Berkongsi
info dengan blogger tersohor MyMassa
Apa
sebab berlakunya kenaikan harga barang?
Adakah
salah pemerintah yang tak beri subsidi?
Adakah
salah kerajaan yang sengaja menaikkan harga kerana nak tekan rakyat?
Atau
adakah harga barang naik sebab kerajaan boros dan membiarkan ketirisan, rasuah
serta penyelewengan berleluasa?
Berikut
puncanya;
KENAIKAN
HARGA PETROL GLOBAL
Berlaku
kerana permintaan tinggi dari para pengguna.
Petrol
dan diesel adalah bahan bakar utama yang menggerakkan turbin janakuasa eletrik,
jentera dan mesin di kilang-kilang industri dan kenderaan.
Sebarang
krisis politik di sesebuah negara pengeluar atau negara berdekatan kawasan
pengeluaran minyak akan menjejaskan harga global. Misalnya krisis perang Iraq
dan Afghanistan, krisis Arab Spring, pergolakkan politik di Rusia, gangguan
pelayaran kapal di Terusan Suez, ancaman lanun di Lautan Hindi dan keadaan
cuaca sejuk beku dari bulan November hingga Januari setiap tahun akan mempengaruhi
turun naik harga minyak global.
Persaingan
dan permintaan yang tinggi dari negara-negara pengimport besar seperti China,
Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan Korea Selatan untuk keperluan besar
industri mereka turut mempengaruhi harga minyak global.
Fenomena
Arab Spring telah menganggu produksi minyak mentah dunia hingga menyebabkan
harga minyak mentah melambung tinggi di pasaran dunia. Pemberian subsidi yang
tinggi bagi mengekang kenaikan harga telah melemahkan ekonomi sesebuah negara.
Kenaikan
harga bahan bakar ini akan menyebabkan kesan langsung kepada kenaikan kos
pengeluaran dan pengangkutan seluruh dunia.
Akibat
kenaikan kos-kos ini margin keuntungan pihak pengilang menjadi kecil dan mereka
terpaksa menaikkan harga produk.
Petrol adalah barang keperluan...
Subsidi
besar untuk menampung kenaikan harga petrol dan diesel terpaksa disediakan oleh
kerajaan agar harga barangan tidak naik mendadak hingga menyusahkan rakyat.
Namun
pemberian subsidi ini sentiasa tidak cukup hingga membebankan kewangan negara
dan menjejaskan perbelanjaan pembangunan infrastruktur di sektor-sektor lain.
Banyak
kes ketirisan berlaku apabila petrol dan diesel bersubsidi dibeli secara pukal
dan diseludup keluar untuk dijual kepada pihak asing di sempadan kerana
untungnya besar. Ini disebabkan harga petrol dan diesel di negara asing
tersebut lebih mahal dari harga di negara ini.
PERMINTAAN
MELEBIHI PENAWARAN
Ketibaan
musim perayaan dan majlis keraian bermusim seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina,
Deepavali, kenduri-kenduri kahwin dan sebagainya menyebabkan para pengguna akan
berbelanja lebih.
Permintaan
yang tinggi akan menyebabkan para pengeluar dan penjual sentiasa mengambil
kesempatan menaikkan harga barang keperluan seperti ayam, telur, ikan, daging,
sayuran serta bahan-bahan membuat kek dan biskut kerana merebut ‘keuntungan’
setahun sekali.
Para
pengguna juga terbeban dengan sikap ‘shopping sakan setahun hanya sekali’ yang
selalunya akan berbelanja besar untuk persiapan hari raya yang pelbagai.
Golongan terbeban biasanya adalah dikalangan mereka yang tidak membuat
persediaan awal dan golongan berpendapatan rendah.
Perbelanjaan
luar jangka seperti membeli barang yang kurang perlu boleh menyebabkan bebanan
kewangan. Bila dah sesak adakah patut kita menyalahkan kerajaan atas kesilapan
kita sendiri berbelanja tak ikut aturan?
Namun
ada juga perbelanjaan luar jangka yang tidak disangkakan. Misalnya wang yang
disimpan terpaksa digunakan untuk membaiki kenderaan, rawatan penyakit, kos
membaiki rumah, kos kecemasan balik kampung dan sebagainya. Perbelanjaan inilah
kadangkala menyebabkan para pengguna terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih
dan terpaksa membeli walaupun harga mahal.
Akibat
wang tambahan telah dibelanjakan untuk tujuan ini, ia akan menjejaskan wang
yang sepatutnya digunakan untuk membeli pakaian baru bagi persekolahan
anak-anak dan sebagainya. Ketika ini kita akan mudah melenting apabila tak
cukup duit dan mulalah menyalahkan itu dan ini.
