Petikan dari blog Teganuku
"Keprihatinan
Tuanku Sultan tidak pun mendapat liputan media milik PAS sedangkan
Sultan Terengganu adalah hak semua rakyat, bukan tergolong kepada
penyokong UMNO atau Barisan Nasional sahaja. Kehadiran Sultan
Terengganu pun bukan kerana UMNO atau BN tetapi demi rakyat
Terengganu yang sedang ditimpa bencana."
Membantu mangsa banjir adalah kerja murni tetapi jangan sampai riak!
Kita bersimpati dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Chukai, Hanafiah Mat yang agaknya inilah kali pertama sebagai wakil rakyat benar-benar ‘turun padang’ membantu rakyat yang dilanda musibah banjir.
Berdasarkan
kenyataannya bahawa ‘beliau sibuk menolong rakyat berpindah tidak
sedar rumahnya sendiri telah dinaiki air dan akhirnya terpaksa
berpindah ke kawasan selamat’, sewajarnya kita bersimpati dengan
beliau dan keluarganya.
Kata Hanafiah :“Saya sangat terharu dan sangat sedih kerana sebahagian besar rakyat saya terdiri dari kalangan miskin dan sederhana yang banyak terlibat dengan musibah banjir ini seperti di Taman Perumahan Fikri, Taman Perumahan Mak Lagam, Kampung Gong Limau, Kampung Gong Pauh, Kampung Pengkalan Pandan dan banyak lagi…Semalaman saya tidak tidur kerana turut sama membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir ke pusat-pusat pemindahan,” katanya dengan nada keletihan.
Malah lebih mengharukan menurut katanya: “Apabila pulang pada jam 5 pagi, air telah memasuki rumahnya sehingga paras lutut dan sekelip mata, naik mendadak menyebabkan beliau tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan kecuali sehelai baju dan seluar ‘track’.”
Membaca lebih lanjut laporan blog menyokong PAS yang disiarkan hari ini, tiba-tiba terasa geram dan meluat, walaupun bersimpati mulanya. Tiga baris terakhir laporan bertajuk “Banjir Luar Biasa; ADUN Chukai Mungkin Tidak Dapat Hadir Sidang DUN” yang berbunyi: “…beliau mendakwa kelibat pemimpin politik Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak kelihatan ketika rakyat kesusahan banjir.”

Blog berkenaan memetik Hanafiah sebagai berkata: “Sehingga hari ini (4 Disember), saya belum nampak kelibat pemimpin politik Umno-BN yang turun membantu rakyat kecuali di kalangan kakitangan kerajaan seperti pasukan Bomba dan Penyelamat (Bomba), anggota Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis, kakitangan JKR, Majlis Perbandaran Kemaman (MPk) dan sukarelawan Jabatan Amal (Unit Amal). Pemimpin kerajaan yang dikatakan berslogan ‘Rakyat Didahulukan’ itu belum kelihatan turun ‘padang’ untuk membantu rakyat,” tegasnya.
Wahai ADUN PAS Chukai…kalau nak bantu tu bantulah…amat baik kerja amal tu…tetapi apabila mengata orang atau mahu menunjuk-nunjuk yang kita membuat kebajikan, itu sudah termasuk dalam perbuatan yang dianggap `riak’. `RIAK itu dimurka oleh Allah. Bukan begitu?
Mungkin wakil rakyat ini hanya terlibat di kawasannya dan tidak kawasan lain.
Kalau beliau merujuk ke tarikh 4 Disember….pada tarikh itu mungkin benar Menteri Besar yang juga ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said tidak ada di kawasannya.
Seperti saya tulis sebelum ini, pada hari berkenaan, Menteri Besar sampai di KLIA dari luar negara pun sudah jam 7 malam dan ADUN Kemasik, Ir. Rosli Othman berada di Kuala Lumpur kerana mesyuarat Exco.
Namun kenyataan Hanafiah tidak tepat dan adil terhadap Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan ADUN Air Puteh,
Wan
Hakim Wan Mokhtar. Ahmad Shabery bergegas pulang ke Kemaman pada
hari berkenaan sementara Wan Hakim tidak pun hadir ke ke mesyuarat
Precouncil Sidang DUN Terengganu kerana masalah banjir yang melanda
kawasannya.
Wan Hakim ialah Pengerusi BNBBC DUN Terengganu dan keprihatinan beliau kepada ‘masalah rakyat’ jangan diperkecilkan oleh Hanafiah begitu sahaja.
Kalaupun mahu menonjol diri, tonjollah….tetapi jangan sampai memperkecilkan usaha dan penat jerih orang lain. Bantu dan berkhidmatlah kerana menang Yang Berhormat kerjanya membantu dan menolong rakyat.
Dan apabila membantu rakyat jangan pula mahu menunjuk-nunjuk.
Juga tidak faham kenapa laman berkenaan baru siar kenyataan Hanafiah semalam sebagai berita utama (6 Disember 2013 sedangkan temubual dibuat pada 4 Disember 2013).
Langsung tidak faham tujuannya. Apakah mahu tunjuk bahawa beliau mendahului Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang turut melawat mangsa banjir kelmarin? Tahniah kepada Hadi kerana turut prihatin kepada rakyat di Kemaman.
Kita bangga dan merafatkan ucapan terima kasih kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mencemar duli melawat mangsa banjir di Kemaman pagi kelmarin.

Tuanku diiringi Menteri Besar dan Ahli Parlimen Kemaman serta pemimpin serta pegawai negeri.
Keprihatinan Tuanku Sultan tidak pun mendapat liputan media milik PAS sedangkan Sultan Terengganu adalah hak semua rakyat, bukan tergolong kepada penyokong UMNO atau Barisan Nasional sahaja.
Kehadiran Sultan Terengganu pun bukan kerana UMNO atau BN tetapi demi rakyat Terengganu yang sedang ditimpa bencana.
Apakah media milik PAS merasakan lawatan terhadap mangsa banjir oleh Hanafiah dan Haji Awang lebih penting daripada lawatan Sultan Terengganu berkenaan?
Bukan itu sahaja. Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Perhimpunan Agung UMNO untuk melawat mangsa banjir di Kemaman. Kalau tidak mahu membuat liputan terhadap Muhyiddin kita fahamlah!
Namun,
dalam menyampaikan bantuan dan pertolongan kepada mangsa
banjir Kerajaan Negeri Terengganu tidak tanya pun sama ada seseorang
atau keluarga itu mengundi UMNO, BN atau PAS!
Sehari sebelum itu, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO selepas menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 terus bergegas ke Pahang untuk meninjau keadaan banjir dan melawat mangsa.
Jadi berpada-padalah pemimpin PAS MENUNJUKKAN BAKTI KEPADA RAKYAT, jangan sampai rakyat meluat dengan gelagat dan tindak tanduk mereka.
Tak kisahlah kalau mahu memasang bendera PAS pada lori, sampan atau sebagainya ataupun datang dengan TANGAN KOSONG, sekadar bertanya khabar.
Biarlah berniat ikhlas, bukan kerana mahu menonjolkan diri sebagai pemimpin PAS semata-mata.
Paling penting tidak RIAK!

No comments:
Post a Comment