Pas
ditubuh sebagai Pan Malayan Islamic Party oleh ulama-ulama UMNO yang
kecewa kerana tidak dipilih untuk menjadi ahli Dewan Undangan
Persekutuan (Federal
Legislative Council)
dan dewan-dewan negeri apabila Persekutuan Tanah Melayu mengganti
Malayan Union pada 1948. Lihat di sini
Kali
pertama Pas meletak calon ialah pada Pilihan Raya Umum (PRU) zaman
British iaitu tahun 1955. Pas hanya menang satu kerusi daripada 52
kerusi yang dibenar British untuk ditandingi.
Dari
sini kita dapat lihat yang Pas tidak pernah menang besar, tidak pun
sebesar UMNO. Tidak pernah terjadi kemungkinan Pas layak menerajui
Kerajaan Pusat.
Walaupun
bekerjasama dengan Parti Semangat 46 dan DAP dalam tahun 1990 dan
1995, Pas hanya menang tujuh kerusi Dewan Rakyat tiap kali.
Pada
1999 apabila bekerjasama dengan DAP dan Keadilan, Pas menang 27
kerusi tetapi jatuh kepada enam kerusi pada 2004.
Pada
2008 pula meningkat kepada 23 kerusi tetapi jatuh kepada 21 dalam
PRU13.
Walaupun
UMNO bertanding sebagai Perikatan dan kemudian sebagai Barisan
Nasional (BN), tetapi jumlah calon UMNO yang bertanding dan yang
menang adalah yang terbesar antara parti komponen Perikatan/BN dan
terbesar juga antara semua parti yang bertanding.
Pada
PRU13, sementara UMNO menang 88 kerusi Dewan Rakyat, Pas hanya dapat
21 kerusi. Hak UMNO untuk mengetuai Kerajaan Pusat tidak pernah
dipertikaikan.
Kemenangan
Jumlah
terbesar kemenangan Pas adalah pada 1999, di waktu Anwar dapat mata
hitam. Pas memenangi 27 kerusi tetapi jatuh semula kepada enam dalam
PRU pada 2004.
Pada
tahun 2008, Pas menang 23 kerusi. Dan pada 2013 - 21 kerusi, jumlah
yang terkecil berbanding dengan rakan Pakatan yang mana DAP mendapat
38 kerusi dan Keadilan 30.
Daripada
angka-angka ini jelas yang Pas tidak mungkin mengepalai Kerajaan
Persekutuan walaupun berkongsi dengan DAP dan Keadilan. Pas hanya
boleh jadi junior partner jika Pakatan mendirikan
Kerajaan. Jika Pas diberi peluang mengetuai Kerajaan Pusat, ia
hanyalah sebagai boneka DAP. Kita lihat ini berlaku apabila Pas
mengetuai Kerajaan Perak.
Penubuhan
Pas hanya berjaya memecah belah orang Melayu/ Islam sehingga mereka
menjadi lemah di negara yang Melayu/Islam menjadi majoriti.
Sebelum
Pas ditubuh, orang Melayu mudah bersatu. Mereka yang berpelajaran
agama pun menyertai UMNO. Demikianlah kekuatan orang Melayu kerana
bersatu melalui UMNO sehingga British terpaksa menggugurkan Malayan
Union. Pada PRU 1955, walaupun Pas bertanding, tetapi penyatuan
Melayu dalam UMNO masih kuat dan hanya satu sahaja kawasan Melayu
yang memberi kemenangan kepada Pas.
Semua
orang Melayu lain yang pada masa itu menguasai 80 peratus kawasan
menolak Pas bulat-bulat. Tetapi pada 1959, apabila Pas menggunakan
isu agama dengan sepenuhnya termasuk mengkafirkan orang UMNO,
perpecahan ketara berlaku di kalangan orang Melayu. Dan Pas berjaya
menawan Kelantan dan Terengganu. Tetapi sejak itu prestasi Pas tidak
memberi gambaran yang Pas akan dapat mengganti UMNO sebagai mewakili
orang Melayu.
Ke
mana Pas? Apakah mungkin dengan sokongan DAP, Pas akan kalahkan UMNO?
Apakah DAP akan menolong Pas supaya jadi terbesar dalam Pakatan dan
mendirikan Kerajaan Islam?
Hanya
mereka yang taksub dengan Pas yang masih boleh mimpi parti itu
mengetuai Kerajaan Islam yang memerintah Malaysia.
Yang
lain tahu Pas hanya menjadi duri dalam daging bagi orang
Melayu/Islam, yang akan bernanah, reput dan menamatkan sejarah
Malaysia sebagai Tanah Melayu.
No comments:
Post a Comment