Mudir
Pondok Saa’adah Ad-Dhaghari, Geting, Ustaz Zainal Abidin Awang
menyeru semua pihak menyokong sepenuhnya usah-usaha ke arah perpaduan
umat Islam di negara ini.
Pada
masa yang sama, beliau kesal seruan perpaduan umat Islam selaras
perintah Allah S.W.T. tidak diendahkan, malah ditolak sesetengah yang
melaungkan slogan Islam.
Beliau
berkata, memandangkan kedudukan Melayu dan umat Islam hari ini,
langkah ke arah berkenaan amat perlu untuk meninggikan syiar dan
mempertahankan kedaulatan Islam.
“Hari
ini kita tengok bagaimana bangsa-bangsa lain telah menjadi kuat
akibat perpecahan yang berlaku sesama kita. Jadi perpecahan yang
berlaku disebabkan oleh parti-parti yang gilakan kuasa dan dunia
tidak memperdulikan persaudaraan sesama Islam.
“Perpecahan
ini kita boleh katakan bermula pada tahun 1963, apabila berlaku bibit
perpecahan antara UMNO dan Pas yang mana Pas telah mengkafirkan orang
UMNO apabila parti itu bekerjasama dengan MCA yang dianggap kafir.
“Namun
hari ini, Pas telah menjadi sebaliknya dengan bekerjasama pula dengan
orang kafir. Apakah gelaran yang patut kita berikan. Apakah enam kali
kafir?” soalnya.
Ustaz
Zainal seterusnya menempelak Nik Aziz yang sanggup memecahbelahkan
umat Islam dengan memutarbelitkan ayat-ayat Al-Quran.
“Jadi
kerana Nik Aziz mahukan mengikut iktiqad beliau, dan supaya mendapat
kekayaan dunia, akhirnya beliau sanggup memecahbelahkan umat Islam.
Maka ketika itu, pada tahun 1963 bermulalah detik perpecahan yang
amat kuat sehingga tidak makan penyembelihan orang UMNO dan
sebagainya.
“Pada
12 Mei 1999, Nik Aziz berkata, beliau bersyukur dengan pendirian Dap
sekarang kerana mereka berubah sikap dan sanggup bekerjasama Pas
asalkan Pas tidak mendirikan negara Islam.
“Nik
Aziz juga berkata kepada Dap pada ketika itu bukan sahaja dalam
manifesto, malah dalam perlembagaan Pas sendiri pun memang tidak
mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan negara Islam.
Nilailah siapa sebenarnya Nik Aziz,” katanya.
Ustaz
Zainal seterusnya berkata, Pas terlalu banyak memutarbelit ayat-ayat
Allah S.W.T sepertimana mereka menyamakan kerjasama antara Pas dengan
Dap seumpama Perjanjian Hudaibiyyah.
“Pas
telah ‘bertahallur’ dengan Dap pada 1999 kononnya dengan
berlandaskan Perjanjian Hudaibiyyah antara Nabi dengan penduduk
kafir. Pada waktu itu, Nabi bersefahaman dengan kafir supaya negara
tidak menjadi kacau bilau dan bukannya Nabi bersama dengan orang
kafir untuk menyerang kaum Ansar dan Muhajirin.
“Tetapi
Pas telah ‘bertahallur’ dengan Dap untuk menyerang orang Islam.
Ini terang-terangan tidak ada di dalam nas. Terang-terangan tidak
boleh menggunakan orang kafir untuk menyerang orang Islam,”
katanya. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment