Berikut
adalah kenyataan Ketua Pembangkang mengenai GST, jika mereka menjadi
kerajaan GST tetap dilaksanakan.
Bila
wakil2 rakyat berdebat mengenai GST, maka timbul semula lah hujah
yang pernah diucap oleh Najib tahun lepas bagi menjustifikasikannya.
Bagi saya ia satu hujah paling LOGIK yang seharusnya membuka mata
rakyat yang tidak berapa nak ambil tahu sangat tentang GST dan malas
nak ambil tahu.
“Lebih 160 negara di dunia melaksanakan GST. Ini menunjukkan bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan.
“Sekiranya GST ini memudaratkan rakyat dan negara, masakan majoriti negara di dunia menggunapakai sistem percukaian ini,”
Jadi kita pakat tumpang kajian dan keberkesanan yang 160 negara lain di dunia telah buat. LOGIK KAN. Kalau hampir kesemua negara lain di dunia melaksanakan GST dan bendanya memudaratkan, pasti dunia dah huru hara ! Elok jer .....
Bendanya dah pun diluluskan di Parlimen semalam dengan undian 119-81 dan negara akan melaksanakannya. Ditunda atau diperbaiki GST itu akan menjadi perkiraan kerajaan bergantung kepada penasihat2 Najib yang akan melihat impaknya kepada undi .... tapi GST tetap akan dilaksanakan one way or another.
160 negara lain di dunia melaksanakannya dan ternyata ia berkesan. Kenapa Malaysia nak jadi yang pelik ? Kan ?
TAPI bab pendidikan Vernakular kenapa Malaysia berbangga bila jadi pelik ?
Hampir SELURUH NEGARA DI DUNIA tidak melaksanakan sistem pendidikan vernakular dengan mengutamakan pendidikan nasional, kalau adapun pendidikan vernakular, ia adalah sebagai tambahan/sampingan. Bahasa Kebangsaan atau SATU bahasa utama didahulukan.
Hanya di Malaysia kita PELIK. Langsung tidak menghiraukan SELURUH DUNIA, malah kita berbangga pula jadi PELIK ..... TAK KER PELIK TUH ?
TAK LOGIK KAN ....
No comments:
Post a Comment