SIKAP
TAMAK PENIAGA
Ada
segelintir peniaga yang tamak yang sentiasa mengambil kesempatan menekan para
pengguna terutama sekali di musim-musim perayaan. Mereka bertindak sebagai
kartel yang sengaja menaikkan harga sebagai tekanan kepada kerajaan untuk
menuntut seuatu perkara yang melibatkan golongan atau kaum-kaum tertentu yang
mendominasi rantaian ekonomi.
Inilah
kegiatan yang sering dilakukan oleh segelintir pengkhianat dan perompak subsidi
yang diberikan kepada rakyat. Tetapi akhirnya kerajaan BN juga dipersalahkan.
Mereka terus kaya raya bergenerasi lamanya hasil menyamun hak rakyat
mendapatkan harga murah...
Golongan
yang tidak jujur ini menggunakan pelbagai teknik bagi meraih keuntungan seperti
menyorok barang, mengurangkan sukatan dan kuantiti barang, menjual barang luput
tarikh, harga diskaun palsu dan mengamalkan monopoli sesuatu perniagaan bagi
membunuh perniagaan pesaing-pesaing mereka.
Dengan
cara ini mereka boleh memainkan dan menentukan harga sesuatu barang kerana
mendominasi perniagaan tersebut. Akibatnya para pengguna yang selalu tertipu
dan mula menyalahkan kerajaan.
PERUBAHAN
CUACA GLOBAL
Harga
sesuatu produk makanan atau produktiviti sesuatu hasil pertanian atau
penternakan turut dipengaruhi oleh kesan atau fenomena cuaca semasa.
Misalnya
musim panas berjerebu, kebakaran atau musim hujan yang berpanjangan akan
menjejaskan tanaman tidak bermusim seperti sayuran, susu getah, buah kelapa
sawit dan juga mempengaruhi pengeluaran susu atau telur ternakan. Laut yang
bergelora juga menyukarkan hasil laut ditangkap.
Laut
bergelora menyukarkan nelayan turun ke laut dan menyebabkan bekalan hasil
terputus. Harga menjadi mahal akibat kekurangan bekalan. Ribut taufan di tengah
lautan adakah salah BN/UMNO juga?
Cuaca
yang ekstrem dan bencana seperti banjir atau kemarau akan mengganggu
tumbesaran, kuantiti dan kualiti produk tanaman. Akibatnya pengeluaran menjadi
kurang sedangkan permintaan terhadap hasil sentiasa tinggi oleh pembekal,
peniaga dan pengguna.
Sumber
yang terhad akan menyebabkan hasil menjadi rebutan. Siapa menawarkan harga yang
tinggi merekalah yang akan menguasai perbekalan. Akibat hasil dibeli dengan
harga tinggi oleh ‘orang tengah’ ini menyebabkan para pengguna dikenakan harga
yang tinggi.
Cuaca
kering adalah fenomena global setiap tahun menyebabkan sawah padi kering
kontang. Bekalan beras yang merupakan makanan utama penduduk Asia mengalami
kekurangan hingga menyebabkan harga mahal di pasaran. Adakah ini juga salah
BN/UMNO?
Walaupun
Malaysia mengeluarkan hasil pertanian dan perikanannya sendiri, namun ia masih
tidak mencukupi. Negara terpaksa mengimport banyak bahan makanan dari luar
untuk memenuhi keperluan rakyat dan warga asing yang bekerja di sini. Misalnya
jelapang padi di Malaysia hanya mampu mengeluarkan 70% beras untuk keperluan
negara, selebihnya 30% lagi perlu diimport dari Thailand, Vietnam, Cambodia,
China, India dan Pakistan dengan harga yang mahal.
Malaysia
terpaksa berbelanja besar untuk mengimport produk makanan dari serata dunia.
Misalnya tahun 2007, negara membelanjakan RM23.3 bilion untuk mengimport produk
makanan berbanding cuma mengeksport RM13.7 bilion. Akibatnya negara terpaksa
menanggung defisit atau kerugian perdagangan sebanyak RM9.6 bilion.
SAINGAN
NEGARA-NEGARA ASING MEREBUT RANTAIAN MAKANAN
Secara
global, kemunculan negara-negara baru industri dan ekonomi global seperti
Brazil, Rusia, India dan China (BRIC) telah menjadikan permintaan terhadap
produk bahan api dan makanan dunia semakin meningkat. Negara-negara ini
mempunyai kuasa beli yang tinggi dan dapat menenggelamkan permintaan dari
negara-negara kecil seperti Malaysia.
Hanya
negara yang bijak menggunakan kuasa wang mampu menguasai rantaian bekalan
makanan dan bahan api melalui pelaburan asing (FDI) mereka di luar negara.
