Saya
jarang nak puji Najib tapi selepas menonton sidang media Obama+Najib tengahari
tadi, saya puji cara Najib jawab soalan berkaitan kes liwat Anwar yang
ditimbulkan oleh wartawan Australia.
Soalan
yang saya kira soalan maut jika tersalah jawab... namun berjaya ditangani oleh
kedua Obama dan Najib.
Lihat
video di astroawani. Caption terjemahan divideo adalah seperti berikut -
Bagi
kes (liwat) melibatkan Anwar, saya mahu tegaskan di sini tindakan undang2 bukan
dibuat kerajaan, sebaliknya tindakan dilakukan bekas pekerjanya. Dalam soal
menegakkan keadilan, ia tidak mengenal status seseorang. Jadi sekarang kes ini
adalah kes mahkamah, bukan hak saya untuk mengulas lanjut mengenai kes ini.
Apa
yang dijawab Najib adalah : -
I want to put it on record, it's not about the government against him, it's an action taken by an individual who happens to be his former employee... who's taken up this case against him. Under the eyes of the law, even if you are a small man or a big man, you have equal justice. I think you believe in that principle. So now the matter is before the courts, it's not right for me to comment anything more than that.
Satu
dunia menonton dan Najib telah mengambil kesempatan terbaik itu untuk
menerangkan kedudukan sebenar kes Anwar Liwat.
Dengan
tidak memberi sebarang komen negatif terhadap kes itu, Najib juga dilihat
sebagai mengiktiraf kebebasan sistem mahkamah negara kita.
TAPI
portal Mkini cuma melaporkan bagian jawapan Obama saja dengan tumpuan kepada -
“Kenyataan bahawa saya tidak bertemu Anwar tidak menunjukkan kurang peduli,”.
Itupun meninggalkan bab Obama menyatakan kenyakinan beliau terhadap usaha
Malaysia dan Najib kearah memastikan demokrasi dan hak asasi manusia
dipertahankan.
Sementara
MalaysianInsider pula langsung tidak laporkan isu ini.
Apa
no Obama ek, aku nak Watsup
Apapun
kita tunggu laporan pertemuan Obama dengan wakil2 Ngo yang pro Comango dan pro
PR pula ...
Saya
copy artikel Zamkata mengenai isu sama -
Apabila
seorang wartawan Australia bertanya
kepada Presiden Amerika Syarikat
Obama tentang ketidakadilan Malaysia terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim termasuk dalam soal kes
liwatnya maka tentunya Anwar melompat
dengan kegembiraan.
Tetapi
bagaimanapun jawapan Obama dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib dalam
sidang akhbar bersama yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia telah
menyebabkan kegembiraan itu terhenti tiba tiba, Anwar jatuh tertunduk malu,
kecewa dan marah kerana pertanyaan itu
telah memberi peluang kepada Najib untuk memberitahu hal yang sebenarnya.
Lebih
menyakitkan hatinya ialah apabila Obama menyatakan keyakinan kepada Najib
sebagai seorang Refomer.
Najib
menjelaskan bukan kerajaan Malaysia yang
mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim tetapi tindakan itu diambil oleh bekas kakitanganya sediri dan kerajaan
Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan menghormati hak asasi manusia tidak
berhak untuk menyekatnya dan membiarkan proses keadilan berlaku dan menyerahkan kepada keputusan mahkamah.
Jawapan
Obama selain dari menerima Najib sebagai seorang Reformer telah menyatakan keyakinan bahawa Najib akan
dapat memperbaiki lagi kekurangan kekurangan perjalanan demokrasi
dan hak asasi manusia di Malaysia.
Oleh
kerana sidang akhbar itu disiarkan secara langsung keseluruh dunia setelah pertemuan yang mengambil masa
lebih lama dari yang dijadualkan antara
kedua pemimpin negara besar dan kecil itu yang menunjukan minat dan
keyakinan Obama kepada Najib maka tidak
syak lagi jawapan mereka kepada pertanyaan wartawan Australia itu telah
mencedera parahkan imej Anwar ke taraf
yang sangat rendah.
Hasrat
wartawan itu hendak membangkitkan
pembelaaan bekas Naib Presiden
Amerika Al Gore terhadap Anwar Ibrahim dalam lawatannya dahulu, ternyata salah perhetongan sebaliknya menyerlahkan kesopanan dan
penghormatan Obama kepada rakyat
Malaysia berbanding dengan sikap biadap Al Gore terhadap rakyat
Amerika yang meninggalkan sejarah
hitam dalam hubungan Malaysia dengan
Amerika Syarikat.
Lawatan Obama
yang jelas menampakan
kerianganya selama berada di Malaysia
dan kemesraannya dengan Datuk Seri Najib telah
membina semula kerosakan hubungan
antara Malaysiadan Amerika Syarikat yang dirosakan oleh Al Gore.
kenyataan yg di padamkan dlm setiap laporan media macai anwar
ReplyDelete