AIDCNews – The Unspinners.blogspot.com membongkar semula
perkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan badan penaja Adenauer
Foundation (KAF) atau Stiftung (KAS), membuka satu lagi ruang
baru mengenali sisi hitam Ketua Umum PKR.
KAF/KAS
adalah badan pemikir kepada sebuah parti politik aliran Jesuit di
Jerman yang dikenali sebagai Christian
Democratic Union.
Yayasan
Kristian Jesuit Jerman ini kemudiannya menaja badan pemikir Anwar,
Institut Kajian Dasar (IKD) sekitar tahun 1987, iaitu dua
tahun selepas badan pemikir itu ditubuhkan.
Maka
tidak hairan pada tahun 1996, Anwar
Ibrahim satu-satunya Muslim yang menerima anugerah ‘honoris
causa‘
(anugerah ijazah untuk menghormati penerima) dari Universiti Jesuit
Filipina, Ateneo
de Manila University.
Pada
tahun yang sama, Anwar juga dianugerahi ‘Presidential
Medal’ oleh universiti Jesuit terbesar di Amerika Syarikat (AS),
Universiti Georgetown, Washington DC kerana sumbangannya
menggalakkan persefahaman antara agama.
Kemudian,
pada tahun 2005/2006, Anwar kembali bertugas di Universiti Jesuit
Georgetown di CMCU (Center for Muslim–Christian Understanding) yang
kemudiannya ditukar nama kepada The Prince Alwaleed Center for
Muslim–Christian Understanding (ACMCU).
CMCU
diasaskan oleh pengikut Jesuit bernama John Esposito.
Universiti
Jesuit – Pasukan Tentera Jesus Arahan Vatican
Menurut wikipedia,
Jesuit bermaksud Persatuan atau Pasukan Jesus yang
ditubuhkan oleh Ignatius Loyola (seorang Kesatria Sepanyol/Spanish
knight) sebagai satu ‘pasukan utama tentera-tentera Jesus’.
Permohonan
menubuhkan Jesuit diluluskan Pope Paul III pada tahun 1540.
Menurut
laman biblebelievers.org.au,
Jesuit adalah ‘Kumpulan Tentera Agama Gereja Roman Katolik’ yang
setiap ahlinya diajar bertugas sebagai “mata-mata” (spy), untuk
mengumpulkan semua statistik, fakta dan maklumat dalam kekuasaan anda
dari setiap sumber, untuk mengambil hati kepercayaan di dalam
lingkaran keluarga Protestan dan bidaah dari setiap kelas dan watak,
peniaga, banker, peguam, antara sekolah dan universiti, di parlimen
dan perundangan, dan dewan negara, dan untuk menjadi segalanya kepada
semua orang, supaya tunduk kepada Pope, dan mereka menjadi hamba kita
sampai mati”.
Logo
Jesuit berbentuk salib dan tertulis perkataan IHS
Perhatikan
logo Jesuit (bertanda bulat), dalam Program Common World, di
Universiti Jesuit Georgetown. Dari kiri Tony Blair (bekas Perdana
Menteri Britain), John Esposito, Mustafa Ceric (mufti Bosnia/IIIT),
Kjell Magne Bondevik (Bekas Perdana Menteri Norway) dan Anwar Ibrahim
CMCU
– Hasib Sabbagh & John Esposito
John
Esposito adalah salah seorang Ahli Jesuit yang ketika itu mengajar
subjek perbandingan agama di School of Foreign Service (Sekolah
Perkhidmatan Luar Negara), di Universiti Georgetown.
Ketika
menceritakan saat permulaan penubuhan Center
for Muslim-Christian Understanding (CMCU)
John Esposito menjelaskan idea itu hasil perbincangannya dengan
Father J Bryan Hehin, Naib Presiden Universiti Georgetown.
John
Esposito
Menurutnya,
pada tahun 1993, Father
J Bryan Hehin menjemputnya
untuk makan tengahari berhampiran dengan rumahnya di Wayland,
Massachusetts.
Semasa
makan, Naib Presiden Universiti Georgetown menyatakan pihak
universiti berminat untuk menubuhkan satu pusat yang dikenali sebagai
Persefahaman Antara Muslim dan Kristian (Muslim-Christian
Understanding). Mereka turut membincangkan kesan baik dan buruk
dengan penubuhan pusat itu khususnya kepada agama Kristian.
