YANGON
23 Jan. - Kerajaan Myanmar didakwa melakukan persediaan bagi
menghapuskan penduduk Rohingya Islam di negara ini, sebelum bancian
penduduk Myanmar 2014 dijalankan pada 30 Mac hingga 10 April depan.
Menurut
laporan Burma Times yang memetik sumber dalaman Myanmar,
pasukan tentera diketuai Presiden, Thein Sein sedang bersiap sedia
untuk melakukan penghapusan etnik di negeri Rakhine, barat Myanmar
tersebut.
Jelas
sumber itu, pentadbiran kerajaan pusat di Naypyidaw turut didakwa
mengeluarkan arahan penahanan terhadap semua lelaki dewasa dan
kanak-kanak Rohingya Islam yang berusia 10 tahun ke bawah.
Sekiranya
dilaksanakan, rancangan pihak berkuasa Myanmar itu bakal menyerupai
penghapusan kaum yang dijalankan tentera Bosnia Serbia di Srebrenica
dan Zepa ketika Perang Bosnia 1992-1995.
Kira-kira
800,000 penduduk Rohingya Islam kini dilaporkan tinggal di Myanmar,
dengan 90 peratus daripadanya kini berada di barat negara tersebut.
Myanmar
tidak menganggap etnik itu sebagai warganegara, malah penduduk
Rohingya sering berhadapan dengan kekejaman yang disokong oleh
kerajaan sejak tahun 1978 lagi.
Dalam
kejadian pada 18 Januari lalu, pasukan keselamatan yang dikenali
sebagai Lun Htein memusnahkan sebuah perkampungan yang dihuni oleh
4,000 orang penduduk Rohingya Islam di Maungdaw, Rakhine.
Sebelum
ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban
Ki-moon pernah memberi amaran kepada Myanmar supaya menghentikan
serangan ke atas penduduk minoriti Islam itu jika mahu dilihat
sebagai sebuah negara yang berwibawa.
Keganasan
etnik ke atas penduduk Rohingya biasanya dilakukan oleh penganut
agama Buddha.
Pada
tahun 2012, perbalahan agama yang berlaku di negeri Rakhine
mengakibatkan lebih 200 orang terkorban, kebanyakannya adalah
penduduk Islam Rohingya yang dinafikan kewarganegaraan, manakala
140,000 orang lagi hidup melarat tanpa tempat perlindungan.
Kerajaan
Myanmar turut menolak perbincangan berkaitan isu etnik Rohingya pada
persidangan pertama menteri-menteri luar ASEAN yang akan diadakan di
negara ini pada 28 Mac depan. - AGENSI
No comments:
Post a Comment