Gambar
Hiasan
Kalau
tak menipu bukan pembangkang namanya. Pembangkang kantoi lagi! Panda Malaysia
1.
Pembangkang telah menipu rakyat dgn propa murahan picisan kononnya Malaysia
menyewa Panda dgn harga RM 25 juta. Perbuatan puak pembangkang sgt tidak
bertanggung jwb.
2.
Panda itu dihadiahkan China kpd Malaysia sbg 1 tanda simbolik perhubungan
pelbagai hala diplomatik antara 2 negara.
3.
Kos penjagaan, pemeliharaan dan penyediaan tempat sarang Panda yg perlu
ditempat suhu sejuk ialah sebanyak RM 2.5 juta setahun bersamaan RM 25 juta utk
10 tahun.
4.
Kos RM 25 juta tersebut ditaja oleh syarikat-syarikat ke 2 negara yg terlibat
dlm pelbagai aktiviti perniagaan. Ia bukan dibiayai oleh wang negara ataupun
Kerajaan Malaysia.
5.
Simbolik disebalik hadiah panda ini adalah ,
a.
Malaysia diiktiraf China sbg 1 negara sekutu yg dipercayai dan dihormati China.
b.
Malaysia adalah antara beberapa negara yg mendapat keistimewaan penghormatan
spt ini.
c.
Malaysia diiktiraf secara global oleh China dalam perhubungan pelbagai hala
& diplomatik.
========================================================================
NANNING,
China 19 Sept. - Malaysia berharap dapat menerima dua ekor panda daripada
kerajaan China pada 2014 iaitu bersempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
yang terjalin antara kedua-dua negara.
Duta
Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin berkata, semua persediaan untuk
menerima panda itu perlu disiapkan terlebih dahulu sebelum haiwan kebanggaan
China itu boleh diserahkan.
"Bagi
China, panda adalah haiwan yang sangat istimewa, jadi keputusan untuk
dihadiahkan atau dipinjamkan kepada Malaysia adalah pengiktirafan bukan sahaja
kepada kepimpinan kita, malah simbol keakraban hubungan antara rakyat dan
kerajaan dua negara.
"Kita
harap semua persediaan dilengkapkan supaya salah satu kemuncak ulang tahun itu
adalah penyerahan panda berkenaan," katanya kepada wartawan Malaysia yang
membuat liputan lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin ke sini sempena Ekspo China-ASEAN Kesembilan, hari ini.
Menurutnya,
antara persediaan yang perlu dibuat oleh Malaysia adalah memastikan kesesuaian
suhu persekitaran kawasan panda itu ditempatkan dan makanan.
"Apabila
pihak yang berkaitan puas hati, maka tiada masalah untuk bawa panda ke
Malaysia," katanya.
Menurutnya,
Malaysia adalah antara 22 negara yang diberi penghormatan untuk menerima panda
dari China dan ia adalah simbol keakraban hubungan antara dua negara. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment