Jangan
takut, wira PAS untuk orang-orang Kristian di sini ... ~ ‘PAS won’t keep silent as Christiansbashed‘ (Malaysiakini, 1 March 2014)
Datuk
Dr. Mujahid Rawa dengan gahnya memaparkan artikel bertajuk ‘PAS Menangi Pujian
Padri’ dalam pos terbarunya semalam. Artikel itu adalah berdasarkan kenyataan
Mujahid di dalam sebuah gereja di Sungai Petani sejurus selepas solat Jumaat
pada 28 Februari lalu. Kehadiran Mujahid di Gereja Christ the King di Sungai
Petani itu merupakan kunjungan keduanya ke gereja untuk berdialog mengenai
agama.
Dalam
kenyataannya, Mujahid menegaskan bahawa PAS tidak boleh berdiam diri apabila
orang Kristian di Malaysia terus dicerca.
Artikel di beberapa portal dan blog pembangkang
turut membawa tajuk yang sama iaitu “PAS Will Not Keep Silent As Christians
Bashed”. Antara kandungan artikel-artikel tersebut adalah puji-pujian
orang-orang Kristian terhadap Mujahid atas mesejnya yang jelas membenarkan
Kristian menggunakan nama ‘Allah’
Datuk
Dr. Mujahid Rawa dengan gahnya memaparkan artikel bertajuk ‘PAS Menangi Pujian
Padri’ dalam pos terbarunya semalam. Artikel itu adalah berdasarkan kenyataan
Mujahid di dalam sebuah gereja di Sungai Petani sejurus selepas solat Jumaat
pada 28 Februari lalu. Kehadiran Mujahid di Gereja Christ the King di Sungai
Petani itu merupakan kunjungan keduanya ke gereja untuk berdialog mengenai
agama.
Dalam
kenyataannya, Mujahid menegaskan bahawa PAS tidak boleh berdiam diri apabila
orang Kristian di Malaysia terus dicerca.
Artikel
di beberapa portal dan blog pembangkang turut membawa tajuk yang sama iaitu
“PAS Will Not Keep Silent As Christians Bashed”. Antara kandungan
artikel-artikel tersebut adalah puji-pujian orang-orang Kristian terhadap
Mujahid atas mesejnya yang jelas membenarkan Kristian menggunakan nama ‘Allah’.
Nampaknya,
pendirian PAS mengenai kalimah Allah masih belum jelas. Beberapa tahun lepas,
PAS begitu beria-ia menempelak UMNO kerana menghalang penyebaran Injil
berbahasa Melayu di semenanjung. Menurut PAS, UMNO gagal mengamalkan toleransi
agama kerana menghalang orang-orang Kristian berdakwah. Untuk itu, PAS berdiri
teguh di belakang, dan kadangkala di hadapan DAP dan Padri-padri Kristian,
mengutuk UMNO.
Apabila
isu ini kembali hangat di mahkamah, pendirian PAS mengenainya mula
berubah-rubah dan berbeza-beza antara satu pemimpin dengan pemimpin lain. Isu
Kalimah ‘Allah’ di dalam Injil kemudiannya semakin hangat ekoran pihak gereja
mengambil sikap degil enggan akur dengan perintah mahkamah yang menghalang
penggunaan nama Allah bagi menggantikan ‘Tuhan’ di dalam Injil berbahasa Melayu
di semenanjung. Serbuan JAIS ke gereja yang terlibat menjadikan api yang
sebelumnya bersifat setempat, mula merebak.
Perlu
diingatkan bahawa setahun yang lalu, iaitu pada 1 Mac 2013, Nik Aziz dilaporkan
bersetuju Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam Injil. Pendirian Nik
Aziz pada waktu itu mendapat pujian dari Bishop Dr. Paul Tan Chee dalam
menyatakan kekesalan beliau terhadap Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengambil
pendirian bertentangan.
Bagaimanapun,
pada 25 Januari tahun ini, kenyataan Nik Aziz mengenai isu ini berbeza pula.
Kali ini, beliau tidak setuju Kristian menggunakan nama ‘Allah’ di dalam Injil
berbahasa Melayu.
Alhamdulillah,
setakat ini, Nik Aziz belum lagi membuat sebarang pusingan U atau membelok ke mana-mana
dalam memperkatakan isu ini.
Justeru,
bolehlah dianggap bahawa Nik Aziz turut bersetuju dengan UMNO dan mahkamah
bahawa Kristian tidak boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam Injil
berbahasa Melayu.
Malangnya,
nampaknya kenyataan Nik Aziz sudah tidak laku lagi walaupun di kalangan
pemimpin bawahan PAS sendiri. Jika tidak, mana mungkin Mujahid berani ke hulu
ke hilir membela Kristian menggunakan nama ‘Allah’ di dalam Injil.
Malah,
untuk tujuan itu, Mujahid bukan saja ‘rajin’ ke gereja, malah beliau turut
tampil menjadi barisan hadapan untuk membela dan mempertahankan Kristian
bermati-matian. Mujahid sungguh-sungguh tidak rela Kristian ‘dicerca’.
Pelik
sekali kerana Mujahid tidak pula tampil membela Islam sedemikian rupa apabila
Namewee mempermainkan azan, ataupun Alvivi menghina Ramadan. Mujahid juga tidak
peduli jika pemimpin-pemimpin DAP menyalahgunakan ayat-ayat Al-Quran bagi
mengaut keuntungan politik di kalangan orang-orang PAS. Mujahid juga tidak
kisah jika tentera siber DAP menghina Rasulullah SAW dan juga Allah SWT sesuka
hati mereka.
Mungkin
bagi Mujahid, biar Islam dicerca, tetapi Kristian jangan sekali.
No comments:
Post a Comment