Harami-harami
Fuckatan selalu puji DAP dan Guan Eng kononnya telus dan jujur. CAT
dalam istilah yang lebih diagung-agungkan. Harami selalu kata Guan
Eng ni tak pilih kasih kerana semua projek dibuat secara
tender.
Yang harami-harami ni tak tahu, memanglah projek
dibuat secara tender bila membabitkan kontraktor Bumiputera yang
nilainya sangat kecil. Tapi bila nilai sesuatu projek itu besar,
tender ke mana, CAT pun tak diamalkan lagi.
Selepas projek
pembangunan di tapak kelab lumba kuda Pulau Pinang, dan projek
terowong bawah laut, sekarang terdedah pula tentang projek
penaiktarafan tebatan dan perparitan di Bukit Mertajam. Pengakuan
telah dibuat yang projek tersebut telah dianugerahkan kepada sebuah
syarikat, S.P Mega Sdn. Bhd. secara runding terus. (SINI)
Syarikat
tersebut disyorkan sendiri oleh Lim Guan Eng dan Exconya, Lim Hock
Seng sewaktu pemilihan kontraktor dibuat.
Bila dah Ketua
Menteri dan Exconya buat syor, takkan Majlis Perbandaran Seberang
Perai nak tolak? Nak mampus? Lebih-lebih lagi, tindakan tokong semua
orang dah tahu. Dia mana ada belas kasihan.
Alasan yang
diberikan mengapa tender terbuka tidak dibuat ialah, kos akan
meningkat kalau tender terbuka dibuat.
Apakah
selepas ini, Lim Guan Eng yang cukup terkenal dengan putar belit dan
pembohongan itu akan menyalahkan laporan tersebut dan kemudian
membuat penafian sepertimana dia menafikan perubahan nama Pulau
Jerejak kepada Pulau Mazu dan sepertimana dia melabelkan Ketua
Pembangkang DUN Pulau Pinang sebagai NENEK RASIS apabila ditanya
mengapa tindakan kejam hanya diambil terhadap peniaga-peniaga dan
penjaja-penjaja Melayu tetapi untuk Cina, hanya dikenakan
kompaun?
Atau para macai penjilat taik Guan Eng akan meroyan
dan mula merepek yang bukan-bukan macam yang diorang tunjukkan dalam
isu Syiah semata-mata nak bela Mat Sabu sambil cuba melarikan topik
yang sedang diperkatakan?
Kita tengok sama-sama, yea....
No comments:
Post a Comment