Ramai
yang terlepas akan satu peristiwa penting kepada bangsa Melayu,
berlaku dua hari lepas. Secara resminya tertubuhlah Barisan Perpaduan
Nasional (BPN) bagi membela kepentingan, keharmonian, kesejahteraan
rakyat serta keamanan negara.
Pengumuman penubuhan
BPN itu dibuat oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang
dilantik sebagai pengerusi badan tersebut selepas Mesyuarat Pertama badan itu
di sebuah hotel di sini hari ini.
Abdul Hamid turut
mengumumkan bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Ghazali Mohd. Seth dan
bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai Timbalan Pengerusi
BPN.
Katanya, bekas
pegawai tinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya (B) Datuk
Mat Rabi Abu Samah pula dilantik selaku Ketua Sekretariat BPN manakala Presiden
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sebagai
Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Memorandum Perpaduan Nasional. -UTUSAN ONLINE
Ia susulan
perhimpunan 55 NGO Melayu penghujung bulan lalu di Kampung Baru.
( Utusan )
***************************
BARISAN
PERPADUAN NASIONAL
Mesyuarat Pertama
14 Mac 2014
Ucapan Alu-aluan
BERSAMA-SAMA MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Mesyuarat Pertama
14 Mac 2014
Ucapan Alu-aluan
BERSAMA-SAMA MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Sebenarnya, reaksi awal saya kepada pelawaan untuk menyertai tuan-tuan dan puan-puan dalam kumpulan ini adalah untuk menolaknya kerana, salain daripada keuzuran saya, saya tidak fikir tugas ini sesuai dengan watak dan latar belakang saya. Saya bukan seorang aktivis. Saya lebih kepada seorang pemikir dan penulis. Tetapi, setelah mendengar penjelasan dan akuan wakil-wakil tuan-tuan; setelah melihat kesungguhan dan harapan mereka; setelah memikirkan betapa runcingnya kedudukan bangsa Melayu dan ummat Islam di negara kita pada masa ini, saya bersetuju dengan beberapa syarat:
Pertama, penyertaan saya ini adalah untuk suatu tempoh sahaja, bukan untuk sepanjang hayat, apatah lagi saya pun sudah berada dalam “waktu kecederaan”.
Kedua, saya tidak akan terlibat dalam apa-apa hal yang menyalahi undang-undang. Ertinya apa yang dilakukan oleh BPN hendaklah dalam lingkungan undang-undang bukan di luarnya atau melanggarnya.
Ketiga, segala tingkah laku kita hendaklah mengikut peradaban Melayu dan akhlak Islam. Sebagai orang Melayu, kita ada adat dan adab. Sebagai orang Islam, kita ada syari’ah dan akhlak. Itu kita perlu patuhi.
Saya sedar bahawa kehadiran saya mungkin akan memberi beberapa kekangan atau halangan terhadap aktiviti tuan-tuan sekalian. Saya tidak mahu menyekat atau menghalang pergerakan dan tindakan tuan-tuan. Sebaliknya, saya tidak mahu terlibat, walaupun secara tak terus (indirectly) dalam tindakan atau perbuatan yang saya tidak sepatutnya terlibat. Saya tidak akan mengkompromi integrity saya.
Tetapi, saya percaya bahawa terdapat ruang yang cukup untuk kita melakukan sesuatu yang berkesan dengan cara yang betul dan terhormat. Jika tidak, tidak betullah ajaran Islam dan salahlah adat resam Melayu. Sepanjang hidup Rasul Allah s.a.w., pernahkah Baginda melakukan sesuatu, termasuk terhadap musuh-musuhnya, yang merendahkan kedudukannya sebagai saorang Rasul? Jawapannya tidak. Itulah yang membezakan di antara Muhammah s.a.w dengan Abu Jahal, dan di antara umat Islam dengan umat agama lain. Saya juga mahu ia menjadi garis pengukur yang membezakan di antara bangsa Melayu dengan bangsa lain. Maka kita akan lakukan sesuatu yang betul dengan cara yang betul dan terhormat. Itu falsafah saya.
