Memintas
pesawat tak dikenali semasa aman sangat berbeza dengan pemintasan
dalam keadaan perang. Terdapat pelbagai sebab berlakunya pemintasan
antaranya:
(a) mengenal pasti sebuah pesawat tak dikenali;
(b) memantau (tracking) sebuah pesawat tak dikenali;
(c) memeriksa pesawat tak dikenali;
(d) mengalihkan arah (divert) pesawat tak dikenali;
(e) mewujudkan komunikasi dengan kapal terbang tak dikenali.
Dalam situasi pemintasan, pesawat pejuang hanya perlu mengenalpasti jenis pesawat melainkan maklumat2 tertentu diperlukan seperti nombor siri dan sebagainya. Dalam mana2 situasi krew pesawat pejuang akan mengambil langkah berjaga2 supaya tidak mengejutkan krew pesawat yg di pintas.
(a) mengenal pasti sebuah pesawat tak dikenali;
(b) memantau (tracking) sebuah pesawat tak dikenali;
(c) memeriksa pesawat tak dikenali;
(d) mengalihkan arah (divert) pesawat tak dikenali;
(e) mewujudkan komunikasi dengan kapal terbang tak dikenali.
Dalam situasi pemintasan, pesawat pejuang hanya perlu mengenalpasti jenis pesawat melainkan maklumat2 tertentu diperlukan seperti nombor siri dan sebagainya. Dalam mana2 situasi krew pesawat pejuang akan mengambil langkah berjaga2 supaya tidak mengejutkan krew pesawat yg di pintas.
Semua
pilot didunia tau bagaimana nak bawa diri jika di pintas oleh pesawat
pejuang. Sama ada masa tu mereka melakukan navigation error atau pun
mereka tu perampas, mereka memahami prosedur jika di pintas. Aviator
memahami jika mereka melakukan kesilapan dan enggan bekerjasama
pesawat pejuang pemintas berhak bertindak dengan kekerasan.
refer gambar
refer gambar
1.
Fasa satu ialah fasa merapat
Di
waktu aman (maknanya bukan waktu perang) pesawat yang di pintas akan
didekati dari belakang.. istilah aviasinya ialah stern. Gohed
(kedepan) Gostern (kebelakang) Apapun dua
pesawat pemintas akan di gunakan untuk melakukan pengecaman. .. dan
kebetulan saya meminati Su-30MKM maka MKM lah ia... Flight leader dan
wingman akan koordinasi kedudukan mereka berpandukan arahan ground
controler. Jarak selamat antara pesawat di tekankan dengan serius.
2.
Fasa dua - Fasa Pengecaman
Merapat
dengan lembut. Seperti merapat isteri di malam juumaat. Tujuannya
supaya pesawat yang di pintas tidak terkejut. Pada ketika ini pesawat
yang dipintas sepatutnya dah perasan Su-30MKM yang merapati beliau.
Wingman pula akan stay di belakang memerhati mana-mama yang patut.
Seperti
yang saya tulis di atas, pengecaman jenis pesawat sahaja di lakukan, ini
bagi memastikan pesawat itu memang pesawat awam.. al maklum banyak
pesawat militari bentuk sama dengan pesawat awan semenjak dua menjak
ni.
3.
Fasa Tiga - Fasa Pasca Pemintasan (maaf ini bing translate punya hal
istilah betul dia ntah)
Sebaik
sahaja flight leader berjaya melakukan pengecaman, beliau akan
menjauhkan diri sedikit dari pesawat tersebut, lalu berlakulah dialog
antara flight leader dengan ground controller bagi memastikan apa
tindakan seterusnya yang perlu di lakukan. OK. perkara seterusnya
susah nak explain sebab ia subjektif. Biasanya pesawat yang di pintas
tak melakukan salah apa pun.. jadi biasanya tiada apa2 terjadi lah
kan.
Apapun
pilot pesawat yang di pintas, tak kiralah beliau tu baik ke atau
tidak MESTI mematuhi arahan yang di berikan oleh pemintas, dan MESTI
respon secara visual kepada pesawat pemintas. Komunikasi radio di
buat antara pesawat yg di pintas dengan ground controller atau air
traffic unit yang ada. Dalam situasi ini ground controller lah.
Beliau akan berkomunikasi mengenai tindakan yang perlu di ambil, jika
berlaku kecemasan dan sebagainya.
Mengapa tetiba tulis artikel ni.. tak ke ni membocorkan rahsia negara? kenapa tak hantar jet gi syria?
Waklu
ni standard prosedur lah beb
Soalan2
terpilih dari FB
Sebenarnya
sangat susah nak menyamar didalam koridor pesawat awam... sebab anda
boleh di kesan oleh pesawat lain. Jadual penerbangan dan waktu
penerbangan di ketahui oleh ground controller. Melainkan pesawat
musuh tu shadow bawah pesawat awam macam dalam filem yang you and i tgk
tu.
Pesawat awam yang terkeluar dari koridor2 penerbangan komersial akan terus di pintas.
Motif
orang jahat ni kita sukar nak tau.
Jamming
ni biasanya berlaku semasa perang. Tapi kalau sewaktu awam memang
pelik kalau di buat. Tapi memang peristiwa tahap cerita james bond
lah.
Akhir kata jika nampak situasi mcm ni semasa anda membawa pesawat ke mana-mana pulau.. sila patuhi brader yang sedang lambai tu.
"NON ARRIPIENT VIAM "
Sumber
No comments:
Post a Comment