Wednesday, December 11, 2013

PERDANA UNTUK PM

 

11.12.13 Perdana Menteri, YAB DS Najib Tun Razak menerima kereta untuk kegunaan resmi Perdana Menteri sebuah Perdana Limosin keluaran pertama Perdana.

Majlis diadakan di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya pada jam 12.45 tgh sebaik sahaja selesai Mesyuarat Kabinet. 
Seterusnya Proton akan mengeluarkan kereta Perdana Limo untuk kegunaan TPM manakala Perdana Eksekutif kepada Menteri - Menteri, Timbalan Menteri dan Ketua - Ketua Kementerian dan seterusnya akan di pasarkan di pasaran  secara berperingkat - peringkat. 
Difahamkan YB DS Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua dan Pegawai Kanan MOF telah bermesyuarat dengan Pengerusi dan GM Proton serta telah melawat rekabentuk Perdana di Kilang Proton sebelum ini sebelum dibentang ke Mesyuarat Kabinet  bagi memutus penggunaan Perdana baru sebagai kereta resmi semua Menteri dan Ketua - Ketua Kementerian dan Jabatan Kerajaan.

Tahniah kepada Proton diatas pengeluaran kereta Nasional terbaru siri Perdana yang difahamkan menggunakan teknologi Honda Accond yang diubahsuai saiz yang lebih besar dan panjang.

Tahniah kepada Kabinet kerana masih menyokong PROTON.

 

 


No comments:

Post a Comment