RUSUHAN
yang berlaku di Singapura malam kelmarin menginsafkan penulis bahawa
polis Malaysia adalah jauh lebih hebat dari pihak berkuasa di
Singapura.
Ikut
laporan yang tidak dapat disahkan, seorang perusuh mati ditembak
polis Singapura dalam rusuhan yang melibatkan sekitar hanya 400 orang. Ada satu laporan lain kata kematian itu disebabkan
oleh kemalangan yang kemudian mencetuskan rusuhan, bukan kerana
ditembak!!
Walaubagaimanapun,
soal sama ada yang mati itu ditembak polis atau dilanggar bas, bukan
isu. Isunya disini ialah rusuhan 400 orang pun susah sangatkah nak
kawal?
Itu
belum disebutkan bagaimana pihak berkuasa Singapura turut mengerah
bantuan tambahan dari satu kontijen pasukan Gurkha untuk mengawal
keadaan, atau dalam lain maksud, minta bantuan luar untuk kawal
rusuhan oleh 400 orang.
Dengan
bantuan Gurkha ini pun, banyak juga kenderaan polis, ambulan dan
harta benda awam yang dibakar atau dirosakkan perusuh.
Nampak
sangat disitu, tidaklah sehebat mana Singapork ini pun. Harap gah
dengan peralatan canggih sajalah, sedangkan bila berlaku kejadian
yang sebenar, kelam kabut juga nak mengawal keadaan, walhal bukan
ramai mana pun yang merusuh tu.
Banding
dengan Malaysia, bila pembangkang cetus huru hara dalam Bersih 2 &
3, polis negara ini mampu mengawal keadaan dengan TIDAK ADA satu pun
kemalangan jiwa yang diakibatkan oleh pihak polis, walaupun jumlah
perusuh adalah berkali ganda dari apa yang berlaku di Singapura malam
tadi.
Semua
ini menunjukkan polis negara kita adalah jauh bersedia dari polis di
Singapura. Dari segi risikan, teknik dan taktikal menangani
ancaman, semua membuktikan pasukan polis kita jauh mengatasi polis
Singapura. Dan penulis yakin, bukan polis Singapura sahaja,
malah semua agensi keselamatan di negara tersebut tidak cukup
bersedia menghadapi ancaman sebenar.
Harapannya
selepas ini, janganlah ada sesiapa lagi yang memandang rendah
keupayaan pasukan polis dan agensi keselamatan lain di negara kita
lagi. Apa yang berlaku di Singapura membuktikan
pasukan polis kita terlalu jauh lebih baik walaupun mungkin tidak
setanding polis Singapura dari segi kelengkapan yang canggih-canggih.
Lebih-lebih
lagi parti pembangkang seperti DAP yang terlalu memandang tinggi
negara tersebut walaupun sedar Singapura punya amalan demokrasi,
masih 40 tahun kebelakang berbanding Malaysia, kebebasan bersuara
yang hampir tidak ada disamping pasukan polis yang tidak bersedia
menghadapi sebarang kemungkinan.
Ini
bukan kali pertama pihak berkuasa Singapura dibuktikan tidak
bersedia. Sebelum ini pun penjenayah paling bahaya di negara
tersebut, Mas Selamat lolos dengan mudah dari tahanan di penjara
Singapura. Siapa yang tangkap selepas itu?
Polis
Malaysia yang serba kekurangan ini jugalah kan.
No comments:
Post a Comment