Saya mendapati pasukan peguam DS Anwar Ibrahim (Anwar) yang diketuai oleh
peguam berpengalaman Karpal Singh telah melakukan yang terbaik untuk membela
Anwar sejak sekian lama. Sudah tentu kos guaman sangat tinggi.
Namun begitu, kekalahan pasukan paling berpengalaman itu amat
mengejutkan selepas mereka menang banyak kali kes membabitkan Anwar sebelum
ini. Kini, baharulah semua orang faham kenapa Anwar bermati-matian mahu
menghalang Peguam Kanan Tan Sri Shafee Abdullah (TS Shafee).
Beberapa tahun yang lalu semasa bertugas, saya sering hadir
dalam sesi press conference dan seminar perundangan di mana TS Shafee membuat
ulasan dan academic talk tentang beberapa isu semasa. Beliau seorang yang
humble, biasa-biasa saja dan saya anggap beliau peguam mesra rakyat.
Ketika menunaikan ibadah Haji pada tahun 2012, saya bertemu lagi
dengan TS Shafee di Lapangan Terbang Jeddah. Beliau bersama anak lelakinya, dan
kami berbual ringkas sahaja bersalam khabar berita. Seperti saya katakan tadi,
beliau seorang yang humble dan mesra rakyat di mana beliau tidaklah seperti
orang ternama lain yang sukar didekati.
TS Shafee dan Anwar bukanlah musuh peribadi, mereka rakan semasa
di tingkatan 6 dahulu. Sama seperti Karpal Singh, sebelum tahun 1998 Karpal
Singh banyak kali menuduh Anwar macam-macam, namun selepas 1998 Karpal pusing
memihak kepada Anwar. Seperti kata Tun Dr. Mahathir, di dalam politik tiada
kawan yang kekal dan tiada musuh yang kekal.
TS Shafee adalah seorang peguam yang luar biasa, jika anda
mempunyai kes dan memerlukan khidmat guaman atau nasehatnya, anda perlu
bersedia bila-bila masa tidak kira masa makan, masa tidur atau di subuh hening.
Beliau umpama seorang penulis genre penerima Hadiah Nobel,
ketika seorang penulis tetiba mendapat idea ianya perlu ditulis dengan segera
sebelum idea itu hilang dalam visual minda kita. Begitu juga dengan TS Shafee,
sekiranya beliau mempunyai sesuatu yang penting, bukti baharu, perkara baharu
dan sekiranya ianya perlu berjumpa ketika pukul 2 pagi atau 3 pagi, anda mesti
bersedia untuk berkejar jika beliau memanggil.
Itulah antara cara beliau bekerja, sangat komited dan teliti.
Semasa Anwar dibebaskan 6 tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi
Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah berkta Mahkamah tidak 100% pasti mengenai
kewibawaan sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd. Saiful kerana
sampel tersebut telah dicemari sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk
dianalisis.
TS Shafee pula semasa berhujah bahawa tidak ada bukti sampel itu
diusik kerana bungkusan itu masih tertutup (patri tidak rosak) meskipun diletak
dalam sampul oleh pegawai penyiasat Jude Pereira.
Kedua, TS Shafee juga berhujah bahawa kredibiliti pakar asing
pembelaan boleh dipertikai kerana memberi keteragan berdasarkan Buku Teks
Manual sedangkan pakar Tempatan menganalisis sampel DNA daripada Mohd. Saiful.
Ketiga, TS Shafee juga menjelaskan bahawa rakaman CCTV menunjuk
dengan jelas menunjukkan ketibaan dan kepulangan Anwar dan Saiful dalam premis
tersebut.
Saya mendapati pasukan peguam Anwar gagal menjawab hujahan TS
Shafee di atas dengan meyakinkan (seakan beyond reasonable doubt), malahan
peguam berpengalaman Karpal Singh tidak membalasbantah hujahan-hujahan TS
Shafee di atas. Sebaliknya Karpal Singh memohon penangguhan. Ketika itu,
pasukan peguam Anwar dan Anwar sendiri kelihatan kelam-kabut, emosional,
terjejas dan akhirnya Anwar sendiri meminta supaya perbicaraan diteruskan.
Akhirnya, Datuk Balia Yusuf Wahi yang mengetuai 3 panel Hakim
sebulat suara membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi 6 tahun lalu.
ULASAN PEJABAT PERDANA MENTERI
Hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari
Azlan, adalah keputusan Mahkamah Rayuan dan bukannya keputusan pihak kerajaan.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan
lewat petang ini menegaskan, Malaysia mempunyai sistem kehakiman yang bebas.
Hakim-hakim pula, katanya, akan mencapai keputusan mereka hanya
setelah mempertimbangkan semua bukti yang ada dengan cara yang seimbang.
”Anwar dan barisan peguam belanya mempunyai hak untuk merayu
keputusan hari ini ke Mahkamah Persekutuan.”
Kes tersebut membabitkan dua individu dan hanya melibatkan
mahkamah dan bukannya pihak kerajaan.
”Oleh itu, demi menghormati proses undang-undang dan hak-hak
mereka yang terlibat, adalah tidak wajar bagi kerajaan untuk mengulas lanjut
mengenai perkara itu,” kata kenyataan tersebut.
Mahkamah Rayuan dalam keputusannya hari ini mendapati Anwar yang
juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersalah meliwat Mohd. Saiful
selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan ke atas pembebasannya.
No comments:
Post a Comment