Untuk mencapai sesuatu, niat yang yang baik sahaja tidak mencukupi. Doa sahaja tidak memadai. Usaha yang sesuai mestilah dilakukan dengan betul dan bersungguh-sungguh. Kekalahan pasukan Islam dalam Peperangan Uhud, walau pun di bawah pimpinan Rasul Allah s.a.w. sendiri, adalah misalan yang tepat.
Mereka kalah kerana pasukan pemanah tidak mematuhi arahan dan sebalikya meninggalkan kedudukan mereka untuk merebut harta rampasan perang, membolehkan Khalid Ibn Walid mengumpulkan semula pasukannya dan menyerang dari arah yang bertentangan. Itulah Sunah Allah. Ia berlaku walau pun kepada pasukan Islam yang dipimpin oleh Rasul s.a.w. sendiri. Siapakah kita hendak mengharapkan miracle? Dalam peperangan Al-Khandaq, Baginda menerima cadangan Salman Al-Farsi dan bertongkos lomos mengorek parit. Mereka tidak hanya berdoa memohon pertolongan Allah. Dalam kata-kata lain, kita perlu lakukan sesuatu yang betul dengan cara yang betul untuk mendapat hasil yang diharapkan. Dalam hidup ini, tidak ada jalan senang untuk senang.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Saya
datang bukan untuk memimpin. Saya datang cuma untuk berkongsi buah kikiran dan
pengetahuan saya, jika ada dan bersesuaian, demi agama, bangsa dan negara.
Maka, sama-samalah kita berusaha melakukan apa yang perlu dan patut dilakukan.
Tuan-tuan
dan puan-puan,
Semenanjung
Tanah Melayu telah dijajah daripada orang Melayu. Yang menentangnya, baik Dato
Bahaman, Dato Sagor, Dato Maharaja Lela, Dol Said, Tok Janggaut atau Rusli
Dhobi, adalah orang Melayu. Yang menentang Malayan Union adalah orang Melayu.
Yang mengangkat senjata menentang pengganas Kominis semasa darurat adalah orang
Melayu. Yang menuntut kemerdekaan adalah orang Melayu. Orang bukan Melayu menyertai
gerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka melihat ianya akan menjadi
kenyataan untuk menjaga kepentingan mereka. Pada masa itu pun tujuannya sudah
berbeza.
Lojiknya,
Semenanjung Tanah Melayu yang dijajah daripada orang Melayu hendaklah dipulangkan
kepada orang Melayu. Tetapi tidak, dan “untuk menjaga perpaduan” orang Melayu
diminta berkongsi kuasa yang akan diserah balik oleh Inggeris. Pada masa itu
pun orang Melayu telah diminta mengorbankan hak mereka “ untuk menjaga
perpaduan”. Orang Melayu bersetuju, sehinggakan dalam PIlihan Raya Umum 1955,
untuk memberi lebih banyak representasi kepada orang bukan Melayu,
kawasan-kawasan majoriti Melayu di berikan kepada calun-calun bukan Melayu
untuk bertanding.
Semasa
rundingan Kemerdekaaan, PAS menuntut supaya Pulau Pinang dan Melaka dijadikan
Negeri-Negeri Melayu demi menjaga hak keistimewaan orang Melayu. Begitu
prihatin mereka kepada nasib bangsa Melayu pada masa itu.
Parti
Boroh Malaya menuntut supaya ditubuhkan kerajaan unitari kerana, mengikut mereka,
mengekalkan Sultan-Sultan dan Negeri-Negeri Melayu akan mewujudkan sebuah
kerajaan beraja. Tidakkah tuan-tuan terhidu bau yang serupa sekarang?
Parti
Kominis Malaya mengangkat senjata untuk menubuhkan kerajaan kominis ala-China.
