Umno
melangkah ke kanan
DAP
percaya Utusan dan
Perkasa adalah suara Umno.
.
Siapa musuh Umno sebenarnya?
Utusan mengingkatkan
Umno agar berwaspada kerana walaupun parti Melayu itu kuat tetapi ia
tidaklah kebal.
“[Barisan
Majlis Tertinggi] lah yang akan dipertanggungjawabkan jika Umno gagal
pertahan kuasa politik Melayu selepas ini,” kata lidah
pengarangAwang
Selamat hari
ini.
‘Berwaspada
terhadap golongan Kristian’
Naib
presiden Perkasa Zulkifli Noordin risau akan apa malapetaka yang
menimpa bangsa Melayu-Islam jika puak Kristian merampas Putrajaya dan
memerintah.
Kalau
semua Kristian dimomokkan pukul rata, nanti BN hilang undi pribumi
Kristian di Sabah dan Sarawak pula.
Lagipun
penganut ‘lama’ Kristian sendiri tidak merestui tipu helah yang
dipasang Kristian ‘mualaf’ (born agains).
Bukan
kaum Kristian yang memberontak tetapi evangelista yang berpolitik.
Zul
telah memberi amaran terhadap “Gerakan Kristianisasi”.
Baik
beringat bahawa sesumpah evangelista tak nampak macam Kristian.
Mereka
mengambil rupa muslimin dan muslimah!
.
..
Petikan blog
Zul hari
ini:
“Dan
Umno perlu sedar dan insaf bahawa PRU-13 bukan tsunami
cina, tetapi
cubaan penghapusan Umno!
PRU-13
adalah cubaan kaum cauvinis, rasis dan extremis mahu
melakukan Genosid-Politik
Umno!
Kalau
ini pun Umno masih tidak sedar, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena
dengan Umno! Setelah diberi pelbagai habuan, bantuan dan ganjaran,
mereka tetap menolak Umno. Mereka tetap terpedaya dengan janji palsu
bahawa Putrajaya akan dapat mereka tawan! Putrajaya sudah dalam
genggaman!
Kaum
cauvinis, rasis dan extremis berotak fasis ini bukan mahu habuan,
mereka bukan mahu ganjaran, mereka bukan mahu bantuan;
MEREKA
MAHU KEKUASAAN!!! MEREKA MAHU KERAJAAN!!!”
Betul, Umno cenderung bunuh diri
Zul
kata puak DAP/Cina/Kristian adalah “cauvinis”, “rasis” dan
“extremis”.
Pembangkang
Cina dan Kristian sebaliknya juga mendakwa Umno adalah cauvinis,
rasis dan fasis yang paling ekstrim sekali.
Dan
mereka lebih berjaya dalam membentuk persepsi awam lalu menyakinkan
orangramai serta media Inggeris antarabangsa.
Malah
Menteri Umno pun menggajikan Scissorati (Regina Lee)masuk pejabatnya.
Gunting dalam lipatan
MCA
lah yang menganggap Umno berpemikiran sempit dan “rasis”.
Sudah
berkali-kali MCA bersengketa dengan Perkasa.
Media
MCA menggambarkan orang Kristian sebagai mangsa yang dianiaya,
terutamanya dalam isu kalimah ‘Allah’.
Umno
ada musuh di depan dan juga musuh api dalam sekam.
Kalau
Umno dibunuh kelak, ia akan mati kerana ditikam belakang.
“i
looked at the Star front
page where they have Najib in his green baju melayu, the Bintang Tiga
photographer took the picture so that the UMNO logo is behind him
with the ends of the U sprouting from Najib shoulders making him like
having red demonic wings… very sneaky eh…” — comment by
forrestcat @ 2013/12/08
at 4:41 pm
Blog Stop the Lies ialah Scissorati
Media
MCA The
J-Star hari
ini membayangkan orang Melayu Islam yang bersifat pelampau agama.
Blog Stop
The Lies yang
ada kaitan rapat dengan The
J-Star semalam
memuatkan rencana yang menyebut orang Melayu sebagai kaum yang
“paling
rasis di Malaysia“.
Namun
blogger-blogger Umno masih lagi memberi sokongan mereka kepada
blog Stop
the Lies. Kalau
gerakan Gunting dalam Lipatan ini pun PPTA (Parti Paling Tidak Apa)
masih tidak sedar, maka pasti dan terbukti ada sesuatu yang tidak
kena dengan Umno dan orang Umno.
Umno
bakal kecundang bukan kerana seteru di medan perang tetapi kerana
kebodohan sendiri dan Si Kitol-Si Kitol yang ada dalam parti.
Selepas
PAU, Regina Lee berjaya menambahkan pengikut Melayu
UmnoTwitternya yang sekarang sudah menjadi 4,190 orang. Setiausaha KJ
ialah bekas wartawan Malaysiakini dan The-Star. Credit
No comments:
Post a Comment