bnbbc.my
~ Setiausaha
Agung DAP, yang diikhtiraf Lim Guan Eng Ahad membuat provokasi dalam
cubaan melaga-lagakan parti komponen Barisan Nasional (BN) bukan
Melayu dengan UMNO melalui satu kenyataan media berhubung isu kalimah
Allah dan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas pejabat
Persatuan Bible Malaysia (PBM) baru-baru ini.
Guan
Eng dalam kenyataan itu menyelar parti komponen bukan Melayu utama BN
yang disifatkan beliau “membuta tuli menyokong” UMNO menanam
perasaan benci antara kaum.
“DAP
mengutuk UMNO kerana memainkan isu perkauman itu serta parti-parti
komponen MCA, MIC dan Gerakan kerana mengizinkan perbuatan itu dengan
terus menyokong UMNO,” katanya Guan Eng yang tetap belum menjawap
isu pembaziran kerajaan negeri Pulau Pinang yang membeli kereta mewah
Mercedes-Benz S300L untuknya walaupun baru dua bulan menggunakan
Toyota Camry 2.5.
Guan
Eng menuduh UMNO Selangor adalah dalang kepada serbuan JAIS
terhadap pejabat PBM dan rampasan lebih 300 Bible dalam bahasa Melayu
dan Iban Khamis lalu.
“MCA,
MIC dan Gerakan telah mengabaikan komuniti mereka sendiri dengan
menyokong serta bekerjasama dengan UMNO Selangor sehingga menimbulkan
kebencian kepada orang bukan Melayu dan menidakkan hak beragama bagi
mereka yang bukan beragama Islam.
“Walaupun
UMNO Selangor tidak akan melakukan protes di luar gereja Katolik
ketika upacara ibadat pada hari Ahad, UMNO Selangor telah
mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan akan adanya demonstrasi
melibatkan orang Melayu-UMNO,” katanya dalam kenyataan itu.
Malah,
Guan Eng turut menuduh Timbalan Perdana Menteri menjadi batu api
dalam memarakkan lagi api isu perkauman.
“Lebih
buruk, rakyat Malaysia rasa dikhianati apabila Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin daripada memainkan peranan sebagai
‘peacemaker’ lebih memilih untuk mencurah air ke dalam api
apabila menyatakan kebenaran untuk Muslim berdemonstrasi di depan
gereja pada hari Ahad,” tuduh beliau di dalam kenyataan itu.
Guan
Eng juga menyimpulkan isu ini adalah cara untuk mengalihkan perhatian
rakyat terhadap isu kenaikan kos sara hidup, ketika beliau
sendiri sedang menikmati keselesaan Mercedes-Bens S300L ’hadiah
tahun baru’ yang diterima sejak 31 Disember lalu.
Tuduhan
ini nyata tidak berasas kerana beliau gagal melihat bahawa UMNO
Selangor melarang diadakan perhimpunan di hadapan gereja di atas
semangat perpaduan kaum dan agama memandangkan punca timbul isu
Kalimah Allah hanyalah seorang individu bernama paderi Andrew
Lawrence bukan seluruh penganut Kristian.
Guan
Eng juga ternyata dungu kerana tidak memahami JAIS bertindak mengikut
undang-undang iaitu berdasarkan Enakmen Agama Bukan Islam
(Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, titah perintah
Sultan Selangor pada 14 Disember 2013, serta keputusan Mahkamah
Rayuan melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan
Islam.
Sudah
jelas serbuan JAIS tidak didalangi mana-mana kuasa politik.
Seharusnya
beliau selaku Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan lebih
bijak berbanding cuba bermain api membuat provokasi mencabar MCA, MIC
dan Gerakan menentang UMNO bagi memburukkan lagi situasi. Malah
beliau sendiri yang memulakan isu ini pada sambutan krismas pada 2012
dulu.
No comments:
Post a Comment