Beberapa orang pemimpin parti-parti kiri Melayu lari ke hutan dan menyertai
Parti Kominis Malaya kerana takut ditangkap British. Mereka diperalatkan oleh
Chin Peng untuk mempengaruhi orang Melayu menyokong perjuangan mereka? Mahukah
orang Melayu diperalatkan lagi?
Biar apa pun, akhirnya peruntukan-peruntukan
Perlembagaan dipersetujui dan ia menjadi undang-undang utama di
Malaysia. Hak rakyat, hak setiap kaum, bentuk kerajaan dan seterusnya
diperuntukkan dengan teliti. Ia diterima oleh semua pihak dan
merupakan antara beberapa buah Perlembagaan sahaja yang di buat dalam
dekat yang sama yang masih kekal. Kita patut berbangga
dengannya.
Dalam tahun 1963, Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Kedudukan anak negeri Sabah dan Sarawak lebih mirip depada kedudukan orang Melayu di Semenanjung. Maka peruntukan yang serupa dibuat untuk mereka.
Dalam tahun 1963, Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Kedudukan anak negeri Sabah dan Sarawak lebih mirip depada kedudukan orang Melayu di Semenanjung. Maka peruntukan yang serupa dibuat untuk mereka.
Selama
56 tahun Kerajaan Persekutuan dipimpin oleh sekumpulan parti berbagai-bagai
bangsa dengan seorang Melayu sebagai Perdana Menterinya. Biar apa pun kelemahan
mereka, negara berada dalam keadaan aman, tenteram membolehkannya maju dalam
semua bidang dan dinikmati oleh semua orang dan semua kaum. Mana satu kaum yang
boleh berkata bahawa mereka tidak menikmati kemakmuran Malaysia walau sedikit
pun?
Negara
kita adalah di antara beberapa buah negara sahaja dalam dunia ini yang
Perlembagaan asalnya masih berkuatkuasa. Malah Malaysia disifatkan sebagai
model negara membangun dan negara Islam moden. Jika kaum minority hendak
complain mengenai kebebasan mereka, tunjukkan kepada saya sebuah negara yang
memberi lebih banyak hak kepada kaum minoriti.
Apa
jadi kepada orang Islam Rohingya di Myanmar? Di negeri-negeri jiran, nama
mereka pun perlu diubah. Dari segi kebebasan beragama, pernahkah Kerajaan
menghalang mereka daripada mengamalkan agama mereka. Pernahkah terfikir oleh
mereka bagaimana mudahnya mereka membina rumah-rumah ibadat mereka di Malaysia,
termasuk di atas tanah Kerajaan dengan percuma dan tanpa sebarang tindakan
malah akhirnya akan diberi pula pampasan berbanding dengan halangan yang di
hadapi oleh orang Islam untuk membuat sebuah masjid di Eropah atau U.S.
Tetapi,
berlainan dengan rakyat negara lain, banyak rakyat Malaysia tidak tahu
berterima kasih, tidak berbangga dengan negaranya dan tidak mempunyai rasa taat
setia yang secukupnya. Bukan itu sahaja, mereka memperlekehkan negara sendiri
terutama sekali semasa berada di luar negara. Golongan ini, akan melakukan apa
sahaja, tanpa memperduli apa caranya dan apa akibatnya kepada negara untuk
mengaut keuntungan diri sendiri, sambil memperlekehkannya.
Keadaan
bertahan selama lebih kurang 50 tahun. Ia disebabkan Kerajaan Persekutuan
kukuh, pemimpin-pemimpin yang tegas dan ekonomi yang senantiasa berkembang.
Kerajaan Persekutuan kuat sebab ia menerima sokongan orang Melayu dan bukan
Melayu yang mencukupi, walau pun lebih banyak orang Cina senantiasa menyebelahi
pembangkang. Mereka mahu lebih. Itu sahaja sebabnya.
