Tiga
orang ADUN bukan Islam Selangor iaitu Lau Weng Seng, ADUN Kampung
Tunku; Rajiv Rishyakaran, ADUN Bukit Gasing; dan Yeo Bee Yin, ADUN
Damansara Utama hari ini bakal mengemukakan usul meminda ENAKMEN 1988
enakmen agama bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat
Islam Selangor) sebagai respons terhadap serbuan dan rampasan Bible
oleh JAIS semalam.
DUN Selangor dikuasai majoriti dua pertiga oleh Pakatan Rakyat dengan DAP memperolehi 15 Kerusi, PAS juga 15 Kerusi manakala PKR mendapat 14 Kerusi DUN. Bakinya iaitu 12 Kerusi lagi berjaya dipertahankan oleh Barisan Nasional.
DUN Selangor mengandungi 56 Kerusi DUN. Dua pertiga majoriti bermakna 37 Kerusi DUN. Campuran penguasaan ketiga-tiga parti yang membentuk Pakatan Rakyat adalah 44 Kerusi DUN, lebih 7 kerusi berbanding majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda sebarang enakmen atau akta yang bersangkutan dengan kuasa negeri.
Usaha yang dilakukan oleh ketiga-tiga ADUN bukan Islam tersebut untuk masuk campur hal ehwal agama Islam merupakan petunjuk jelas bagaimana DAP sedang berusaha menghapuskan penguasaan agama Islam di Selangor secara praktikal sebaliknya menjadikan Islam hanyalah sebagai simbol semata-mata.
Menerusi penguasaan lebih dua pertiga majoriti, DAP yang berjaya menundukkan PAS Selangor dan PKR secara keseluruhannya, akan memperolehi jalan mudah bagi meminda enakmen tersebut, sekaligus menjadikan Selangor sebagai negeri pertama di Semenanjung yang menghapuskan enakmen atau undang-undang melindungi umat Islam daripada dakyah serta pemurtadan.
Walaupun ramai yang mungkin menaruh harapan kepada PAS Selangor agar tidak bersetuju tetapi melihat kepada perkembangan semasa, PAS Selangor tidak akan memberikan sebarang halangan kepada ketiga-tiga ADUN DAP itu dan DUN Selangor untuk meluluskan undang-undang baru yang menggantikan Enakmen 1988.
Kejayaan di Selangor kemudiannya akan dituruti di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perak di mana DAP mempunyai jumlah Kerusi DUN yang banyak.
No comments:
Post a Comment