Para penyokong PAS menggunakan Internet dan media sosial dengan semaksimum mungkin untuk memburuk-burukkan UMNO dan Najib
Abdul Razak. Bahkan sehingga ke suatu peringkat, pembohongan dilakukan secara terang-terangan seperti mendakwa tiada bantuan yang
diberikan kepada mangsa-mangsa banjir sehinggalah munculnya Unit
Amal PAS. Mereka secara terang-terang juga menafikan
pembabitan agensi-agensi kerajaan serta petugas-petugas yang
bertungkus lumus memerah tenaga dan keringat. Lebih menarik
lagi ialah apabila mereka terlupa bahawa peringatan tentang
kedatangan banjir telah dibuat oleh Kerajaan dari awal
November lagi menerusi hebahan siaran media cetak
dan elektronik.
Malangnya, sikap
pembohong dan munafik sudah sebati dalam diri para
penyokong PAS yang hanya percaya dengan apa yang
mereka mahu percaya.
PAS
dan para penyokongnya seringkali mendabik dada
bahawa merekalah pejuang Islam sebenar.
Mereka juga kononnya juara umat Islam di negara ini.
Kelompok mereka sahaja kononnya yang mahu memartabatkan
Islam dan umatnya sedangkan UMNO dan para pemimpinnya pula
hanya memandang RINGGIT dan keuntungan.
Entah
bagaimana, secara tiba-tiba Allah Taala memberikan
satu keadaan di mana para pengikut dan pemimpin PAS
perlu membuktikan apa yang mereka katakan dan ikrarkan.
Pulau
Pinang….
Bocor
sudah rahsia tentang cita-cita DAP dan Lim
Guan Eng untuk menghapuskan kewujudan perkampungan
Melayu dan umat Islam di negeri tersebut yang
sudah wujud semenjak ribuan tahun lampau. Pulau Jerejak
yang pernah digunakan sebagai pusat tahanan telah ditukar
namanya menjadi Pulau Mazu dan pulau
tersebut digunakan pula sebagai pusat tarikan
pelancong yang baru menerusi projek membangunkan berhala-berhala
dan tokong-tokong di situ.
Kalau
pada zaman Wong Kah Keat menjadi Ketua Menteri Sabah,
projek Kuan Yin di Kudat akhirnya dibatalkan setelah
Musa Aman menjadi Ketua Menteri, walaupun Sabah
merupakan negeri yang penduduknya mengamalkan
toleransi beragama, bagaimana pula dengan Pulau Pinang yang
walaupun penduduk majoritinya adalah Cina,
tetapi semenjak dari Pulau Pinang berada
di bawah pentadbiran langsung Kerajaan Kedah, itu
negeri orang Islam?
Mengapa
tiada langsung suara orang dan penyokong PAS
yang sibuk bikin cerita pemimpin-pemimpin UMNO bersukaria
dan bergembira di PWTC sewaktu mangsa-mangsa banjir keluh
kesah dengan perut lapar dan harta musnah? Apakah
perbuatan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan DAP
Pulau Pinang, merupakan perbuatan yang lebih mulia
berbanding tindakan Ahmad Said, Menteri Besar
Terengganu menahan dua buah van roti di Kuala
Lipis untuk memberi makan kepada pengguna-pengguna laluan
tersebut yang terperangkap kerana banjir?
Masakan
bijak pandai PAS di kalangan penyokong dan pemimpin mereka tidak
sedar natijah daripada perbuatan Lim Guan Eng itu?
Mengapa PAS
dan Melayu PKR yang cukup kuat menyalak tentang RASUAH
dan sebagainya, tiba-tiba mendiamkan diri walaupun kampung
halaman orang Melayu di Pulau Pinang dimusnahkan
secara terancang oleh DAP dan Lim Guan Eng?
Mengapa pula mereka tidak menyalak dan melalak
tentang Pulau Jerejak yang sekarang ini sudah pun
ditukar nama menjadi Pulau
Mazu dan dirancang sebagai Pulau Tokong
dan Berhala?
Atau
sebenarnya mereka terlalu takut dengan DAP dan Lim
Guan Eng berbanding UMNO dan Najib Abdul Razak yang kekal
melayan mereka dengan penuh mesra dan ramah biarpun
pelbagai caci nista dikeluarkan?
Itu
belum lagi melibatkan Selawat Tahrim (bacaan
sebelum Azan Subuh) yang telah pun diharamkan oleh Lim
Guan Eng di Pulau Pinang. Barangkali kalau pengharaman
tersebut dibuat di negeri-negeri yang diperintah
oleh UMNO atas alasan yang sama seperti diberikan oleh Lim
Guan Eng, barangkali medan di Facebook dan Internet
akan dipenuhi dengan caci maki dan sebagainya, sepertimana
mereka sedang memaki hamun sesiapa sahaja yang memaparkan
gambar Anwar Ibrahim berdakap dengan gadis jelita
di Amerika Syarikat pada ketika Najib Abdul Razak
mendakap bayi mangsa banjir di Pekan.
Para
penyokong PAS menyatakan, Anwar tidak perlu disentuh dalam
bab banjir kerana dia hanyalah Ketua Pembangkang,
bukannya Perdana Menteri!
Begitulah
kalau mereka sudah dihijab hati, dibutakan mata
dan ditulikan telinga!
No comments:
Post a Comment