Mengadakan
pilihan raya kecil untuk menggantikan khidmat menteri besar telah
dilakukan sebelum ini di Selangor.
Ia
telah dilakukan pada tahun 1997 apabila Menteri Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk (kini Tan Sri) Abu Hassan Omar
menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memilih beliau selepas
Muhammad terpaksa meletak jawatan berikutan dua pertuduhan di
mahkamah Australia berikutan kegagalannya mengisytiharkan tunai RM2.4
juta ketika meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada
Disember 1996.
Abu
Hassan, yang menjadi timbalan ketua perhubungan Umno Selangor,
meletak jawatannya dari Kabinet dan sebagai Ahli Parlimen Kuala
Selangor untuk bertanding kerusi DUN Permatang, melalui pertukaran
secara langsung dengan kerusi yang disandang Datuk Jamaluddin Adnan.
Permatang
adalah dalam kawasan Parlimen Kuala Selangor.
Barisan
Nasional mengekalkan kedua-dua kerusi, Permatang dan kerusi Parlimen
Kuala Selangor pada pilihan raya kecil yang diadakan pada 29 Mei
2007.
Abu
Hassan kemudiannya mengangkat sumpah pada 6 Jun 1997.
Beliau
meletakkan jawatan sebagai menteri besar pada tahun 2000 atas
sebab-sebab kesihatan dan keluarga.
Jika
Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang, ia akan menjadi kali
kedua pilihan raya kecil diadakan untuk beliau memegang jawatan dalam
parti.
Isterinya
Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Ahli
Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 dan pilihan raya kecil
telah diadakan pada 26 Ogos.
Wan
Azizah merupakan Ketua Pembangkang pada masa itu.
Anwar
menang dan mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada 28 Ogos dan
mengambil alih kedudukan Ketua Pembangkang.
Kedua-dua
perletakan jawatan ini dalam dua situasi yang berbeza dimana
perlantikan Tan Sri Abu Hassan Omar terpaksa dilakukan selepas Tan
Sri Muhammad terpaksa meletak jawatan berikutan dua pertuduhan di
mahkamah Australia. Manakala perletakan jawatan Lee
Chin Cheh
adalah
untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar bertanding dengan
spekulasi yang beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.
No comments:
Post a Comment