Tetapi,
keadaan berubah lebih kurang satu dekad di kebelakangan ini. Orang Melayu
berpecah kerana leka dengan kemakmuran yang baru dirasa, ketaksuban kepada
parti dan pemimpin dan kehadiran pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong yang
opportunist yang tidak kira apa yang akan terjadi kepada bangsa, negara dan
agama asalkan cita-cita mereka tercapai. Maka orang Melayu berpecah dengan
seriusnya.
Melihat
keadaan itu, kumpulan-kumpulan yang memang pandai mengira untung-rugi, terus
mengatur perancangan merka. Mereka membuat perancangan teratur untuk merampas
kuasa melalui peti undi, dengan bersatu padu sesama sendiri sambil
memperalatkan parti-parti Melayu dan orang Melayu yang naive itu. Mereka hampir
berjaya.
Sambil
itu kumpulan-kumpulan yang ekstremis mula membuat tuntutan-tuntutan yang
bukan-bukan, menyerang hak-hak orang Melayu, menghina lagu Kebangsaan, menghina
bendera Malaysia, menghina Institusi Raja-Raja, menghina pemimpin-pemimpin
Melayu dan menghina agama Islam. Malangnya, Kerajaan Persekutuan, yang tidak
cukup tegas itu mengalah dan mengalah, memberi dan memberi. Sikap itu cuma
dilihat oleh mereka sebagai tanda kelemahan dan mereka menuntut lebih lagi.
Senjata
mereka sama seperti semasa menuntut kemerdekaan: “Jika mahu sokongan kami,
berikan kami itu dan ini.” Apa yang mereka mahu sekarang ialah apa yang telah
dipersetujui dahulu semasa rundingan Perlembagaan sebagai hak orang Melayu
sedangkan hak yang diberi kepada mereka kekal hak mereka.
Apakah
perdirian kita mengenainya? Itu soalan yang kita mesti jawab.
Sebenarnya,
kita bukan hendak berlawan membuat tuntutan dengan sesiapa. Kita cuma berkata,
marilah sama-sama kita menghormati perkara-perkara yang telah dipersetujui dan
dimaktubkan dalam Perlembagaan kita. Marilah kita sama-sama menunjukkan taat
setia kita kepada negara kita ini. Marilah sama-sama kita bina negara Malaysia
ini untuk faedah bersama. Jika kita menghormati peruntukan-peruntukan
Perlembagaan kita yang telah kita setujui itu dan melaksanakannya denagan adil
dan bertanggungjawab, semua akan mendapat faedahnya. Tiada siapa yang akan
terpinggir. Sejarah Malaysia telah membuktikannya. Rasiskah kita?
Kepada
sesama bangsa Melayu dan saudara Islam, tidak kira dalam parti mana atau
kumpulan mana, kita berseru marilah kita mengeratkan semula silatur rahim di
antara kita. Marilah kita perkuatkan barisan kita. Marilah kita sama-sama
mempertahankan hak bangsa dan agama kita yang terkandung dalam Perlembagaan
Malaysia. Hanya jika kita bersatu dan kuat barulah orang lain akan menghormati
kita semula.
Kepada
pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam, tidak kira dalam parti mana, kita minta
supaya mereka mengketepikan kepentingan peribadi, jauhilah dari rasuah,
berfikirlah lebih jauh, jadilah teladan yang boleh diikuti oleh rakyat dan
bersama-samalah mempertahankan bangsa, agama dan negara, dengan mempertahankan
peruntukan-peruntukan Perlembagaan Malaysia yang sedia ada dengan menguatkan
Kerajaan Persekutuan.
Malah
semua pemimpin-pemimpin negara, tidak kira apa parti politiknya, sama-sama
mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia untuk
kepentingan semua.
Anak-anak
Negeri Sabah dan Sarawak juga perlu ingat bahawa apa yang menjamin nasib mereka
ialah Perlembagaan Persekutuan dan mereka juga sepatutnya bersama
mempertahankannya.
Sekia terima kasih.
Tun Abdul Hamid Mohamad
tunabdulhamid@gmail.com
http://www.tunabdulhamid.mySeterusnya
No comments:
Post a Comment