Jika
diperhatikan pada peta ibukota Kuala Lumpur, pelbagai nama
tokoh-tokoh yang diabadikan sebagai nama jalan dan lorong-lorong,
malah bangunan dan penempatan juga. Tokoh-tokoh ini datangnya
dari pelbagai latar belakang, sama ada politik, seni, sosial dan
sebagainya. Penulisan ini melihat kepada latar belakang beberapa
orang pemimpin masyarakat yang nama mereka diabadikan di jalan-jalan
di ibukota.
1.
Yap Ah Loy (1837 - 1885)
|
Kapitan
Yap Ah Loy bersama pengikutnya pada lewat 1884, pada ketika
ini beliau sedang menderita sakit bronkitis,
ianya jelas tergambar dengan susuk tubuh yang susut.
|
Nama
sebenar beliau ialah Yap Tet Loy, dilahirkan di Kwangtung, China
pada tahun 1837. Beliau adalah dari keturunan Hakka dan mendirikan
rumahtangga pada tahun 1856 dengan seorang gadis dari Melaka, Kok
Kang Keown. Pasangan ini dikurniai dengan dua orang cahayamata
lelaki, Yap Hon Chin dan Yap Loong Hin.
Yap
Ah Loy datang ke Tanah Melayu pada tahun 1854 dan menetap di Melaka
dan bekerja sebagai pembantu kedai. Beliau kemudiannya berhijrah ke
Lukut dan bekerja sebagai buruh di sebuah lombong timah. Selain
bekerja sebgai buruh, Yap Ah Loy turut terlibat dalam perniagaan
khinzir. Dengan fizikal yang tegap dan gagah, Yah Ah Loy mempunyai
reputasi sebagai seorang yang digeruni, selain daya kepimpinan yang
tinggi. Oleh yang demikian, pada tahun 1860, beliau telah dipilih
sebagai Kapitan, atau ketua bagi masyarakat cina dari kalangan
pelombong bijih timah di Sungai Ujong, beliau menggantikan kapitan
sebelumnya yang mati dibunuh akibat persengketaan dengan sekumpulan
pelombong bijih yang lain.
Apabila
Kuala Lumpur diterokai dan perusahaan bijih timah mula berkembang,
Yap Ah Loy telah dipelawa oleh Liu Ngim Kong, seorang pemimpin
masyarakat cina di Kuala Lumpur untuk membantunya dalam perusahaan
lombong bijih disana. Yap Ah Loy kemudianya telah membuka lombongnya
sendiri dan bertambah maju hingga menjadi kaya raya. Yap Ah Loy
kemudiannya melabur dengan memajukan beberapa kawasan di Kuala
Lumpur, termasuk pembinaan tokong Sze Yeh. Setelah kematian Liu Ngim
Kong, atas permintaan mendiang sendiri, Yap Ah Loi telah diangkat
sebagai Kapitan bagi masyarakat cina di Kuala Lumpur, pelantikan ini
turut mendapat restu dari Sultan Abdul Samad, Raja Abdullah dari
Klang dan Sutan Puasa, pemimpin kaum melayu yang paling berpengaruh
di Kuala Lumpur pada ketika itu. Pada tahun 1869, Yap Ah Loy
dimasyurkan secara rasmi sebagai Kapitan dalam satu majlis yang
turut dihadiri oleh Raja Mahdi, Raja Asal dan Sutan Puasa. Dalam
upacara pemasyuran itu, Yap Ah Loy telah mengenakan pakaian tradisi
melayu lengkap dengan destar sepertimana lazimnya dipakai oleh
Raja-raja melayu, sementara pengisytiharan dilakukan dalam bahasa
ibunda beliau. Walau bagaimana pun, sewaktu pemasyuran semula
sebagai Kapitan pada 1873, iaitu selepas tamatnya perang Klang, Yap
Ah Loy mengenakan pakaian tradisi masyarakat cina.
Sumbangan Kapitan Yap Ah Loy pada pembangunan Kuala Lumpur tidak boleh dinafikan, sewaktu Kuala Lumpur dilanda banjir besar, semua pengusaha lombong mengalami kerugian akibat kerosakan pada mesin dan bangunan. Yap Ah Loy sendiri turut sama terjejas, beliau terpaksa meminjam sejumlah besar wang bagi membiayai kos pembaikan agar dapat meneruskan perusahaanya. Malah beliau hampir muflis akibat dari hutang yang besar itu, namun nasibnya baik apabila harga timah naik dua kali ganda pada tahun 1879, lalu dalam tempoh setahun segala hutang piutang dapat beliau langsaikan. Yap Ah Loy kemudiannya membiayai pembinaan jalan, rumah sakit, sekolah jenis kebangsaan (c) dan perusahaan batu-bata yang menjadi kegunaan untuk pembinaan bangunan di Kuala Lumpur pada ketika itu, kawasan perusahaan ini kemudiannya dikenali sebagai Brickfields Road.
