[ VIDEO ] Banjir: 34,058 Mangsa Banjir Berada Di Pusat Pemindahan Di Pahang
KUANTAN,
5 Dis (Bernama) -- Seramai 34,058 mangsa banjir masih ditempatkan di
pusat-pusat pemindahan banjir di Pahang.
Menurut Jurucakap
Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang, sehingga
pukul 10 malam Khamis, semua mangsa adalah dari tujuh daerah iaitu
Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis dan
Temerloh.
"Kuantan masih mencatat jumlah mangsa paling
ramai iaitu 27,587 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan,"
katanya kepada BERNAMA, di Kuantan.
Di Rompin, seramai 4,180
mangsa banjir di 14 pusat pemindahan, Pekan 3,091 mangsa di 16 pusat
pemindahan, Maran, 49 mangsa di enam pusat, Jerantut 311 mangsa di 11
pusat, Lipis 21 mangsa di dua pusat dan Temerloh dengan tujuh mangsa
di satu pusat pemindahan.
Sementara itu, beberapa jalan utama
masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya KM 28
Jalan Sungai Lembing-Kuantan, KM 51 Jalan Kuantan-Kemaman, Batu 3
Jalan Kuantan-Gambang, KM 72 Jalan Kuantan-Segamat, KM 62 Jalan
Kuantan-Rompin dan Jalan Utama Jerantut-Kuala Lipis.
Polis
menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga dan bersiap sedia
berpindah berikutan hujan masih berterusan pada sebelah
malam.
No comments:
Post a Comment