Ini
bukan main-main, ini betul-betul...
Masa
rakyat tentang duk sibuk harga barang nak naik, harga servis pun nak
naik, Kerajaan Negeri Selangor sudah pun memberikan khidmat terbaik
kepada rakyat Selangor. Sedar dengan masalah rakyat yang sedang
tercungap-cungap terpaksa menelan masalah ekonomi yang dijerutkan
oleh Kerajaan Najib Abdul Razak, Khalid Ibrahim telah mengumumkan
sesuatu bagi meringankan bebanan rakyat, khususnya kepada ibu bapa
yang akan menghantar anak mereka ke sekolah apatah lagi pada saat
Persatuan Bas Sekolah sedang menimbang hasrat untuk menaikkan tambang
bas sekolah sebanyak 40% daripada kadar sekarang.
Kerajaan
Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan pemberian subsidi sebanyak RM300
kepada setiap orang pelajar yang menggunakan perkhidmatan bas
sekolah.
Baik
sungguh hati Kerajaan Pakatan Rakyat. UMNO ada buat macam ni? Takdak,
kan?
TAPI...
Pelbagai
janji telah diberikan oleh Pakatan Rakyat semenjak dari tahun 2008.
Pelbagai program telah diumumkan dan peruntukan sekian banyak sekian
banyak untuk kebajikan rakyat dibangga-banggakan. Malangnya, Laporan
Ketua Audit Negara dari tahun 2008 sehingga tahun lepas, tidak
menunjukkan langsung pemberian yang diumumkan oleh Pakatan Rakyat
Selangor kepada rakyat. Bahkan Ketua Audit Negara dalam laporan
menyangsikan program tersebut memandangkan kebanyakan daripada projek
pemberian kepada rakyat itu seperti TAWAS, akhirnya hanya bersifat
debu. Peruntukan hilang tetapi masyarakat yang kononnya ditolong
tetap tak dapat apa-apa.
Janji
bantuan kepada pelajar, bukan janji baru. Sehingga kini, tiga orang
pelajar terbaik dari setiap kelas, tetap tidak menerima bantuan
seperti yang dijanjikan pada tahun 2008. Sehingga kini juga, akaun
Tabung Haji yang kononnya akan dimasukkan bantuan daripada Kerajaan
Pakatan Rakyat Selangor untuk sebagai bantuan kepada pelajar-pelajar
yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi,
kekal dua ringgit walaupun permohonan kononnya telah diluluskan.
Janji
RM300 sebagai subsidi kepada setiap orang murid yang menggunakan
perkhidmatan bas sekolah, sebenarnya merupakan satu lagi janji
populis Pakatan Rakyat. Mereka hanya pandai berjanji tetapi kemudian,
pura-pura buat bodoh dan tidak tahu apa-apa.
Ia
samalah seperti Kerajaan Negeri Selangor telah menaikkan kadar cukai
dan premium tanah selain bayaran untuk yuran lesen perniagaan,
kemudian pura-pura marah kepada Kerajaan Persekutuan kerana AKAN
MENAIKKAN kadar bayaran dan tarif. Ia samalah seperti Kerajaan
Pakatan Rakyat menaikkan bayaran sewa PPR sehingga 100% kemudian
dengan bangganya mengumumkan setiap rakyat Selangor akan dibantu
sebanyak RM30!!!
Hanya
si bodoh yang sudah terkena sihir air kencing Khalid Ibrahim dan
Anwar Ibrahim sahaja yang akan terkinja-kinja mendengar pengumuman
bantuan RM300 untuk setiap murid yang menggunakan perkhidmatan bas
sekolah itu. Yang pastinya, tiada RM300 seperti yang dijanjikan,
bahkan jangankan RM300, 30 sen pun belum tentu akan dibayar oleh
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk tujuan yang mereka sendiri
janjikan.
Sudah
berkali-kali Pakatan Rakyat Selangor menipu...
Jawab
dulu tentang kenaikan harga YANG TELAH DIBUAT oleh Kerajaan Negeri
Selangor sebelum nak sembang tentang PRIHATIN!!!Credit
No comments:
Post a Comment