Negara-negara
Arab yang kaya seperti Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Kuwait
serta negara China, United Kingdom, Amerika Syarikat bahkan Singapura telah
berlumba-lumba membeli tanah-tanah di negara-negara asing seperti Vietnam,
Cambodia, Laos, Sri Lanka dan negara-negara Afrika. Tanah-tanah ini dijadikan
ladang-ladang pertanian yang luas bagi menanam sayuran, buah-buahan, membiak
ternakan untuk membekalkan makanan secara berterusan ke negara-negara pelabur
tersebut.
Pelabur-pelabur
Arab membelanjakan berjuta-juta dollar dalam industri pemakanan di negara asing
sebagai jaminan bekalan makanan mereka tidak terganggu. Hakikatnya, walaupun
negara mereka kaya dengan sumber minyak dan gas asli namun akibat cuaca panas
kering yang tidak sesuai untuk pertanian, mereka terpaksa mengimport lebih 95%
bahan makanan dari negara-negara luar hingga menimbulkan saingan dan rebutan
bekalan makanan global.
Misalnya
pelabur Timur Tengah begitu giat membeli ladang dan menguasai saham-saham di
sektor ternakan lembu dan kambing di Australia dan New Zealand untuk dapatkan
hasil daging dan tenusu. Mereka juga membeli ladang-ladang sayur di India dan
Pakistan untuk dapatkan beras dan sayuran.
Singapura
pula berlumba-lumba membeli tanah sawah yang luas terbentang di Vietnam dan Cambodia
untuk membekalkan beras ke negaranya. Malah bersaing hebat dengan Malaysia
membeli tanah-tanah di Sumatra dan Kalimantan, Indonesia untuk ditanam dengan
kelapa sawit bagi mengurangkan pergantungan kepada minyak sawit Malaysia!
Kuok
Khoon Hong: Bilionaire dari Singapura yang juga CEO Wilmar International Palm
Oil Company yang memiliki tanah dan saham industri kelapa sawit yang besar di
Kalimantan bersaing hebat dengan syarikat-syarikat kelapa sawit Malaysia untuk
menguasai sektor sawit Asia.
Semua
ini dilakukan secara agresif bagi mendapatkan bekalan luar dan menguasai
rantaian bekalan makanan secara berterusan. Ia juga menjadi satu dasar
keselamatan makanan (food security) negara berkenaan bagi mengurangkan
pergantungan kepada pengimport asing.
Kesediaan
negara-negara ini menyebabkan Malaysia terpaksa bersaing hebat untuk
mendapatkan bekalan makanan dari luar (out sourcing) dan sentiasa terdedah
kepada kenaikan harga pasaran global.
Negara-negara
di benua Afrika sedang giat mencari pelabur asing untuk menanam modal di negara
mereka. Walaupun pelaburan tersebut berisiko, namun tawaran pelaburan ini
kebiasaannya menarik minat para pelabur dari China demi mengukuhkan penguasaan
ekonomi dan politik diplomasi mereka di benua tersebut.
KESIMPULAN
Kita
sentiasa perlu bersikap rasional apabila menghadapi isu kenaikan harga
barangan. Kerajaan telah melakukan sebaik mungkin untuk mengatasi masalah ini.
Gunakan hak kita sebagai pengguna untuk melaporkan sebarang kenaikkan harga
barang kepada pihak berwajib atau dedahkan kecurangan peniaga di laman-laman
sosial. Seterusnya kita memboikot pihak peniaga terbabit.
Kerajaan
berharap apabila diperkenalkan GST maka harga barang akan lebih terkawal dan
menjadi murah. Ini kerana melalui cukai GST para pengilang, pemborong hingga
peruncit hanya dikenakan cukai 6% sahaja berbanding 16% dalam SST. Maka
diharapkan harga barang akan turun.
Pengenalan
GST adalah untuk membantu rakyat mendapatkan bekalan makanan dengan harga yang
murah dan berpatutan selain membenteras ketirisan serta penyelewengan yang
sering dilakukan oleh segelintir golongan pengkhianat-pencabul ekonomi yang
menyusahkan hidup rakyat.
Bila
harga turun rakyat akan senang dan meningkatkan kuasa pembelian mereka. Ini
akan menggerakkan seluruh sektor ekonomi dan menguntungkan sektor-sektor
perniagaan dan perkhidmatan. Mereka inilah yang akan ‘memulangkan’ kembali
keuntungan mereka kepada kerajaan melalui pembayaran cukai tahunan atau
melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Kerajaan
juga telah memberikan bantuan tunai kepada golongan sasar agar mereka tidak
terbeban dengan kenaikan kos sara hidup. Antaranya BR1M, bantuan-bantuan
persekolahan dan pendidikan selain sentiasa memantau dan mengambil tindakan
terhadap golongan peniaga yang sengaja tidak mematuhi harga jualan.
Rakyat
Malaysia harus terdidik dengan perbelanjaan berhemah, berjimat cermat dan bijak
menabung pendapatan mereka untuk jaminan mereka hidup selesa di masa depan.
No comments:
Post a Comment