Wednesday, April 9, 2014

MENJAWAB PERSOALAN MENGAPA HARGA PROTON DILUAR NEGARA BERBEZA




Sekarang memang dah jadi trend pula, seolah ada puak yang nak menjatuhkan Proton. Ada je nak cari salah. Ini hanya lah penerangan ringkas saya mengenai harga kereta yang dijual di negara ini yang berbeza dengan negara luar.


Sebenarnya tak payah cari fakta yang susah pun. Benda ni boleh fikir dengan logik akal. Tapi saya akan sediakan beberapa rujukan yang boleh dijadikan sandaran untuk isu ini.

1. Isu harga ni dulu pernah dimainkan ketika iklan yang lebih kurang sama melibatkan Proton Persona di Arab Saudi.


2. Berdasarkan gambar yang tertera yang dimainkan di laman sosial hari ini, kita dapat lihat dan terang-terang ditulis LIMITED TIME.


3. Maknanya, selepas convert to RM, harga offer limited time dekat Aussie tu untuk PREVE MANUAL adalah lebih kurang RM48,000. Manakala harga PREVE MANUAL di MALAYSIA tanpa insurance/registration adalah dalam lingkungan RM55,000.


4. Jika tanpa limited offer yang tertera pada iklan ini, menunjukkan harga PREVE di Malaysia dan Australia adalah lebih kurang sama iaitu plus minus RM1,000 - RM2,000.


5.Proton di Malaysia juga buat offer yang sama dalam waktu tertentu.


6. Satu lagi dinyatakan dalam iklan tersebut ialah harga DRIVE AWAY, harga drive away ialah harga TAK termasuk insurans dan indicative di mana harga sebenar perlu di consult dengan dealer . Harga bergantung kepada dealer dan location.


7. Untuk rujukan berkenaan dengan drive away boleh rujuk www.carsales.com.au/info/clarity-in-pricing-popup.htm


8. Harga kereta bagi mana-mana pengeluar kereta bergantung kepada dasar negara berkenaan, competitor, market size dan marketing.


9. Sebagai contoh di Arab Saudi, harga Proton Persona jauh lebih murah di sana berbanding di Malaysia kerana marketing dan harga competitor. Honda di Jepun pun jual lebih mahal di negara mereka sendiri berbanding Honda yang dijual di Arab Saudi. Semua kerana permintaan dan market size.


10. Kenapa tak banding harga PREVE di Indonesia yang jauh lebih tinggi berbanding harga PREVE di Malaysia?


11. Kalau Toyota atau Honda jual murah tak kan Malaysia nak jual mahal. Sedikit pengorbanan perlu dilakukan untuk capture market . Long term target is more important.


12. Malah first party insurance di Aussie mahal juga berbanding di Malaysia. Malaysia pula adalah car ownership termurah di Asia Tenggara . Car ownership ialah termasuk semua sekali termasuk Petrol, insurans dan lain-lain.


13. Kita boleh persoalkan tetapi bukan terus menghentam. InsyaAllah, artikel mengenai "KENAPA TUN MAHATHIR MEMANDU KERETA BUKAN BUATAN MALAYSIA (Selepas tersebar gambar Tun pandu kereta luar)" dan Perbandingan PROTON SUPRIMA dengan model-model yang sama kelas dengannya.

Apapun, apa yang saya faham .. harga kereta Proton ditentukan sendiri oleh Proton. Jadi, merekalah lebih arif mengapa dan kenapa. 

seterusnya

No comments:

Post a Comment