Idea
ini benar-benar menjadi kenyataan pada Oktober 1993, apabila John
Esposito menghadiri Persidangan Nasional Konsultasi Bishop
Katolik tentang Hubungan Katolik-Muslim (National
Conference of Catholic Bishops Consultation on Catholic-Muslim
Relation)
di Washington dan dalam masa sama Naib Presiden Eksekutif Universiti
Georgetown, Father
Patrick Heelan memintanya
datang berjumpa dengannya bersama Peter
F Krogh,
Dekan untuk Sekolah Perkhidmatan Luar Negara.
John
Esposito dan Peter F Krogh mengakui pemain di sebalik tabir
sebenarnya yang menjayakan penubuhan pusat ini adalah Hasib
Sabbagh,
seorang tokoh korporat Kristian yang berasal dari Palestin.
Hasib
Sabbagh mendapat mandat daripada Pope John Paul II, ketika melawat
Vatican pada tahun 1981. Pihak Vatican mahukan semua maklumat
mengenai Islam, kerana selepas kejatuhan komunis, Islam berpotensi
menjadi musuh utama.
Hasib
Sabbagh (bertanda bulat) menemui Pope John Paul II di Vatican pada
tahun 1981. Turut kelihatan Michael Sabbah (tengah), Latin Patriarch,
Jerusalem dan Patriarch Maximos Hakim
Pada
tahun 1992, Hasib Sabbagh kemudiannya menghantar pembantunya, Basel
Aql menemui Peter F Krogh, Dekan untuk Sekolah Perkhidmatan Luar
Negara, Universiti Georgetown untuk membincangkan idea penubuhan
pusat Muslim dan Kristian.
Secara
kebetulan, Basel Aql sudah lama berkawan dengan Peter F Krogh, jadi
dalam pertemuan pertama, pembantu Hasib Sabbagh itu mengatur
pertemuan selanjutnya dengan majikannya.
Krogh
kemudiannya berjumpa dan berbincang sendiri dengan Hasib Sabbagh di
Washington. Mereka membincangkan proses-proses penubuhan pusat itu
dan masalah-masalah yang bakal dihadapi.
Menurut
Hasib, beliau bersedia menyumbang sumber kewangan untuk membiayai
pusat itu melalui syarikatnya, the
Fondation pour L’Entente entre Chretiens et Musulmans,
yang berpangkalan di Geneva.
Nama
John Esposito dicalonkan sebagai Pengarah Pusat itu, kerana
pengalaman dan pemahamannya tentang Islam melalui penerbitan 4 buah
buku ‘The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World’.
Turut didedahkan bahawa satu kerusi untuk Islam di Asia Tenggara akan disumbangkan oleh penyokong dari Malaysia. Tetapi pendedahan itu tidak menyebut siapakah tokoh penyumbang dari Malaysia itu.
Pada
tahun 1993, The Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU)
telah ditubuhkan secara rasmi di Universiti Georgetown apabila majlis
tandatangan dilakukan di antara kedua pihak iaitu Hasib Sabbagh
mewakili the Fondation pour L’Entente entre Chretiens et Musulmans
dan President Leo O’Donovan, mewakili Universiti Georgetown.
John
Esposito (bertanda bulat menyaksikan majlis tandatangan penubuhan
CMCU antara Hasib Sabbagh (Foundation pour L'Entente entre Chretiens
et Musulmans) dan Leo O'Donovan (Presiden Universiti Georgetown)
Misi
Pusat adalah untuk meningkatkan hubungan antara dunia Muslim dan
Barat. Meningkatkan pemahaman umat Islam di Barat. Ruang lingkup
pusat meliputi hampir keseluruh dunia Muslim, dari Afrika Utara ke
Asia Tenggara, serta Eropah dan Amerika Syarikat.
Tujuh
topik utama yang bakal difokus oleh pusat itu iaitu, ‘Keserasian
Islam & Kehidupan Moden’, ‘Dialog Peradaban’, ‘Status
Wanita dalam Islam’, ‘Islam & Pemodenan’, ‘Tradisi
Yahudi-Kristian-Islam’, ‘Islam & Pluralisme’ dan ‘Islam,
kekerasan & keganasan’. Klik di
sini
Selepas
penubuhan pusat itu, Hasib Sabbagh sekali lagi menemui Pope John Paul
II di Vatican mengesahkan pusat yang diimpikan oleh pihak Vatican
telah berjaya ditubuhkan di Universiti Georgetown. Sebagai
membuktikan kebenarannya, Hasib turut membawa Leo O’Donovan,
Presiden Georgetown Universiti untuk memberitahu perkembangannya
kepada Pope.
