Dikabarkan
Perdana Menteri Thailand, Yingluck telah membubarkan parlimen
setelah desakan dan demonstrasi besar-besaran kumpulan pendemo
berjaya melumpuhkan selama 2 minggu perbandaran utama di thailand.
Aas
pertembungan dua kumpulan rakyat pro merah dan kuning ini mudah
dikenalpasti.
Merah
adalah pro kepada Thaksin, majoritinya datang dari kumpulan luar
bandar sebut kampung yang selama pemerintahan Thaksin, kumpulan ini
mendapat manafaat besar hasil daripada dasar dan polisinya mengenai
pembelajaran dan kesihatan.
Manakala
kumpulan kuning pula yang opos yakni menentang merah. mereka
mendakwa kumpulan merah adalah anti kepada monarki dan terlalu
liberal dalam ekonomi.
ASAS
2 KUMPULAN INI BERTEMBUNG antara katalis utamanya adalah kerana
Thaksin telah menjual pemilikan saham telekomunikasi negara kepada
Temasek holding, syarikat pelaburan utama negara Singapura.
Hakikatnya,
semangat kekitaan dalam separuh daripada rakyat Thailand yang
mahukan segala milik negara dikekalkan merupakan langkah terpuji.
Di
atas kita mengenalpasti pola sikap majoriti rakyat Thailand yang
terpecah dua. Jika pemimpin merah memerintah, kuning akan
bertindakbalas. Begitulah nasib Thailand sejak hampir 13 tahun
yang lepas.
Di
amerika dan sebahagian negara di eropah, kriteria memilih parti yang
membentuk kerajaan lebih terarah kepada pendasaran cukai, kesihatan,
pekerjaan atau lebih mudah disebut sebagai dasar ekonomi yang
menguntungkan RAKYAT dan bukannya konglomerat.
Demokrasi
dan pilihanraya di barat sudah tidak perlu ke arah bloodshed atau
pertumpahan darah, sebaliknya janjian pilihanraya itu adakah ianya
bakal menguntungkan RAKYAT.
Berkemungkinan
jika panjang umur, tahun 2018 kita rakyat malaysia akan menghadapi
PRU ke 14.
Hakikat
PRU di malaysia, nak tak nak harus diakui ianya semakin menjurus
kepada penelitian pengundi terhadap dasar poket dan status quo.
Pru
1990 lebih melibatkan kepada pertembungan sokongan kelompok kepada 2
entiti utama, Dr mahathir dan Tengku Razaleigh.
PRU
1995 lebih memberatkan kepada bagaimana parti politik hendak
membentuk sokongan rakyat terhadap mereka. ia lebih terarah kepada
bagaimana Pas,Dap dan S46 mahu mengajak pengundi untuk beralih arah
dan menyokong mereka.
Detail
mengenai poket , sara hidup, pendidik dan kepelbagaian dasar tidak
dibicarakan pada tahap pru ini.
PRU
1999, ia semakin mengecil bilamana pertembungan pru ini sekadar
melibatkan permaslahan seorang yang ada masalah moral diterajang
keluar dari parti.
Pas
yang selama ini mati mendapat nyawa politik bila mereka
mengoptimakan kes Anwar sehabis mungkin untuk mendapatkan sokongan
Melayu.
Waktu
itu, Pas tiada keupayaan untuk membentuk dasar politik kuat
apatahlagi ampuh. PRU 1999 membuktikan Pas hidup semula setelah lama
mati.
PRU 14 pada pada penulis, ianya akan lebih nampak profesional dan terarah mengenai halatuju dasar melibatkan rakyat yang lebih meluas.
Orang kampung yang ditemui sudah berani membicarakan mengenai ekonomi, dalam ertikata mengenai bagaimana ringgit dibelanjakan kerajaan, bagaimana nilaian ringgit itu berkadar dengan kos barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Kebanyakan golongan pertengahan Melayu akan melihat PRU 14 ini sebagai cubaan pembantaian dan pengajaran maksima kepada kerajaan jika kerajaan enggan faham masalah kos kehidupan.
PRU 13 melayu masih memberi kepada UMNO atas dasar agama dan survival politik melayu,
Namun jika pemberian undi ini enggan dihargai, tiada mustahil banyak perkara mustahil akan berlaku.
Melayu tak faham apa signifikannya sukuk dengan undi.
Melayu kampung tak faham mengenai kerugian suku tahun pertama.
Melayu tak nak dengar lagi mengenai sloganista NKRA,NKEA,NKVE, PEMANDU,dipandu dan kena pandu.
Melayu pada hakikatnya dah faham dasar Pas yang menghancurkan.
Melayu pada hakikatnya dah paham serius UMNO mengenai status quo islam dan melayu.
Yang melayu mahukan adalah satu dasar yang betul-betul ampuh hingga ianya KENA PADA POKET lantas membuatkan mereka boleh sedikit legu tersenyum kerana dasar baru kerajaan ini benar-benar kena pada tulang belulang dan belikat darah poket mereka.
Kalau tak faham betapa strugglenya hidup Melayu pertengahan di lembah klang..
mungkin pak menteri boleh merasai denyut nadi rakyat melayu pertengahan ini dengan melakukan percubaan menaiki honda ex5, keluar kerja pagi balik malam.
Kalau tayar pancit tolak motor sendiri.
Tak payah bawak bodyguard dan pemandu.duduk kat flat. diberikan gaji rm2000 dan membawa masuk isteri dan anak untuk tinggal 6 bulan di kawasan flat kos rendah.
Bayar sendiri bil api dan air. Bayar sendiri duit sekolah anak. Kalau tak cukup gaji yang RAKYAT BERIKAN, buat kerja part time. Jual kuih atau tudung secara online dalam face book.
6 bulan kalau pak menteri boleh buat benda ni, percayalah kesedaran akan datang lantas banyak dasar yang menguntungkan rakyat akan diperincikan.
Akhirannya, PRU 14 BN akan terus kekal memerintah.
No comments:
Post a Comment