Pada akhir 1884, Yap Ah Loy telah diserang bronkitis dan jangkitan kuman pada paru-paru, namun beliau hanya bertahan dengan rawatan tradisional cina yang berasaskan herba. Biarpun menunjukkan tanda-tanda akan sembuh, beliau akhirnya meninggal dunia pada 15 April 1885, sebagai tanda penghormatan, seluruh pejabat kerajaan ditutup pada hari pengkebumian beliau.
Sumbangan Kapitan Yap Ah Loy pada pembangunan Kuala Lumpur tidak boleh dinafikan, sewaktu Kuala Lumpur dilanda banjir besar, semua pengusaha lombong mengalami kerugian akibat kerosakan pada mesin dan bangunan. Yap Ah Loy sendiri turut sama terjejas, beliau terpaksa meminjam sejumlah besar wang bagi membiayai kos pembaikan agar dapat meneruskan perusahaanya. Malah beliau hampir muflis akibat dari hutang yang besar itu, namun nasibnya baik apabila harga timah naik dua kali ganda pada tahun 1879, lalu dalam tempoh setahun segala hutang piutang dapat beliau langsaikan. Yap Ah Loy kemudiannya membiayai pembinaan jalan, rumah sakit, sekolah jenis kebangsaan (c) dan perusahaan batu-bata yang menjadi kegunaan untuk pembinaan bangunan di Kuala Lumpur pada ketika itu, kawasan perusahaan ini kemudiannya dikenali sebagai Brickfields Road.
Pada akhir 1884, Yap Ah Loy telah diserang bronkitis dan jangkitan kuman pada paru-paru, namun beliau hanya bertahan dengan rawatan tradisional cina yang berasaskan herba. Biarpun menunjukkan tanda-tanda akan sembuh, beliau akhirnya meninggal dunia pada 15 April 1885, sebagai tanda penghormatan, seluruh pejabat kerajaan ditutup pada hari pengkebumian beliau.
Jalan
Yap Ah Loy, Kuala Lumpur
|
2) Raja Laut (1850 -1915)
|
Raja
Laut (dalam bulatan) bersama pemimpin kanan kerajaan , disebelah
kanan beliau ialah pemangku Residen Selangor, J.P
Rodgers. Gambar ini diambil pada pertengahan tahun 1884.
|
Raja Laut adalah putera kedua Sultan Muhammad, beliau dilahirkan pada tahun 1850, mendapat gelaran Raja Laut kerana dikatakan dilahirkan ketika bondanya berada di perairan sekitar Lukut. Beliau kemudianya dijadikan anak angkat oleh Raja Juma'at lalu menjadi saudara tiri kepada putera kandung Raja Juma'at, iaitu Raja Bot. Raja Laut adalah pengasas kepada Kuala Lumpur Sanitary Board sewaktu ianya ditubuhkan pada 1890. Selain daripada itu, Raja Laut juga bertanggungjawab menubuhkan sekolah melayu pertama di Kuala Lumpur, dimana beliau turut menyekolahkan putera beliau di sekolah berkenaan.
Pada tahun 1898, Raja Laut telah dimasyurkan sebagai Raja Muda Selangor, selepas Raja Sulaiman dinobatkan sebagai Sultan Selangor, Raja Laut menggunakan gelaran ini sehingga tahun 1903. Raja Laut mengahwini Raja Daing Chahaya dan dikurniai seorang putera, iaitu Raja Alang. Keluarga diraja ini tinggal di sebuah rumah dikawasan 'Batu Road' pada ketika itu, sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1915 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan 'Kampong Gonggang', iaitu nama asal jalan Ampang. Nama Raja Laut diabadikan sebagai nama sebuah jalan yang bersambung dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Jalan
Raja Laut, Kuala Lumpur
|
3) K. Thamboosamy Pillai (1850 - 1902)
K.
Thamboosamy Pillai
|
K.
