Seperti
dijangka, himpunan yang dikelolakan oleh Pakatan pembangkang di
Sunway, Seberang Jaya tidak mendapat sambutan daripada rakyat.
Yang
lebih memalukan ialah himpunan yang tidak mendapat sambutan itu
tersebut diadakan di Parlimen Permatang Pauh di mana ahli parlimennya
ialah Anwar Ibrahim.
Semua
orang tahu tujuan himpunan Pakatan pembangkang itu. Ianya untuk cuba
menandingi kebangkitan rakyat yang ramai hadir semasa Himpunan
menentang kebiadapan ADUN PKR Machang Bubuk. Tempatnya pun sama
dengan himpunan minggu lepas.
Sudah
tentu media-media pembangkang akan berbohong mengatakan kehadiran
'sangat menggalakkan'. Tetapi sebaliknya berlaku. Memang sungguh
memalukan, lebih-lebih lagi ianya di adakan di kawasan parlimen
Anwar Ibrahim.
Apakah
Anwar sudah hilang aura beliau walau pun di kawasan parlimen beliau
sendiri?
Bukan
sahaja kedatangan sungguh memalukan tetapi begitu juga aksi-aksi
tidak senonoh penyokong-penyokong Pakatan pembangkang.
Bukan
itu sahaja, sikap mereka sama sahaja dengan pemimpin PKR dari Machang
Bubuk iaitu biadap dan penghinaan melampau terhadap Perdana Menteri
Malaysia.
Yang memalukan juga ialah aksi penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang yang turut membawa bendera negara Jepun.
MiM difahamkan tindakan mereka untuk meredakan marah rakyat terhadap tindakan bodoh penyokong-penyokong Shamsul Iskandar AMK dan Pakatan pembangkang yang membakar bendera Jepun tempoh hari.
Mujurlah
penyokong-penyokong Pakatan pembangkang di Sunway, Seberang Jaya
tidak membakar bendera Jepun kerana menurut Ketua AMK, Shamsul
Iskandar, membakar bendera negara Jepun hanyalah 'insiden kecil'
sahaja. Baca
Sini
Anda
baca jawapan balas terhadap tohmahan terhadap UMNO :KLIK
SINI
No comments:
Post a Comment