Pengarah
JAIS Selangor yang merampas Bible Bahasa Melayu tempohari telah
ditukarkan kerana menguatkuasakan undang-undang demi memastikan Agama
Islam terus wujud di negeri yang serba moden ini.
Pengarahnya
yang baru Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, mereka tiada masalah
memaklumkan tindakan mereka kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
dan exco terlebih dahulu sebelum bertindak.
Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengikut Tatacara Pengendalian
Piawai (SOP) yang dikehendaki menteri besar dan exco Selangor dalam
serbuan berkaitan perkara sensitif selepas ini.
"Kita
akan ikut, tiada masalah. SOP sebenarnya lebih kurang sama. Cuma kita
kena maklumkan kepada kerajaan (negeri)," katanya.
Rakyat
selangor sangat beruntung kerana mempunyai seorang Menteri Besar yang
sangat prihatin dengan masalah Agama Negeri hingga menukarkan
Pengarah JAIS yang menguatkuasakan undang-undang.
Pengarah JAIS yang baru pula tidak akan berani melawan Kerajaan Negeri yang
diperintah DAP yang menjadikan Menteri Besar PKR sebagai anjing kurap
dibela dan dibagi makan sampah.
Rakyat
Selangor terutama yang beragama Islam tidak berani menentang dan
dibuktikan dengan kisah penukaran Pengarah Agama ini.
Kerana
menguatkuasakan undang-undang Agama beliau ditukarkan tetapi kepada
yang melambakkan rumah urut dan pusat maksiat dijaga rapi.
Tahniah
kerajaan Selangor kerana punyai MB yang sangat Islamik!
No comments:
Post a Comment