Thamboosamy Pillai merupakan ketua bagi masyarakat india di Kuala
Lumpur selama tiga dekad, beliau dilahirkan di Singapura dan
mendapat pendidikan di Raffles Institution. K. Thamboosamy memulakan
kerjaya sebagai seorang kerani di firma guaman Rodyk dan Davidson,
beliau kemudiannya mengikuti majikannya, Guthrie Davidson ke
Selangor, selepas majikannya itu dilantik sebagai Residen Selangor
yang pertama. K.Thamboosamy kemudian dilantik menjalankan
tugas-tugas pengurusan pejabat di Pejabat Perbendahaan Negeri
Selangor yang beribu pejabat di Klang. Pada tahun 1889, beliau
bersara dari perkhidmatan awam dengan jawatan terakhirnya sebagai
Ketua Kerani, dan sebagai tanda penghargaan, Residen British pada
masa itu, William Maxwell telah melantik beliau sebagai pengurus
bagi sebuah syarikat perlombongan, New Rawang Tin Mining Company.
Beliau
telah berjaya memajukan syarikat berkenaan, malah beliau sendiri
menjadi antara tokoh yang dihormati pada ketika itu. K. Thamboosamy
merupakan ahli Selangor Turf Club, malah turut memiliki koleksi
kudanya sendiri. Selain aktiviti perlombongan, K. Thamboosamy turut
membina kekayaan melalui aktiviti hartanah dan binaan, malah beliau
sering mengadakan keraian mewah di rumahnya, di Batu Road.
K.
Thamboosamy Pillai juga diiktiraf sebagai tokoh disebalik pembukaan
kuil Hindu di Batu Caves, malah sebuah tugu menyerupai beliau turut
dibina di kuil berkenaan.
K.
Thamboosamy meninggal dunia di Singapura pada tahun 1902,
memandangkan pada ketika itu tiada perkhidmatan keretapi atau jalan
darat yang baik, maka atas inisiatif Sir Frank Swettenham, mendiang
dibawa pulang ke Kuala Lumpur dengan menggunakan kapal layar khas
yang dikhaskan untuk kegunaan Gobenor British.
Jalan
Thamboosamy, Kuala Lumpur
|
4) Loke Yew (1845 - 1917)
Wong
Loke Yew
|
Wong
Loke Yew,atau lebih dikenali dengan nama Loke Yew dilahirkan di
wilayah Kwangtung, China, beliau datang dari keluarga
peladang. Pada tahun 1858, sewaktu berusia 13 tahun, beliau belayar
ke Singapura dean bekerja sebagai pembantu kedai. Loke Yew
kemudiannya berhijrah ke Larut dan menjadi buruh lombong disana.
Perang larut yang tercetus telah mendatangkan punca rezeki buat
beliau, pihak British telah melantiknya sebagai pembekal makanan
kepada pasukan tentera British. Loke Yew kemudiannya berhijrah ke
Selangor, dan membuka lombong bijihnya sendiri, selain terlibat
dalam bidang hartanah. Loke Yew turut membantu kerajaan negeri
Selangor dalam hal pembinaan jalan, malah beliau kemudiannya
dianugerahkan konsesi jalan-jalan yang terlibat.
Loke
Yew turut membuka ladang getah, dan hasil perniagaanya yang
perlbagai dan maju, Loke Yew telah berjaya menjadi jutawan. Kekayaan
yang dibina turut dikongsikan untuk kemajuan masyarakat, beliau
banyak menyumbang kepada aktiviti kemasyarakatan terutamanya yang
bersangkutan dengan pendidikan, malah beliau adalah salah seorang
pengasas Victoria Institution, Kuala Lumpur selain turut menyumbang
dana bagi pembinaan padang sekolah Methodist Boy's School.Di atas
sifat murah hati yang ada pada Loke Yew itu, Hong Kong
University telah menganugerahkan beliau ijazah kehormat. Sepertimana
tokoh-tokoh sezaman dengannya, Loke Yew turut mendiami kawasan Batu
Road, beliau meninggal dunia pada tahun 1917.
Jalan
Yoke Lew, Kuala Lumpur
|
Rujukan :
Batu Caves Magnificent Hindu Batu Caves Temple. at: http://www.malaysian-explorer.com/batuCaves.html ( diakses pada 8 Disember 2012)
Community Leaders in Early Kuala Lumpur. (1972). Malaysia in History, XIV(2), 9-14.
( 121 - Koleksi Khas Shaharom Husain, PTSL UKM )
Wikipedia.org
No comments:
Post a Comment