Hari
ni punya artikel dari Malaysiakini.com pasal tol , dikatakan
lebuhraya-lebuhraya berikut akan ada kenaikan ;
Lebuh
raya yang terbabit ialah Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Lebuh Raya
Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur
(AKLEH) , Lebuh Raya Sprint , Lebuh Raya Shah Alam
(KESAS) ,Lebuh Raya Maju (MEX) , Lebuh Raya Sungai BEsi
(BESRAYA) , Lebuhraya SMART dan Sistem Lingkaran Lebuh Raya Kajang
(SILK).
Penulis
pernah menulis beberapa artikel berkaitan dengan tol , mungkin ramai
yang tak tahu bahawa kerajaan Selangor memegang saham beberapa
konsesi lebuhraya ini melalui syarikat2 milik kerajaan negeri
Selangor . Berikut adalah petikan dari artikel yang pernah ditulis
dulu , untuk update terkini masih tak dapat dipastikan peratusan %
saham.
Fakta
mengenai Lebuhraya Toll yg perlu diketahui.....
1
) Eastern Dispersal Link - Toll di hapuskan 100% - Pemegang Saham
utama MRCB (KWSP pemegang saham utama)
2
) New Pantai Expressway - Toll Kpg Medan dihapuskan - Pemegang Saham
utama IJM
3
) Kajang - KL (Grand Saga) - Kerajaan Pusat mengurangkan 50% drpd
toll...terpulang kpd Pemegang Saham (Taliworks i.e KDEB/KPS/MB Slgr
Inc i.e kroni PR) utama utk menghapuskan terus.
4
) KESAS Highway - PKNS (kroni PR) adalah diantara Pemegang
Saham...belum ada2 ura nak kurangkan atau hapuskan toll.
5
) SPRINT Highway - KPS (kroni PR) adalah diantara Pemegang
Saham...sama spt KESAS belum ada2 ura nak kurangkan atau hapuskan
toll.
6)
GCE Highway - pada asalnya di miliki oleh Guthrie semasa Khalid CEO
cum kroni Umno....terpaksa di ambil alih oleh Prolintas (PNB) kerana
masaalah aliran traffic yg tak mencukupi.
7)
Mana2 Toll Highway yg PLUS Pemegang Saham utama (NS, ELITE, NKVE,
Seremban-PD, Kulim Butterworth
8
) Begitu juga Toll Highway dibawah Prolintas (AKLEH, GCE, SKVE, LKSA)
9)
LDP pemilik konsesi LITRAK
Satu
ketika dulu ,Khalid Ibrahim, Menter Besar Selangor dalam kenyataan
beliau di media (3 May 2012) menyatakan bahawa perjanjian
konsesi lebuhraya di Selangor pada masa hadapan akan memasukkan terma
'exit clause' . Dalam erti kata yang lain , apabila keuntungan yang
ingin dicapai telah diperoleh , maka pemilikan lebuhraya akan
dipindahkan kepada kerajaan Selangor.
Contoh
yang diberikan oleh Khalid Ibrahim ialah sekiranya keuntungan yang
ingin dicapai telah diperoleh dalam tempoh 25 tahun dengan aliran
trafik yang banyak , maka tempoh konsesi selama 40 tahun akan
terbatal dan pengurusan lebuhraya akan diserahkan kepada kerajaan
Negeri Selangor. Khalid Ibrahim pada masa yang sama juga bernada
mengugut apabila mengatakan sekiranya ada syarikat yang tidak
bersetuju dengan cadangan berkenaan maka kerajaan Selangor tidak akan
memberi kelulusan dalam mendapatkan tanah bagi pembinaan lebuhraya.
Oleh
yang demikian , dengan anggapan kadar tol akan dinaikkan tak lama
lagi , dari pemimpin2 PR lain bising2 tentang kenaikan harga tol ini
, apa kata cuba buat apa yang Khalid Ibrahim pernah cadangkan satu
ketika dulu , desak konsesi2 di mana kerajaan negeri Selangor pun ada
pegangan saham di dalamnya. macam KESAS dan SPRINT tu . Secara
peribadi memang lah aku pun tak berapa setuju dengan kenaikan tol .
Cuma kerajaan Selangor pimpinan PR yang ada kepentingan dalam tol
seperti Kesas , Sprint & Grand Saga pun jangan buat2 bodoh , kan
dah dipamerkan di atas tol di KESAS dan SPRINT pun akan dinaikkan
jugak ! Apa tunggu lagi , takkan sebagai antara pemegang saham besar
dalam konsesi tak boleh nak buat apa2 ?
No comments:
Post a Comment