Pertemuan
Hasib Sabbagh kali kedia dengan Vatican pada tahun 1993. Dari kiri,
Basel Aql, Hasib Sabbagh (bertanda bulat), Pope John Paul II, Leo J.O
Siapa
Penyumbang Dari Malaysia ?
Walaupun
Peter F Krogh tidak menyebut penama dari Malaysia yang menyumbang
kepada penubuhan Kerusi Islam Untuk Asia Tenggara, namun John
Esposito dalam tulisannya memberi bayangan siapakah tokoh yang
dimaksudkan
itu.
Menurut
John Esposito, seperti yang dijanjikan sebelum ini, pada tahun tahun
1995, satu kumpulan ahli perniagaan dari Malaysia telah datang
menyumbang sebanyak 2 million untuk membentuk Kerusi Malaysia di
Kerusi Islam Asia Tenggara.
Perjanjian
itu sebenarnya telah dibuat terlebih awal iaitu pada Oktober 1994.
Untuk lebih jelas lagi John Esposito turut mendedahkan pada 7 Oktober 1994, Anwar Ibrahim, ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah hadir ke Universiti Georgetown untuk diraikan dalam majlis penganugerahan President’s Medal.
Dalam
majlis itu, Hasib Sabbagh turut hadir sama meraikan pemberian
anugerah ‘President’s Medal’ oleh Leo J. O’Donovan, Presiden
Universiti Georgetown kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu.
Klik di
sini
Menurut
maklumat dalaman, ‘sekumpulan ahli perniagaan dari Malaysia’ yang
menyumbang dana kepada Kerusi Malaysia di Kerusi Islam Asia Tenggara
itu adalah sekumpulan pihak IIIT (The International Institute of
Islamic Thought) yang ketika itu bekerja di Universiti Islam
Antarabangsa (UIA).
Sejak
dari Anwar menjadi Menteri Pendidikan lagi beliau telah melantik
rakan baiknya yang terlibat dalam penubuhan IIIT, di Herdon Virginia,
Amerika Syarikat, bekerja di UIA, Malayasia. Mereka yang dilantik
Anwar adalah Hamid
Abu Suleyman (warganegara
Arab Saudi yang menetap di Amerika Syarikat) dan Dr
Jamal Barzinji, (warganegara
Iraq yang juga menetap di Amerika Syarikat).
Hamid
dilantik sebagai Rektor UIA manakala Jamal Barzinji pula dilantik
Dekan, Kulliyah of Islamic Revealed Knowledge and Human
Sciences.Klik di sini
Blog
The Terror Finance mendedahkan Dr Jamal Barzinji dilantik Ketua Ahli
Lembaga Pengarah BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) pada tahun 1997
yang memiliki saham terbesar dari JAMI
Company Sdn Bhd.
JAMI memilki saham sebanyak 3.82% di BIMB yang melayakkannya menjadi
Pengarah Bank Islam.Klik di
sini
JAMI
Company Sdn Bhd yang berproksikan Dr Jamal Barzinji merupakan
syarikat yang berpangkalan di New York yang sahamnya dimiliki oleh
SAAR Corporation, Al Rajhi Banking and Investment Corporation
(ARABIC) dan Sheikh Salah Kamel’s Al Baraka Group.
Glen
Simpson dari the Wall Street Journal melaporkan, Jamal Barzinji,
Ahmed Totonji dan Hisham Al Talib adalah trio dari
pendatang-pendatang Iraq yang mengasaskan IIIT, di Amerika Syarikat
(bersama dengan Anwar Ibrahim). Mereka telah berhubungan rapat dalam
jangka lama dengan Youssef
Nada ahli
perniagaan Arab Saudi… Bermula pada tahun 1960-an dan ’70-an,
mereka membantu mengasaskan rangkaian Islam (IIIT & WAMY) yang
dibantu oleh Arab Saudi dan kumpulan Islam di Amerika Syarikat.
Klik di sini
Apologetik
Jesuit, Putera Alwaleed
Menurut campus-watch.org pada
tahun 2005, Putera Alwaleed Bin Talal telah menderma sebanyak $20
million kepada CMCU yang kemudiannya ditukar nama kepada ACMCU.
Putera
Alwaleed bin Talal, anggota kerabat diraja Arab Saudi, menimbulkan
kontroversi kepada dunia Islam apabila individu ke-26 terkaya di
dunia itu didakwa merogol
seorang gadis Sepanyol, 23 tahun di atas kapal persiaran
yang berlabuh di Kepulauan Ibiza pada 2008.
