Pada
ketika kita sedang berdepan dengan usaha pihak-pihak bukan Islam
yang kini begitu lantang menuntut penggunaan kalimah Allah , kita
seharusnya melihat kepada sejarah dan perkembangan yang pernah
berlaku di serata dunia melibatkan agama atau orang-orang Islam.
Kita yakin dan percaya kekuatan sesebuah negara itu bergantung kepada
sejauh mana kuatnya satu-satu bangsa atau kumpulan terbesar memiliki
kuasa memerintah.
Ini
tidak boleh di sangkal lagi bahkan sejarah yang tercatat sewaktu
peristiwa peperangan di Bosnia , kekejaman terhadap kaum Rohingya di
Myanmar dan lain-lainnya membuktikan bagaimana tanpa kekuatan bangsa
dominan akan menyebabkan negara terlibat dalam kancah peperangan
yang mampu mengundang malapetaka bukan sahaja kepada bangsa itu
sendiri tetapi juga kepada negara.
Sebagai
contoh sedarkah kita bahawa Indonesia punya penduduk yang beragama
Islam paling ramai di dunia ? Apakah di sana wujud sebarang
undang-undang mahupun akta-akta tertentu yang mengawal kedudukan
agama Islam sekuat Malaysia ?
Kerana
kekurangan itulah maka semua pihak di Indonesia bebas mengamalkan
ajaran agama masing-masing bahkan turut bebas untuk menyebarkan
fahaman masing-masing.
Barangkali
kerana itulah maka di Indonesia kita dapat lihat sejak sekian lama
perkahwinan campur di antara Islam dan bukan Islam di bolehkan.
Apabila
tidak ada sebarang undang-undang yang boleh memperkukuhkan serta
membela agama Islam maka sedikit demi sedikit Islam di Indonesia di
carik-carik.
Kesan
daripada kebebasan ini jugalah yang menjadi faktor kepada kewujudan
puak-puak mahupun gerakan-gerakan militan sehingga menyebabkan
berlakunya pembunuhan di kalangan para pengamal agama dan ianya juga
turut berlaku di negara-negara lain.
Mengapa
ianya berlaku ? Sudah pasti kerana tindakan sesetengahnya yang
membangkitkan rasa tidak puas hati atau kemarahan pihak-pihak
tertentu dan tindakan sedemikian di ambil kerana tiada undang-undang
yang boleh menyekat mahupun di jadikan sebagai batu asas untuk
memastikan kedudukan satu-satu agama itu terjamin.
Malaysia
masih beruntung kerana kita punya undang-undang dan perlembagaan
yang termaktub sejak negara mencapai kemerdekaan.
Dengan
JAMINAN itulah maka agama Islam di negara kita terbela.
Namun
kita perlu ingat bahawa JAMINAN itu mampu di ubah sekiranya kita
LALAI dan membiarkan mereka yang kini terlalu OBSES dan BERNAFSU
menguasai tampuk pemerintahan negara.sumber
Dalam
keberuntungan itu pun Malaysia tidak dapat lari daripada
gerakan-gerakan yang mampu menggugat hala tuju pentadbiran negara
yang kini di terajui oleh bangsa Melayu beragama Islam.
Malaysia
sebuah negara berbilang bangsa yang cukup unik kerana kita masih
MAMPU meletakkan Islam di kedudukan yang tertinggi.
Tetapi
apakah kita masih MAMPU bertahan sekiranya bangsa dominan (Melayu)
tidak punya kekuatan untuk terus berdepan dengan gerakan terancang
seperti mana yang sedang kita lihat berlaku sekarang ??
Kena
faham dan jangan lalai !!
|
Hati-hati
dengan agenda terancang ini kerana kesannya amat besar dan mampu
memusnahkan apa yang kita pertahankan selama ini.
No comments:
Post a Comment