TalentCorp
adalah syarikat consultancy di bawah Jabatan Perdana Menteri yang telah dibayar
upah beratus juta ringgit. Ia satu lagi PROJEK IDRIS JALA.
Mengikut
bajet 2014, projek khas TalentCorp tahun ini sahaja dianggarkan memakan kos
RM58,450,000.
Skop
kerja TalentCorp disebut seperti berikut.
“We develop initiatives based on 3 strategic thrusts: (1) Optimise Malaysian talent, (2) Attract and Facilitate Global Talent & (3) Build Networks of Top Talent”
Buzzword:
Ethnic diversity, promoting best and brightest
TalentCorp
mahukan “diversity” (kepelbagaian) di tempat kerja dari segi jantina, umur dan
keturunan.
Itulah
nasihat yang diberikan kepada Najib Razak oleh konsultannya TalentCorp.
Ditekankan
supaya ada “diversity” di tempat kerja dan ini wajib kerana Malaysia adalah
sebuah negara masyarakat majmuk berbilang bangsa.
BAWAH:
Najib at Diversity roundtable organized by TalentCorp
Kabinet
Najib tidak cukup syarat “diversity”nya (kepelbagaian) dari segi perwakilan
kaum Cina.
Menteri-Menteri
kesemuanya ada 32 orang tetapi Menteri asal kaum Cina setakat seorang sahaja.
Seorang
Menteri, iaitu Senator Paul Low Seng Kwan di kalangan kabinet 32 orang anggota
hanyalah 3 peratus walhal etnik Cina adalah 25 peratus penduduk negara.
Senarai
kabinet Najib:
Najib Razak ~ Muhyiddin Yassin ~ G. Palanivel ~ Nazri Aziz ~ Hishammuddin Hussein ~ Shafie Apdal ~ Mustapa Mohamed ~ Maximus Johnity Ongkili ~ Douglas Uggah Embas ~ Ahmad Zahid Hamidi ~ Ahmad Shabery Cheek ~ S. Subramaniam ~ Ismail Sabri Yaakob ~ Ahmad Husni Hanadzlah ~ Anifah Aman ~ Jamil Khir Baharom ~ Senator Idris Jala ~ Joseph Kurup ~ Joseph Entulu anak Belaun ~ Rohani Abdul Karim ~ Fadillah Yusof ~ Hasan Malek ~ Richard Riot ~ Tengku Adnan Tengku Mansor ~ Idris Jusoh ~ Shahidan Kassim ~ Senator Paul Low Seng Kwan ~ Khairy Jamaluddin ~ Abdul Rahman Dahlan ~ Nancy Shukri ~ Ewon Ebin ~ Senator Abdul Wahid Omar
Untuk
mencapai sasaran “diversity” (kepelbagaian) optimal yang disyorkan TalentCorp,
Najib harus melantik sebanyak 8 orang Menteri Cina.
Jika
dikekalkan Paul Low dalam rombakan kabinet nanti, bermakna masih ada 7
kekosongan lagi untuk diisi wakil-wakil parti Cina BN.
Calon-calon
yang menyerlah digambarkan di bawah:
Credit
for Helen Ang
No comments:
Post a Comment