Satu
lagi kontroversi tentang dirinya terdedah apabila beliau
menjalankan usahasama
perniagaan dengan seorang korporat Yahudi ternama bernama Rupert
Murdoch dalam News Corporation.
Derma
Putera Alwaleed kepada CMCU disalurkan melalui Prince Alwaleed Bin
Talal Foundation, salah satu syarikat Kingdom Holding Company yang
berpangkalan di United Kingdom.
Penggerak
utama Prince Alwaleed Bin Talal Foundation adalah aktivis IIIT (The
International Institute of Islamic Thought), sebuah badan pemikir
yang berpangkalan di AS.
Barisan
hadapan dari kiri, John Esposito (Pengarah CMCU), John J. DeGioia
(Presiden Universiti Georgetown), Putera Alwaleed Talal, Muna Abu
Sulaiman (Setiausaha Umum & Pengarah Eksekutif Alwaleed Talal
Foundation) dan Alexa Poletto (Georgetown)
Prince
Alwaleed bin Talal Foundation : Pemain dibelakang tabir adalah IIIT,
Dr Jamal Barzinji (Pengasas IIIT/duduk paling kiri), Muna Abu
Sulaiman (anak Dr Abu Hamid Sulaiman/duduk tengah), Dr.Anas
al-Shaik-Ali(IIIT United Kingdom/berdiri no 3 dari kanan), Omer
Totonji (anak Dr Ahmad Totonji pengasas IIIT/berdiri no 5 dari
kanan). Di Universiti Georgetown, Prince Alwaleed Talal Faoundation
menubuhkan CMCU (Centre for Christian and Muslim Understanding).
Wakil CMCU adalah John Esposito (duduk no2 dari kanan), John Voll
(berdiri no 3 dari kiri) dan Alexa Poleto (duduk no 3 dari kiri).
CMCU adalah tempat Anwar menjadi pensyarah pelawat
Penggerak
Prince Alwaleed Bin Talal Foundation adalah Dr Jamal Barzinji
(Pengasas IIIT), Dr. Anas al-Shaikh-Ali (IIIT, United Kingdom), Muna
Abu Sulaiman (anak Abu Hamid Sulaiman pengasas IIIT) dan Omer Totonji
(anak Dr Ahmad Totonji, pengasas IIIT).
IIIT
ditubuhkan di AS pada 1981 diasaskan oleh Dr Ismail Faruqi, Dr Jamal
Barzinji, Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji dan Anwar Ibrahim.
Bacaan
lanjut, klik di sini
Kalimah
Allah
Pada
10 Januari 2010, semasa Anwar melawat Gereja Luther, Petaling Jaya,
Bishop Jesuit Philip Lok dalam ucapan alu-aluannya menegaskan kepada
Anwar supaya memperteguhkan janjinya untuk mempertahankan kalimah
Allah kepada penganut Kristian.
Anwar
melawat gereja Petaling Jaya : Kiri; Bishop Philip Lok dari Luthern
Church di Malaysia & Singapore;Bishop Ng Moon Hing dari Anglician
(no 3 dari kiri), Rev. Dr. Eu Hong Seng, Naib Pengerusi the
Chiristian Federation of Malaysia (CMF); Dr Jefrey Kitingan (aktivis
Kristian Sabah), Anwar Ibrahim dan Father Thomas Philips dari gereja
Roman Khatolik, Petaling Jaya (paling kanan)
Katanya,
perkara itu amat penting kerana Anwar sebelum ini telah berjanji
dengan Bishop Lutheran dari Jerusalem, Israel bernama Biskop Munib
Younan semasa dialog Kristian-Muslim di University Georgetown di AS
pada tahun 2009.
“Di
dalam suratnya, Bishop Younan berhujah bahawa ‘Allah’ perkataan
telah bebas untuk digunakan oleh orang Kristian Arab selama hampir
2000 tahun!
“Beliau
terus menggesa penggubal undang-undang, Datuk Seri dan rakan-rakan
untuk melindungi kebebasan beragama bagi masyarakat Kristian di
Malaysia.”, kata Bishop Philip Lok seperti yang dilaporkan oleh
laman Asia Lutheran , asia-lutheran.org.
Berasaskan
latar belakang di atas, maka tidak hairan, Jesuit terlatih di
Malaysia, Biskop
Katolik, Dr Paul Tan Chee Ing memuji Anwar Ibrahim kerana
keberaniannya mempertahankan hak-hak Kristian di negara ini.
No comments:
Post a Comment