Tuesday, March 4, 2014

Temu janji esok – di Istana Kehakiman

istana kehakiman

Kes pendengaran rayuan oleh puak-puak yang mewarisi keganasan penjajah Eropah yang degil hendak mengguna kalimah Allah.

Patutkah dibenarkan rayuan tersebut diteruskan ke Mahkamah Persekutuan?

Kemungkinan:

1. Moga esok para hakim tolak. Maka kes rayuan ini berhenti setakat apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

2. Moga esok para hakim benarkan rayuan. Maka kes ini akan dibicara di Mahkamah Persekutuan. Dan akan berterusan lagi untuk peringkat tertinggi ini. Ada kelebihannya di sini jika dibicara lanjut dan diputuskan nanti oleh Mahkamah Persekutuan ianya menjadi “binding” DAN polemik tentang kedudukan Malaysia sebagai sebuah secular akan berakhir kerana tafsiran yang kuat dari Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya.

Ada baiknya juga ianya dibenarkan untuk dibicara penuh supaya para peguam kita yang hebat-hebat dapat berhujuah dengan bernas untuk mendaulatkan Islam di Negara kita yang tercinta ini.

Kita sama-sama doakan yang terbaik dari Allah s.w.t. 

No comments:

Post a Comment