Sunday, April 6, 2014

Anwar ‘Runding’ Dengan Siapa Lagi Di London ?


Sejak semalam, Ketua Pembangkang masih lagi berada di kota London memenuhi satu misi yang beliau sahaja ketahuinya.

Salah satunya berkunjung ke media Daily Telegraph, United Kingdom membuat kenyataan tentang MH370 yang disifatkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai satu bentuk serangan yang tidak berasas dari luar negara terhadap negaranya sendiri, Malaysia.


Namun, sudah pasti kunjungan Anwar ke kota London itu dipercayai bukan semata-mata mahu berjumpa kumpulan media, rasanya ada ramai pihak lagi yang mahu dijumpainya.

Sudah tentu ‘rundingan’ dengan pihak-pihak tertentu yang berbentuk peribadi itu tidak akan dihebah kepada media antarabangsa atau blog, twitter dan laman sosial peribadi milik Anwar.
Mengenali Anwar, beliau akan mengulangi sejarah silam. Rangkaiannya adalah sama, kalau ada penambahan satu atau dua tokoh rangkaian baru, ianya hasil cadangan daripada rangkaian ‘godfather’ utama.

Belajar dari sejarah selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada 2 September 2004, beliau menjadikan Kota London sebagai base pertama sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat.

Sebab di Kota London ada dua ‘godfather’ penting yang boleh mencaturkan masa depan politik.
Dua ‘godfather’ Anwar di Kota London itu adalah Al Gore dan George Soros.
Pemahaman lanjut tentang lingkaran Anwar itu, sila baca;




1 comment:

  1. bang non gi London sempat tweet best nyaa gi London.....apa tak bestnya aroma jubo juboan menikam kalbu.....

    ReplyDelete