Monday, May 19, 2014

Apa ke benda Jalani Ngah buat kerja Pengerusi Tabung Haji?

Bukan saja itu Dato Jailani Ngah memandai-mandai buat kerja Pengerusi Tabung Haji dalam hal-hal haji, apa perlu sampai arahkan Astro Awani untuk siarkan mukanya untuk suatu masa yang lama pagi tadi?

Nampak sangat Jailani cuba jual muka ke media untuk lakukan psywar untuk nafikan khabar angin dia telah dipecat. 

Usahlah nak berpura-pura kerana khabarnya orang-orang Dato Razif dan orang-orang Dato Md Said berpakat memberitahu Dato Najib supaya memecat Jailani. 

Sahlah dia baik dengan media hingga boleh perguna dan arah media untuk memburuk, menghina dan jauhkan pemimpin. Dialah yang tangan yang suka melakukan konspirasi jatuh-jatuhkan orang dari melakukan arahan PM dengan berhemah dan terhormat.

Yang menjadikan orang keliru pula adalah apa perlu seorang Setiausaha Politik nak berucap dalam majlis dan masuk TV sekali?

Setiausaha Politik dah mengalahkan ramai Menteri yang tak dapat publisiti oleh media. Menteri ada pengundi untuk tunjukkan dia bekerja. Dia juga mewakili kerajaan untuk Kementeriaan yang dipertanggungjawabkan.

Setiausaha Politik hanya dipertanggungjawabkan kepada Menteri yang mana untuk Jailani adalah Perdana Menteri dan dia tidak perlukan publisiti.  

Adakah Jailani sedang promosi dirinya untuk jadi Menteri Besar Terengganu pula ke?

Jailani dikatakan hanya pengawai kepada Dato Abdullah Md Zin dalam JPM tapi namanya saja dalam kertas sebagai sebagai Setiausaha Politik keapda PM.

Kalau dia mewakili Abbdullah Md Zin ke Majlis dan sah dia bukan Pegawai PM, tak payahlah ke sana kemari dengan kereta Camry Putih dengan plat tertulis Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri.

Bukankah menimbulkan anggapan salah untuk memakai kereta yang bukan kereta rasmi SetPol? PM pun pakai Proton Perdana.

Kalau nak Mercedes, MB Terengganu guna Mercedes yang dibeli zaman Md Said. 

1 comment:

  1. Dilaporkan mangkuk ayun ni sudah dicantas. Mengapa masih timbul mengalahkan seorang Menteri.
    Apa guna disimpan lagi orang yang macam duri dalam daging ni. Atau tak ada orang bolih mengambil tindakan terhadap beliau.
    Janganlah dibiarkan simangkuk ni buat sesuka hatinya.

    ReplyDelete