Monday, June 23, 2014

Pengundi Gen Y Tanjung Karang Mahu UMNO Selangor Berwajah Baru. Tak Mau Old School Macam Noh Omar. Video Klip Ini Bukti


Untuk PRU ke 14 sokongan dari pengundi pengundi muda sangat penting dan dijangka bakal menjadi faktor penentu kemenangan pertarungan diantara calon calon BN dengan Pakatan Pembangkang....

Walaupun faktor kaum adalah amat penting dalam situasi politik di Malaysia tetapi fokus utama kini lebih kepada pengundian generasi muda yang dikenali sebagai Gen Y. Dijangkakan sekitar enam [6] juta pengundi baharu akan mendaftar untuk pilihan raya akan datang.

Cabaran kini adalah bukan sahaja pemuda komuniti Cina bahkan pemuda Melayu, India dan etnik lain lebih mudah mendekati perjuangan pakatan pembangkang berbanding BN.

Siapakah pemimpin BN daripada kumpulan Gen Y?
Siapakah ikon Gen Y dalam BN?

 

Eksperimen dan ujikaji pihak DAP pada PRK Parlimen Teluk Intan hanya 'tersilap' taktik yang sedikit sahaja..., apabila calonnya Dyana Sofya belum matang untuk berdepan dengan tekanan pihak media akhirnya menggelabah dan mengungkapkan kata kata mengenai HUDUD.

Natijahnya ramai pengundi PAS di Teluk Intan yang 'boikot' tidak keluar mengundi dan jika ada yang keluar mengundi mereka rosakkan kertas undi.

Yang terserlah adalah penerimaan Generasi Y terhadap calon muda dan 'menarik' seperti Dyana...!


Bila lagi UMNO Selangor boleh berubah...?

Zaman ini anak anak muda lebih terkasima dan terpesona dengan ikon ikon muda. Sudah sampai waktunya mereka yang berfikiran dan keterampilan old school seperti Noh Omar duduk diam diam dan berikan ruang kepada pimpinan muda dalam UMNO Selangor.


Rakyat di Selangor mahu melihat new and fresh faces. JOM saksikan video klip dibawah ini, sudah tiba masa untuk kita berikan ruang kepada yang muda apabila kita sudah jelas melihat bakat mereka.....


No comments:

Post a Comment