Semalam
kita dikejutkan dengan pendedahan dari seorang aktivis MIC Datuk R.
Ramanan bahawa DAP sekarang ini sedang dalam proses memindahkan
pemilikan aset parti yang bernilai jutaan ringgit kepada beberapa
individu paling dipercayai dan lama dalam parti itu.
Rancangan
ini dipercayai berkait rapat dengan tekanan yang sedang dihadapi
oleh DAP supaya diadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat
(CEC). Hanya dengan pembatalan pendaftaran parti oleh ROS,
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkemungkinan besar akan dapat
menyingkirkan sejumlah besar kumpulan yang tidak menyokongnya
khususnya yang berketurunan India.
Kini, Guan Eng dan Kit
Siang bimbang sekiranya pendaftaran parti itu dibatalkan dan aset
yang dimiliki oleh parti itu seperti bangunan mereka (Wisma DAP di
Pulau Pinang dan Perak), pejabat, saham, wang serta aset lain akan
dibekukan sekiranya ROS mempunyai bukti berlaku unsur manipulasi
dalam pemilihan CEC pada Disember lepas.
Terdapat
beberapa individu veteran parti yang selama ini setia bersama parti
dan beberapa ahli yang hanya taat setia dengan 'dinasti Lim' telah
dipilih sebagai orang kepercayaan bagi 'menjaga' harta-harta
itu.
Sebenarnya Dinasti Lim berhasrat 'menguburkan' legasi
pengasas sebenar DAP, bekas Presiden Singapura, C. V. Devan Nair
yang berketurunan India. Mereka berdua mahu mengasaskan parti mereka
sendiri. Kedua, sekiranya pemilihan semula diadakan semula dengan
kehadiran 753 ahli yang dinafikan hak mereka, maka keputusan tidak
akan sesekali berpihak kepada mereka.
Sebab itu Guan
Eng lebih rela pendaftaran parti itu dibatalkan supaya mereka berdua
boleh menubuhkan DAP baru dengan hanya merekrut kroni-kroninya
sahaja.
Adakah khabar angin ini benar atau tidak ?? Kalau
tidak Guan Eng tampil segera nafikan sahaja semua tuduhan ini, tidak
perlu panjang panjang cerita...
No comments:
Post a Comment