Rancangan
Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu
pada pertengahan tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab
ialah Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs.
Rancangan
Briggs merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan British untukmenyekat
bekalan makanan serta ubat-ubatan daripada berjaya sampai
ke tangan Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat
menguasai Persekutuan.
Antara
tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan
penduduk Cinadari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan
menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di Kampung
Baru. Rancangan itu merangkumi pemindahaan penduduk Cina dari
kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di
Kampung Baru seperti di Jinjang supaya tidak diugut oleh Min Yuen
untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan.
Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen.
Kampung-kampung
baru ini dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan
keselamatan. Penduduk Kampung Baru diberi banyak
kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal
serta bekalan elektrik dan air paip.
Jumlah
penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509
orang yang ditempatkan di 440 buah kampung baru.
Kenapa
Rancangan Briggs hanya tertumpu kepada kaum Cina sahaja? Ini jelas
menunjukkan bahawa hanya kaum Cina sahaja yang mempunyai simpati dan
menyokong perjuangan komunis.
Rancangan
Kampung Baru dengan menempatkan semula penduduk Cina dengan diberikan
pelbagai kemudahan merupakan satu kesilapan besar yang pernah British
lakukan ketika menjajah Tanah Melayu. Walhal pada ketika itu taraf
penduduk Cina hanya sebagai imigran yang datang ke Tanah Melayu untuk
bekerja.
Sepatutnya
pada ketika itu dengan penduduk Melayu yang sentiasa memberikan
sokongan kepada British, pilihan yang paling baik sekali untuk
mengekang sokongan terhadap pergerakan komunis ialah dengan
menghantar pulang imigran-imigran Cina ini kembali ke Tanah Besar
China, bukannya dengan mengurung mereka dalam Kampung-kampung Baru
dengan diberikan pelbagai kemudahan.
Kini,
kesilapan yang dilakukan oleh British tersebut terpaksa ditanggung
oleh Melayu apabila anak cucu penduduk yang diberikan pelbagai
keistimewaan oleh British dalam Kampung Baru semakin berani dan
lantang mempersoalkan keistimewaan Melayu dan agama Islam.
Cuma...
Melayu dan Islam sememangnya baik.......
No comments:
Post a Comment