Bagaikan
orang yang terlalu takut terserempak dengan hantu...!
Ibarat
seorang pencuri takutkan polis...!
Tak
ubah seperti seorang murid sekolah yang ponteng terserempak dengan guru
besar...!
Itulah
diantara persamaan untuk kita lihat gelagat Anwar Ibrahim yang 'all out' dan
bermati-matian TAK nak Tan Sri Shafee Abdullah mengetuai team Pendakwaraya
dalam perbicaraan rayuan kes liwat Saiful.
Shafee
kenal Anwar 'luar dan dalam'. Dalam tangan Shafee juga sudah ada pelbagai bukti
bukti yang kukuh untuk membuktikan Anwar memang ada meliwat Saiful....
JOM
saksikan video klip dibawah ini;
Siapakah sebenarnya Muhammad Shafee, satu nama yang cukup hebat dalam dunia perundangan
sehingga turut diakui oleh Dr. Mahathir ini?
Tabiat
Muhammad Shafee ialah, beliau akan berlawan habis-habisan dengan mereka yang
ingin bersilat dengannya.
Beliau
berkata demikian selepas diminta mengulas dakwaan pasukan peguambela, R.
Sivarasa Rasiah yang menyifatkan Shafee gagal mengemukakan bukti bersabit
dakwaan ke atas afidavit yang dibentangkan oleh pasukannya.
Sivarasa
selain itu mendakwa Shafee pernah menjadi penasihat undang-undang ketika
pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohammad menjadi perdana menteri dan mempunyai
hubungan rapat dengan pemimpin Barisan Nasional.
Shafee
bagaimanapun menegaskan dakwaan itu adalah tidak berasas sama sekali.
"Seperti
yang saya sebut, bila saya bawa kes Umno, saya cakap atas kepentingan kes
tersebut, tapi apabila kes itu habis, habislah...Saya tiada kepentingan Umno,
saya sudah buat kes untuk MCA, Gerakan malah pernah mewakili PAS.
"Saya
sangat profesional, dalam kes ini tiada konflik kehendak yang berkepentingan
macam mana yang mereka katakan," katanya tadi.
Shafee
dalam pada itu berkata barisan peguambela juga gagal membawa satu bukti untuk
dikemukakan dalam afidavit yang dibentangkan kepada barisan panel hakim.
"Bukan
saja afidavit yang tidak bersesuaian, malah tidak ada satu isi padu dan tidak
ada satu pun keterangan saya terbabit dengan dakwaan mereka.
"Kalau
betul Mat Zain cakap, kenapa beliau tidak datang mahkamah? Ini tidak, dah macam
sembang di kedai kopi, selepas itu awak masukkan sahaja apa yang awak dengar
daripada kedai kopi," katanya.
Malah
beliau menegaskan jika benar beliau menerima habuan besar daripada pihak
tertentu, mengapa beliau sanggup jadi peguam kepada Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) pada seketika dulu.
"Dulu
saya pernah ada kes dengan SPRM, saya menang kes tersebut, adakah saya dapat
habuan masa kes Teoh Beng Hock?," soal beliau.
No comments:
Post a Comment