Sunday, January 19, 2014

PEMBELA : Siapa Herman Shastri Mahu Sekat Dakwah Islam ?

AIDCNews – 18/1/14 – Setiausaha Pertubuhan Pembela-pembela Islam (PEMBELA), A. Karim Omar menyelar Dr Herman Shastri tentang kenyataannya yang disifatkan sebagai usaha untuk menyekat dakwah Islamiah dilakukan di negara ini.

Paderi Dr Hermen Shastri (kanan) bersama Dr Ahmad Farouk Musa, Pengerusi Islam Rennaissance Front (IRF) dalam forum Kebebasan Beragama di Petaling Jaya 12 Januari.

Dr Herman yang juga Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM) yang merupakan badan induk Prostestan Malaysia mendakwa adalah tidak adil jika umat Islam dibenarkan menjalankan usaha dakwah, sedangkan bukan Islam dilarang berbuat demikian.

Dakwanya, untuk mengelakkan ketegangan perebutan kalimah Allah di antara Kristian dan Islam, kedua-dua pihak mesti berhenti menyebarkan kepercayaan mereka kepada pihak lain.

Jadi adalah lebih baik untuk orang Kristian dan orang Islam mengisytiharkan ‘sesiapa pun tidak akan mengambil mualaf baru’, dan kita akan hidup dengan aman ,”katanya dalam forum Kebebasan Beragama di Petaling Jaya, 13 Januari, dilaporkan The Malay Mail Online.

A Karim berkata kenyataan Dr Herman itu seperti individu bukan warganegara Malaysia yang tidak memahami peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan Islam dan bukan Islam.

Pertamanya, apakah Herman ini warganegara Malaysia?

Jika beliau seorang warganegara, di manakah mahu dia letakkan Perlembagaan Persekutuan (PP) yang telah menetapkan dengan jelas bahawa orang-orang agama lain TIDAK BOLEH mendakyahkan agama mereka kepada orang-orang Islam. Tetapi tidak disebut di dalam mana-mana bahagian dalam PP berhubung larangan orang Islam untuk mendakwah kepada orang-orang Kristian.

Hatta, Perdana Menteri Najib sendiri pun, jika beliau menyahut cadangan Herman ini, arahan PM terbatal. Kerana apa-apa polisi atau arahan kerajaan tidak boleh mengatasi perlembagaan atau akta negara dan enakmen-enakmen negeri yang berkaitan.

Maka, formula 10-perkara Idris Jala pun boleh terbatal jika ianya melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya dalam laman peribadinya, akarimomar.wordpress.com/

A. Karim yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) turut mempersoalkan motif Herman yang mahu menghalang usaha dakwah umat Islam untuk melaksanakan usaha dakwah amr ma’ruf nahi mungkar, seperti mana yang disebut dalam surah ‘ali Imran ayat 104 dan ‘ali Imran:110.

Ketiga, bagaimana pula Yang Di Pertuan Agong (YDPA) hendak menunaikan sumpahnya untuk memelihara agama Islam pada setiap masa yang turut mengikatkan seluruh pentadbiran kerajaan Malaysia baik kepada para menterinya dan semua penjawat awam dalam sumpah menerima jawatan masing-masing?

Sebarang keputusan dan pelan tindakan kerajaan MESTI mengambil kira untuk memelihara apa yang dijanjikan oleh YDPA setiap kali mereka bergilir mengangkat sumpah menjadi Agong. Malah sumpah tersebut dibuat atas nama Allah – “Wallahi – Wabillahi – Watallahi.”

Beliau juga lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum melanjut pengajian ke Southern Illinois University Carbondale dan seterusnya di University of Illinois di Amerika Syarikat berkata sejarah membuktikan bahawa dunia alam Melayu ditadbir dengan nilai-nilai murni Islam dan kekal aman hinggalah datangnya penceroboh yang menjatuhkan kerajaan Islam Melaka pada tahun 1511.

Simbol kekejaman penjajah Kristian masih tertegak di Kota A Famosa, Melaka

Malah setelah kerajaan Islam di nusantara yang pertama jatuh ke tangan PENGANAS Kristian Katolik, Raja Portugis ketika itu telah mengutuskan laporan kepada Pope Leo X bahawa tentera Salib telah mengalahkan tentera Islam.

Betapa jahatnya PENGANAS-PENGANAS Kristian Katolik ini tercatat juga bagaimana tawanan perang yang mereka rantaikan dipaksa untuk memecah masjid-masjid dan kubur-kubur sultan-sultan Islam Melaka untuk diambilkan batu-batanya bagi membina simbol kekejaman Kristian yang boleh kita saksikan lagi hingga ke hari ini, kota a’Famosa.

Jika tidak kerana usaha-usaha jahat para penganas Kristian Eropah yang datang menjajah dengan motif untuk mengaut sekala kekayaan dari bumi Melayu sambil mencari kemegahan untuk membalas dendam atas kekalahan mereka dalam siri peperangan salib serta bersungguh untuk menyebarkan agama mereka seperti mana yang disebut oleh para sejarahwan dengan istilah “Gold, Glory and Gospel” pasti dunia alam Melayu aman dengan ketinggian budaya ketimurannya.
Jika tiada kerja-kerja jahat penganas Kristian Eropah yang mengimport pelbagai kaum mendatang dari luar alam Melayu sudah pastinya alam Melayu akan kekal aman dengan kegemilangan dan kehebatan tamadun Melayu yang menjadi pusat dagangan terbesar dahulu berurusan baik dengan para pedagang antarabangsa dalam suasana aman dan murni.

Maka, bagi saya, alam Melayu MESTI dikekalkan dengan kemurnian tamadun Islamnya serta nilai-nilai mulianya untuk kembali kekal aman,” tegasnya lagi.

No comments:

Post a Comment