Kenyataan-kenyataan
DS Anwar di luar negara mengenai tragedi MH370 sangat menjelekkan, kata orang
Indonesia. Di Jakarta, walaupun penyayi dangdut terkenal Rhoma Irama tidak
mungkin akan menduduki jabatan Presiden dan Wakil Presiden Indonesia walaupun
hatinya mahu ke arah itu, tetapi Rhoma Irama lebih patriotik, bertatanegara dan
bersusila negara.
Berita
terkini di Jakarta, Rhoma Irama merancang untuk mengadakan konsert terbesar di
Jakarta di kawasan Monumen Nasional dengan cita-cita kehadiran penonton
sebanyak 4 Juta orang. Rhoma Irama mengimpikan 4 Juta orang ini akan sama-sama
menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia Raya! Saya sangat-sangat 'jempol' manusia
yang seperti ini sangat mencintai negaranya walaupun dirinya tidak mungkin bisa
berada di persada Istana Presiden.
Ketika
seluruh dunia bersedih dan berdukacita, Anwar membuat kenyataan kononnya
kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat. Pakar undang-undang yang juga bekas
CEO MAS, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, apa yang MAS atau kerajaan hendak
sembunyikan kerana maklumat yang diminta itu memang tidak ada. Kita sedang
bertungkus-lumus mencari maklumat itu, dan misteri ini bakal terungkai apabila
kotak hitam pesawat MH370 ini berjaya ditemui.
Anwar
hanya menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekitar tahun
1995-1998. Anwar masih diulit mimpi indah kononnya ketika dia menjadi TPM dan
Menteri Kewangan, dia meluluskan pemberian radar yang boleh mengesan apa sahaja
penerbangan di ruang angkasa Malaysia. Anwar lupa tahun ini tahun 2014 bukan
1998, radar-radar yang ada di Malaysia sudah dinaiktaraf disesuaikan dengan
pemodenan sistem radar dunia. Apakah kamu fikir Malaysia masih menggunakan
sistem radar tahun 1998?
http://www.telegraph.co.uk
Tiada
siapa mahu tragedi ini berlaku. Tiada mana-mana Perdana Menteri yang mahu
rakyatnya mati terbunuh sedemikian rupa. Malaysia bukan Israel, Malaysia adalah
Malaysia. Tiada Perdana Menteri Malaysia akan berkata, "I support all
efforts to protect the security of the state of Israeli" (Wall Street
Journal Asia). Di Indonesia, tiada Presiden mahupun Wakil Presiden yang akan
memuji dan memuja Israel!
Semalam
Presiden Partai Gerindra Indonesia, bapak Prabowo yang turut bertanding jawatan
Presiden Indonesia 2014, hadir di Mahkamah Tinggi Kota Bharu untuk menyokong
Satu orang (Satu Jiwa) rakyatnya yang dibicarakan atas pertuduhan membunuh
majikannya. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, warga Indonesia itu terlepas
daripada hukuman mati. Yang menarik kepada saya dalam kes ini ialah, Prabowo
datang dua kali ke Malaysia hanya semata-mata mahu memberi sokongan kepada Satu
orang rakyat Indonesia, dan ternyata sokongan itu berhasil!
Anwar
lupa, di dalam pesawat MH370 itu, ada lebih 50 orang rakyat Malaysia. Seperti
dinyatakan oleh DS Najib Tun Razak dan DS Hishammuddin bahawa kerajaan Malaysia
tidak akan berhenti mencari pesawat tersebut dan penumpangnya walaupun kos
pencariannya kini mencecah ratusan juta ringgit.
Bagaimana
pandangan anda?
Dipetik
daripada Merdeka
No comments:
Post a Comment