Berikut
adalan tulisan hasil pandangan Tun Abdul Hamid Mohamad, bekas Ketua
Hakim Malaysia. Penulisan beliau boleh di baca
di http://www.tunabdulhamid.my
PERPECAHAN
MELAYU PUNCA TUNTUTAN MELAMPAU BUKAN MELAYU
Oleh Tun Abdul Hamid
Mohamad
Pada pandangan saya,
hubungan antara kaum di Malaysia masih baik. Rakyat berbagai kaum
masih menjalani hubungan seperti biasa. Tidak ada ketegangan di
antara kaum dalam hubungan mereka seharian. Hubungan sosial di antara
sesama orang Melayu juga baik, tidak kira apa parti politik mereka.
Apa yang berlaku semenjak PRU 12 ialah “political divide”.
PAS, melalui janji
syurga yang tidak perlu ditepati, mengkafirkan penyokong UMNO dan
memburukkan pemimpin-pemimpin UMNO dan lain-lain, telah berjaya
menarik sebilangan besar orang Melayu untuk menjadi penyokongnya,
bukan lagi di kawsan pedalaman tetapi juga di kawasan bandar, bukan
lagi di kalangan orang-orang yang berkelulusan Syari’ah tetapi juga
di kalangan professional. Ini telah melemahkan UMNO.
Tetapi, selagi PAS
kekal bersendirian dan tertumpu kepada negeri-negeri Pantai Timur, ia
tidak menjadi ancaman yang serius kepada kerajaan BN di peringkat
Persekutuan.
Keadaan berubah dengan
penubuhan PKR. PKR telah berjaya menarik orang-orang yang kecewa,
yang tidak mendapat tempat dalam UMNO, golongan opportunist dan yang
marah kepada pemimpin-pemimpin UMNO tidak kira sama ada alasannya
munasabah atau tidak. PKR telah membuktikan bahawa ia hanya mempunyai
satu matlamat: berjuang untuk menjatuhkan Kerajaan BN untuk
membolehkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri
Malaysia. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai hasrat
mereka, termasuk mengorbankan hak orang Melayu dan kedudukan agama
Islam.
Melihat perpecahan
orang Melayu, orang Cina khususnya, yang memang pandai membuat
perkiraan, telah bersatu di belakang DAP, mengambil faedah daripada
undi penyokong PKR dan PAS untuk menjatuhkan BN dan menjadi parti
dominan dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah. Perak selepas
PRU12 adalah misalan yang baik. Wakil PAS di jadikan sebagai Menteri
Besar menyebabkan penyokong-penyokong PAS merasa bahawa mereka telah
berjaya menubuhkan sebuah “Kerajaan Islam”. Maka bertakbirlah
mereka di sepanjang jalan menunjuk perasaan. Hakikatnya majoriti ahli
Exco adalah ahli-ahli DAP dan merekalah yang sebenarnnya berkuasa.
Jika dulu “Pak Kadok menang sorak kampung tergadai, sekarang Haji
Kadok menang takbir negeri tergadai.” Semua ini orang Melayu,
khususnya dalam PAS, mesti sedar.
Melihat keadaan ini,
NGO-NGO Cina mula menunjukan sikapnya yang sebenar: tamak dan
“kiasu”. Mereka mula membuat tuntutan-tuntutan yang tidak
berpatutan yang melanggar peruntukan-peruntukan Perlembagaan
khususnya mengenai hak orang Melayu dan kedudukan Islam. Tindakan
Gereja Katholik juga sangat merbahaya. Semua perbuatan itu bukan
sahaja boleh menggugat perpaduan negara, malah ketenteraman negara.
Semua ini tidak berlaku semasa orang Melayu teguh di belakang UMNO.
Perbuatan
itu mesti dibendung. Untuk itu Kerajaan hendaklah memikir semula
mengenai keperluan mengadakan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA). Kita tidak patut takut kepada kritikan mengenainya. Singapura
dan Brunei mempunyai undang-undang yang serupa. Tidak pula dikritik.
Apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat di Guantanamo adalah lebih
teruk dari penahanan di bawah ISA. (Lihat
Conflict of Interests Between Different Basic Rights dan juga Legal
and judicial Transformation in
Malaysia: http://www.tunabdulhamid.my.)
Di samping itu,
Kerajaan tidak patut terlalu berlembut apatah lagi takut kepada
mereka sehingga tidak berani mengambil tindakan undang-undang
terhadap mereka. Tidak guna mempuyai undang-undang jika tidak berani
menggunanya.
UMNO juga mesti
berusaha untuk menarik balik pengundi yang telah lari kepada PAS dan
PKR malah sanggup mengundi DAP kerana taat kepada PKR dan PAS. PAS
dan UMNO perlu berfikir untuk berkerja sama, sekurang-sekurangnya di
peringkat Persekutuan untuk mempertahankan Kerajaan Persekutuan
daripada jatuh kepada PKR dan DAP. PAS mesti sedar bahawa perjuangan
asal mereka adalah untuk Melayu dan Islam; bahawa jika Pakatan Rakyat
berkuasa DAP akan menjadi parti dominan, bukan PKR atau PAS; bahawa
PKR tidak boleh diharap untuk membela orang Melayu dan agama Islam;
bahawa DAP adalah lebih chauvinistic daripada MCA atau Gerakan;
bahawa PKR atau PAS tidak boleh mengawal cita-cita DAP seperti UMNO
mengawal MCA atau Gerakan. Maka jika PAS tidak mahu hak Melayu dan
kedudukan agama Islam digugat, ia hendaklah berkerjasama dengan UMNO.
