesahan ini
jelas sekali menolak dakwaan buku Contesting Malayness: Malay
Identity Across Boundaries yang diterbitkan oleh National University
of Singapore (NUS) yang menyatakan kaum Melayu berasal daripada
campuran kaum-kaum dari selatan China dan India,” katanya.
Beliau berkata
demikian dalam Wacana Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa
Melayu dan Asal Usulnya anjuran Kelab Wartawan Muda Malaysia di Kuala
Lumpur, semalam.
Buku susunan
Profesor Madya di Jabatan Sejarah NUS, Timothy P. Barnard yang
diterbitkan pada 2004 mendakwa kaum Melayu tiada asas untuk menjadi
kaum yang nyata kerana ia adalah campuran daripada kaum-kaum lain.
Ekoran itu, buku
berkenaan mencadangkan kaum Cina dan India di Malaysia diberikan
taraf bumiputera kerana orang Melayu sebenarnya berasal daripada
salasilah kedua-dua kaum itu.
Zaharah berkata,
kajian yang dilakukannya bersama beberapa penyelidik lain sejak 2009
mendapati masyarakat Semang dan Senoi berasal daripada manusia asal
di Afrika yang berhijrah ke rantau ini sejak 65,000 tahun dahulu.
“Kumpulan yang
telah berhijrah ke Benua Sunda ini merupakan nenek moyang kepada
manusia moden hari ini termasuk di Asia Timur dan Amerika.
“Kajian juga
mendapati orang Jawa, Dayak, Batak, Champa, Madagascar dan Polynesia
juga mempunyai genetik asal daripada Semang dan Senoi dan oleh itu
mereka juga orang Melayu,” katanya.
“Saya harap
kajian ini akan menyemarakkan kembali semangat Melayu dan membuatkan
mereka tidak lagi malu menjadi Melayu yang mengikut sejarah,
panggilan ini bermaksud ‘orang gunung’,” katanya.
Tambahnya, faktor
letusan gunung berapi, gempa bumi, banjir besar dan tsunami
menyebabkan Benua Sunda telah terpisah sehingga membentuk Semenanjung
Malaysia, Sumatera, Jawa, Filipina dan Borneo.
“Selat Melaka
sekarang sebenarnya adalah salah satu daripada sungai-sungai yang
terdapat di Benua Sunda dan ini dapat menjawab persoalan para
pengkaji kenapa selat ini sangat cetek,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment