Kalau
ada lagi pecacai yang berasakan DAP akan mencintai mereka dan
membelai mereka dengan penuh kasih sayang, harap-harap selepas ini
mereka wajarlah mengetuk kepala sendiri memandangkan segala-gala yang
berlaku di Selangor kini, langsung tidak menunjukkan yang
Melayu-Bumiputera, Islam dan minoriti akan terbela. Bahkan DAP akan
menjadikan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu-Islam sebagai
sasaran memandangkan mereka berasa cukup gah kerana ada orang
Melayu-Islam yang akan membela mereka dengan seribu satu macam dalih.
Dari
tahun 2008 sehinggalah kini, DAP menerusi Pakatan Rakyat Selangor
yang menjadi Kerajaan Negeri mencari jalan mengepung, menekan,
menghalau dan melupuskan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan
Melayu-Bumiputera dan Islam. Oleh kerana terhutang budi dengan
masyarakat India yang tetap memilih mereka, sekalipun peristiwa
menghalau bagaikan anjing kurap berlaku di Pulau Pinang melibatkan
perkampung masyarakat India yang dikenali sebagai ‘High Chapparal’
atau Kampung Buah Pala, DAP dan Pakatan Rakyat kurang melakukan
kezaliman.
Pakatan
Rakyat Selangor amat sedar, undi Melayu di kebanyakan tempat telah
berpindah kepada UMNO-BN. Biarpun mereka menambahkan bilangan kerusi
DUN sekali ganda menerusi pengundi-pengundi baru Cina yang jumlahnya
berkali-kali ganda ramainya berbanding pengundi-pengundi muda Melayu.
Justeru, tindakan perlu dilakukan untuk memastikan orang Melayu
berasa takut, terancam dan akhirnya memilih Pakatan Rakyat secara
terpaksa.
Selepas
Pusat Giat MARA di Sabak Bernam diarahkan tutup oleh Kerajaan Negeri
Selangor secara serta-merta, kini tibalah giliran Pusat Giat MARA
Selayang pula. Manakala Pusat Giat MARA Kapar hanya menunggu hari
untuk ditutup dan dihalau.
Exco
Selangor, Ean Yong Hian Wah sendiri yang membawa surat untuk
melakukan penghalauan. Malah dia sendiri yang mengeluarkan arahan
agar Pusat Giat MARA di Selayang ditutup serta merta. Turut datang
bersama-samanya bagi memastikan arahan itu dipatuhi oleh wakil
daripada Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. Turut serta
adalah wakil daripada syarikat pemaju hartanah yang telah diberikan
hak oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memiliki tanah tersebut.
Dan
sudah tentulah syarikat pemaju hartanah tersebut merupakan syarikat
yang dimiliki oleh bukan Melayu. Kalau ada pun Melayu di dalam
syarikat tersebut, mereka hanyalah proksi yang dibayar gaji bulan
tetapi tidak mempunyai sebarang fungsi.
Mungkin
para pecacai akan menyatakan bahawa selayaknya Pusat Giat MARA
Selayang itu diarahkan tutup kerana statusnya adalah menduduki secara
haram sepertimana yang terlampir dalam surat arahan Kerajaan Negeri
Selangor. Namun mahukah mereka mengaku bahawa Pakatan Rakyat Negeri
Selangor telah mengeluarkan arahan pada tahun 2010 menerusi Elizabeth
Wong pada masa itu bahawa semua permohonan TOL akan dibatalkan dan
dimansuhkan. Begitu juga dengan permohonan tukar TOL ke geran
pemilikan kekal, turut dihapuskan.
Sepanjang
2008 sehingga 2013, Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh
Pakatan Rakyat telah berlakon menyerahkan geran-geran kepada
penduduk-penduduk yang sebelum itu menduduki tanah TOL. Pakatan
Rakyat mengakui bahawa pemberian geran tersebut adalah tanda
keprihatinan Pakatan Rakyat terhadap rakyat Selangor.
Malangnya
yang tidak diberitahu oleh Pakatan Rakyat ialah, kesemua geran
tersebut telah diluluskan pada zaman pentadbiran bekas Menteri Besar
Selangor, Dr. Khir Toyo atau lebih tepat lagi di bawah pemerintahan
Barisan Nasional dengan kadar premium hanya RM2.00 sekaki persegi.
Pakatan
Rakyat bagaimanapun, telah menaikkan kadar premium tanah pada harga
yang lebih tinggi sekaligus meningkatkan juga cukai tanah dan cukai
pintu.
Tahun
2014 menyaksikan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat
telah meningkatkan segala jenis cukai dan yuran pembayaran
termasuklah levi hotel. Malahan bayaran sewa untuk rumah PPR yang
dibina oleh Kerajaan Barisan Nasional, turut dibuat pada kadar 100%
kenaikan.
Kebanyakan
Pusat Giat MARA telah menduduki tanah kerajaan negeri yang berstatus
TOL selama beberapa dekad. Itu merupakan kesilapan terbesar
memandangkan MARA yang menjadi musuh utama DAP kerana fungsi MARA
adalah meningkatkan taraf ekonomi Melayu-Bumiputera menerusi
pendidikan kemahiran atau pinjaman perniagaan dan sebagainya. DAP
sudah lama mendesak agar MARA dijadikan hak milik rakyat Malaysia
tanpa mengambil kira tujuan asal penubuhan MARA yang tertakluk di
bawah Perlembagaan Malaysia terutama yang berkaitan dengan Artikel
152 dan Artikel 153.
Itulah
kesilapan terbesar MARA dan kerajaan negeri terdahulu kerana
menyangkakan, kerajaan negeri yang baru, akan meneruskan dasar-dasar
yang sama untuk kemajuan Melayu-Bumiputera. Sikap alpa dan leka
terutama sekali yang berkaitan dengan pendudukan tanah, akhirnya
direalisasikan menerusi tindakan kurang ajar dan biadap DAP.
Apa
lagi yang boleh dikata, melainkan inilah balasan sokongan Melayu
kepada Pakatan Rakyat. Allah Taala bayar TUNAI di muka bumi lagi
tanpa perlu menunggu di Padang Mahsyar!!!
No comments:
Post a Comment