Satu
amaran yang dibuat 'Bomoh Kelapa',Mahaguru Ibrahim Mat Zin terhadap
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan kepada
media hari ini telah menjadi trending di laman-laman sosial sejak
tengah hari tadi.
Susulan
amaran bomoh itu yang mahu menampar KJ macam menampar buaya,KJ hari
ini telah menyahut cabaran bomoh tersebut dan dengan selambanya
mengajak bomoh tersebut untuk berjumpa dan bersembang santai.
Kenyataan
yang dikeluarkan KJ di laman Facebooknya itu telah mendapat pujian
dari ramai pihak selepas Malaysia dimalukan dengan teruk susulan
tindakan bomoh tersebut melakukan ritual tikar dan teropong di lobi
KLIA di hadapan puluhan wartawan antarabangsa.
Dalam
video amaran bomoh tersebut,beliau secara jelas meluahkan rasa
ketidak puasan hati terhadap KJ susulan teguran beliau terhadap
ritual yang dilakukan bomoh tersebut.
Dalam
video tersebut bomoh tersebut dengan berani mencabar KJ untuk
bersemuka dan mengugut akan menampar seperti buaya sehingga menjadi
bahan jenaka dikalangan pengguna media sosial
.-UtaraNews.com
No comments:
Post a Comment