Sebenarnya, di antara
PAS dengan UMNO sudah tidak ada apa bezanya lagi. Demikian juga tidak
ada apa bezanya di antara Kelantan yang diperintah oleh PAS selama
lebih kurang 40 tahun, dengan negeri-negeri lain di Semenanjung
Malaysia selain daipada mengadakan kaunter bayaran berasingan untuk
lelaki dan perempuan. Dulu Qari’ah haram mengambil bahagian dalam
tilawah Al-Qur’an. Sekarang ia sudah harus! Apa yang menjadi
“penghalang” bukan ideology tetapi kepentingan diri.
Pemimpin-pemimpin di kedua buah parti takut hilang kedudukan, jawatan
dan pendapatan masing-masing, jika bercantum. Soalan: adakah itu asas
perjuangan mereka? Masalah ini pun boleh di atasi jika kedua parti
berkerjasama untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan, selepas keputusan
pilihanraya di isytiharkan.
Anak Negeri Sabah dan
Sarawak juga patut sedar bahawa kedudukan mereka dalam Perlembagaan
adalah serupa dengan kedudukan orang Melayu. Jika mereka mahu
kedudukan mereka selamat, mereka hendaklah bersama-sama orang Melayu,
UMNO dan BN. Bahawa sebahagian daripada mereka beragama Kristian
tidak pernah menjadi masalah. Mereka boleh terus mengamalkannya
seperti biasa dalam Bahasa Kadazan dan sebagainya. Yang dibantah oleh
orang Islam, terutama sekali di Semenanjung Malaysia, ialah cubaan
untuk menggunakan kalimah “Allah” dalam bible dan upacara agama
dalam Bahasa Melayu, kerana motifnya adalah untuk mempengaruhi orang
Melayu menganut agama Kristian. Ini jelas dilarang oleh Perlembagaan
Malaysia.
Jika PAS dan
parti-parti Anak-Anak Negeri Sabah dan Sarawak boleh bersama- sama
dengan UMNO dan BN, Kerajaan Persekutuan akan selamat walau pun orang
Cina bersatu di belakang DAP. Apabila merek merasa bahawa keadaan itu
akan merugikan mereka, mereka akan mula berfikir semula untuk
berkerjasama dengan BN. Orang Cina membuat perkiraan mengikut
untung-rugi. Itu sahajalah prinsip mereka.
Kita sekali-kali tidak
hendak meminggirkan orang Cina. Semenjak PRU 1955, UMNO memberi
kawasan-kawasan majority Melayu yang selamat kepada calon-calon MCA
dan MIC semata-mata untuk memberi representasi yang lebih kepada
mereka. Apa yang berlaku selepas PRU13 pun adalah pilihan mereka
sendiri. Pengundi-pengundi Cina yang berdiri sebulat suara di
belakang DAP mungkin akan berfikir semula apabila mereka menimbang
semula untung-ruginya.
Pengundi-pengundi India
patut bertanya diri mereka sama ada Kerajaan Pakatan Rakyat akn
menjaga kepentingan mereka lebih baik daripada rekod BN selama lebih
daripada lima dekad.
Umur PKR terikat dengan
umur Dato Seri Anwar Ibrahim, tidak lebih dari itu.
Kerajaan mestilah
bersikap tegas dan tidak melayan tuntutan-tuntutan melampau itu.
Malah tindakan undang-undang hendaklah diambil terhadap mereka jika
mereka melanggarnya. Di kebelakangan ini, Kerajaan nampak seolah-olah
takut mengambil tindakan undang-undang terhadap aktivis yang
menyebabkan mereka semakin melampau. Malah ada aktivis yang menghina
lagu Kebangsaan yang bukan sahaja tidak dihadapkan ke mahkamah tetapi
diberi bantuan kewangan untuk membuat film yang memburukkan Malaysia.
Cuba bayangkan bagaimana Singapura akan bertindak dalam keadaan yang
serupa. Seperti disebut tadi, Kerajaan mestilah memberi pertimbangan
serius untuk mengadakan semula ISA. Pelampau hanya faham ketegasan,
bukan diplomasi.
Pemimpin-pemimpin UMNO
juga patut sedar diri. Sebenarnya UMNO sebagai sebuah parti Melayu
berada di atas landasan yang betul. Yang dipersoalkan ialah
pemimpin-pemimpinnya. Mereka, isteri dan anak-anak mereka dilihat
sebagi hidup mewah di luar kemampuan mereka yang membangkitkan isu
rasuah. Saya dapati, politik wang dan tertutupnya pintu untuk “orang
baru” memasuki dan memenangi apa-apa jawatan dalam hierarchy UMNO
adalah faktor utama mengapa kalangan professional tidak menyertai
UMNO. Mereka lebih mendapat tempat dalam PAS. Jika hal ini berterusan
UMNO akan ketandusan pemimpin. Hal ini telah pun dirasai hari ini.
22.04.2014
No comments:
Post a Comment